Bab 37

560 6 0
                                    

Amirah Bazilah mengatur langkah ke arah biliknya. Puas dia menangis sepanjang perjalanan balik. Sukar dia menahan rasa semasa di dalam kursus tadi. Hatinya sakit. Dia sedih. Sangat sedih. Tudung labuh gaya budak sekolah itu dibetulkan sedikit. Dia memulas tombol pintu itu perlahan.

Dia menolak daun pintu itu malas. Fail ditangan dipegang kejap. Dia menghela nafas. Susuk tubuh yang sedang terbaring itu ditangkap oleh sepasang matanya. Dia memandang sayu. Kasihan Amzar. Getus hatinya. Dia tahu sepatutnya dia tidak berbuat sedemikian pada lelaki itu.

Wajah lelaki yang sedang lena tidur itu dipandang. Dia duduk di birai katil. Dia mengeluh. Dia meletakkan tapak tangannya di atas dahi lelaki itu. Panas sedikit. Dia mengatur langkah ke bilik air. Mangkuk plastik yang dibawa dari rumah dicapai lalu diisi dengan air. Tuala kecil di capai dari beg.

Dia melabuhkan semula duduknya diatas katil. Dia menuam dahi lelaki itu. Badan lelaki itu dilapkan dengan air. Lelaki itu masih tidur lena. Mungkin penat. Mungkin ngantuk sebab temankannya sepanjang malam hanya untuk makan Nangka yang akhirnya memudaratkan diri sendiri. Dia tersenyum kecil. Amirah, think positive! Dia adalah hadiah terbaik untuk kau buat selama-lamanya.

"Assalammualaikum, Syed Amzar Naufal. Amirah Bazilah nak minta maaf. Mira sepatutnya tak marahkan Amzar. Mira tahu Amzar sibuk dengan kerja. Mira tak pernah ambil hati. Cuma, yelah... At least ucaplah something or maybe set an alarm for my birthday. Tapi, serius Mira tak kesah. Mira bersyukur yang Allah beri Mira hadiah yang paling Mira tak sangka. Hadiah tu adalah abang. Mira sayang abang..." Kata Amirah Bazilah perlahan.

"Mira bersyukur sangat abang sebab Allah dah kurniakan suami sebaik abang. Suami yang dapat bimbing Mira dengan didikan agama yang sempurna. Lelaki yang baik, penyayang, handsome and pandai. Abang sempurna untuk Mira. Abang, jujurlah Mira cakap... Muka abang sebiji macam Tanner Patrick. Abang sempurnakan Mira..." Ucap Amirah Bazilah lagi. Dia tersenyum.

"Mira nak selalu ada dalam ni... dalam hati abang..." Dia menyentuh bahagian hati lelaki itu.

"Abang tahu sebab apa... Sebab cinta abang ni unik. Orang lain tak buat..." Bisik Amirah Bazilah di telinga lelaki itu.

"Abang sanggup cintakan orang yang abang tak kenal. Macam Mira. Walaupun first time jumpa, abang dah bersweet bagai dengan Mira. Abang macam terima Mira seadanya dalam hidup Mira. Terima kasih tau. Mira cintakan abang. Abang, Mira ada pantun untuk abang... Syed Amzar Naufal suka ikan Puyu, I said I love you too!" Bisik Amirah Bazilah lagi. Dia mengucu lembut pipi lelaki itu.

"Eleh! Abang tak suka ikan puyulah. Ikan puyu tak smart. Abang suka ikan Gapi." Kata Amzar Naufal sambil tersenyum. Dia memandang wajah wanita yang sudah berona merah di depannya itu. Malulah tu! Amirah Bazilah bangun dari birai katil dia menapak ke bilik air.

"Mira nak pergi mana? Kenapa Mira? Mira marahkan abang lagi ke?" Tanya Amzar Naufal. Dia sudah duduk bersila diatas katil. Langkah Amirah Bazilah terhenti.

"Abang minta maaf. Abang tak berniat untuk lupa hari lahir sayang. Abang minta maaf sangat. Abang tahu abang salah. Mira... Pukullah abang Mira. I deserve it. Abang layak untuk itu. Abang tak patut buat sayang macam tu. Abang jahatkan Mira? Mira..." Ucap Amzar Naufal sepenuh hati. Wanita itu masih membatukan diri.

"Tiada apa yang perlu diperkatakan lagi abang." Kata Amirah Bazilah perlahan. Dia mengeluh berat.

"Mira, jangan macam ni sayang. Abang minta maaf. Serius, abang tak buat lagi! Abang sumpah! Abang tak buat dah."

"Tak perlu bersumpah abang. Nanti makan diri sendiri."

"Mira, jangan buat macam ni sayang." Amzar Naufal menghampiri susuk tubuh itu.

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now