Amirah Bazilah tersenyum manis mengenang peristiwa hari kelmarin. Manis sekali baginya. Berjumpa dengan Ikin sungguh menggembirakannya. Senyuman manis mula terukir dibibir wanita itu. Pemandangan dihadapannya langsung tidak dijamah. Sebaliknya igauan dan lamunan yang menjadi bahan mamahan ingatan.
Ada insan yang bergelar anak di dalam sebuah rumah tangga memang menjadi penghias dan barangan paling berharga buat sepasang suami isteri yang memasang niat untuk mengecapi bahagia pabila mendiri rumah tangga.
Akan tetapi... Perkahwinan itu diibarat sebuah lembaran permainan perjudian. Tak semua pasangan mengecap kebahagiaan darinya. Tidak kiralah betapa mahalnya hantaran, betapa mahalnya persiapan, kebahagiaan bukanlah benda yang dijual beli. Kebahagiaan juga bukanlah datang bergolek, bukanlah di minta namun, kebahagiaan perkahwinan seharusnya dicari, digali dan diterokai setiap incinya.
Jujur dari hatinya...
Aku mahukan anak!
Siapa tidak mahu?
Namun, rezeki itu semuanya terletak pada jari jemari Ilahi. Kita hanya mampu merencana sebuah agenda namun Allah menentukan setiap detik perjalanan agenda tersebut.
Telefon yang menampar telinganya dengan deringan itu, menyentakkannnya.
"Assalammualaikum, abang."
"Waalaikummussalam, sayang. Dah makan dah?"
"Belum. Tak ada selera lah."
"Kesiannya sayang abang ni... Kalau macam tu, sayang nak makan apa?"
"Hmm... Nak kaki ayam boleh tak? Kaki Ayam goreng eh..."
"Eh, sejak bila ni suka kaki ayam?"
"Tah, abang beli jelah."
"Okay..."
"Anything else, dear?" Sambung Amzar Naufal.
"Mira nak abang boleh?"
"Boleh... Tunggu abang balik tau."
"Sure. I will wait for you."
"Okaylah, abang ada kerja sikit. Kita jumpa dekat rumah ye. Assalammualaikum."
"Waalaikummussalam."
Bab 40
Amzar Naufal merenung bungkusan yang berisi kaki ayam goreng yang dibelinya di pasar malam tadi di sebelah tempat duduk pemandu di dalam kereta mewah itu. Jarinya mengetuk-ngetuk stereng kereta. Hatinya dipagut rasa pelik. Pelbagai soalan yang menerpa kepala otaknya. Antaranya:
1) Kenapa dia minat pulak makan kaki ayam sedangkan dia tengok pun dah geli?
2) Kenapa dia suruh beli kaki ayam?
3) Kenapa dia nak makan kaki ayam?
4) Macam mana dia boleh terfikir untuk makan kaki ayam masa-masa macam ni?
5) Bukan ke dia geli dengan kaki ayam?
6) Apakah semua ni? Apakah?
Telefon yang berdering minta diangkat itu menyentakkan lamunannya. Dia mencapai telefonnya yang diselitkan ke dalam poket. Dia melihat nama yang tertera di skrin. Wife. Butang hijau ditekan lalu telefon itu dilekapkan ke telinga.
"Hello, assalammualaikum."
"Waalaikummussalam. Abang dekat mana ni? Dah beli ke kaki ayam tu?"