"Awak... saya laparlah. Boleh tak berhenti jap. Saya nak sembahyang asar ni. Dah nak habis waktu." Kata Amirah Bazilah sebaik mengerling kearah jam tangannya. Wajah Amzar Naufal yang tenang lagi cool di pandang.
"Kejap saya cari R&R ataupun kita berhentilah kat masjid ke." Ujar Amzar Naufal. Pandangannya masih lagi di atas jalan raya.
"Apa kata kalau kita sewa hotel je malam ni? Pastu esok, baru kita gerak balik rumah Walid." Cadang Amzar Naufal kepada Amirah Bazilah di sebelahnya. Pandangan dikalihkan ke arah isterinya yang berada di sebelahnya.
"Ikut awaklah. Awak yang drive. Saya ikut je. Awak penat ke drive?" Tanya Amirah Bazilah prihatin.
"Penatlah jugak. Okaylah. Kita tidur hotel malam ni." Amzar Naufal memecutkan keretanya sedikit perlahan disaat kereta mewahnya itu memasuki kawasan bandar. Mahunya berlanggar keretanya kalau di bawa laju. Tak bermalam di hotellah nampaknya.
Amzar Naufal memarkirkan keretanya di salah sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur. Mata Amirah Bazilah dililaukan memandang hotel itu dari dalam kereta. Mesti mahal giler ni. "Awak tempat lain tak de ke? Macam mahal je!" Ujar Amirah Bazilah kepada Amzar Naufal yang sedari tadi tersenyum penuh makna. Banyak giler makna dalam senyuman mamat tu.
Amzar Naufal menguak pintu kereta mewahnya sebelum meloncat keluar dari perut kereta itu. Amirah Bazilah turut sama keluar dari kereta. Beg baju diambil oleh Amzar Naufal dari tempat duduk penumpang di belakang kereta itu. Lalu dia menapak masuk ke dalam hotel mewah itu. Amirah Bazilah yang terpesona itu membuntuti arah suaminya itu. Terpesona sebab first time masuk hotel macam ni. Aku paling lekeh pun masuk hotel yang ada cina amoi jual body tu je! Desis hati Amirah Bazilah.
"Selamat datang boleh saya bantu?" Ujar salah seorang receptionist yang berada di kaunter pendaftaran itu dengan ramah tamahnya. Dia tersenyum manis kepada Amzar Naufal dan Amirah Bazilah.
"Ada bilik untuk couple tak?" Tanya Amzar Naufal lembut. Amirah Bazilah hanya melilaukan matanya memerhati sekeliling. Cantik giler kot hotel ni! Amirah Bazilah menuju ke arah bahan bacaan yang berada di atas meja yang di lobby hotel itu. Dia melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk itu. Lalu majalah yang berada di atas meja itu dicapai lalu dibaca.
"Sorry encik. Bilik untuk couple dah habis tapi bilik untuk single banyak. So pilihan encik?" Kata receptionist yang memakai nametag lisa itu setelah memerhati ke arah skrin komputernya.
"Bolehlah. Saya nak satu. Berapa ye?" Amzar Naufal mengangguk tanda setuju dengan jarinya menunjukkan bilangan satu.
"Harganya satu malam untuk RM 350. Kalau encik berminat, sila beri kad pengenalan encik." Amzar Naufal mengeluarkan kada pengenalan beserta beberapa keping not lima puluh ringgit dari dalam dompetnya lalu diberikan kepada receptionist itu.
"Okay, siap. Ni kunci encik. Nombor bilik 461 di tingkat lima." Kunci beserta kad pengenalannya dihulur kepada Amzar Naufal. Kad pengenalannya disimpan kembali ke dalam dompet. Amzar Naufal menjinjing beg bajunya lantas menapak kearah Amirah Bazilah yang leka membaca majalah di kerusi.
"Hello, Miss. Awak nak tidur sini ke?" Ujar Amzar Naufal sambil memetik jarinya di hadapan Amirah Bazilah. Amirah Bazilah tersentak lalu buku itu diletakkan kembali di atas meja. Dia bangun dari kerusi itu.
"Sorry." Tutur Amirah Bazilah perlahan.
"Jom gerak." Kata Amzar Naufal sebelum melangkah masuk ke dalam lif yang terletak di lobby hotel itu. Amirah Bazilah hanya membuntuti suaminya itu dari belakang.