Bab 15 - Part 2

164 9 0
                                    

"Hey Amzar. Siapa perempuan ni?! Cakap dengan I siapa?!" Suara wanita itu meninggi. Dia merenung ke arah Amzar Naufal yang hanya berlagak biasa.

"Hey Amzar, sanggup you buat I macam ni sedangkan you tahu yang I cintakan you!" Wanita itu tetap mengekalkan nadanya. Hatinya panas sekali melihat wanita berlagak alim dihadapannya itu. Amirah Bazilah hanya diam sambil menekur mukanya ke lantai.

"Siapa you pada I, Fina? Siapa? Huh, just go away. I don't want to see you anymore and for your information she is my wife. Puas hati?" Amzar Naufal tergelak sinis di hujung ayatnya. Dia hanya tersenyum melihat wanita durjana yang sudah menghancurkan hidupnya dengan penuh dendam.

"So... she is. Yang you cakap baik sangat tu. Hipokrit! Hey perempuan! Aku jijiklah tengok kau. Perempuan perampas." Amirah Bazilah hanya diam. Hatinya bagai terguris dengan kata-kata itu. Hatinya dipagut rasa sedih yang teramat sangat.

"Fina, you cakap elok sikit dengan wife I! You yang hipokrit! I lagi jijik tengok you!" Tengking Amzar Naufal kepada Fina. Fina lagi bertambah bengang kerana Amzar Naufal sanggup memihak kepada wanita berlagak alim ni daripadanya.

"Hey perempuan bodoh! Mak ayah kau tak ajar ke jangan ambik hak orang?! Tak ajar ke hah! Patutlah kau tu bongok, lembap sangat sebab ambil hak orang." Tengking Fina. Amirah Bazilah memandang wanita itu dan tersenyum kelat.

"Terima kasih." Ucap Amirah Bazilah sebelum menapak keluar dari pejabat itu. Amzar Naufal menampar kuat wajah Fina. Hatinya bertambah benci dan marah dengan wanita durjana itu. Wajah wanita itu dipandang benci. Eii, nak je aku cepuk dia macam cerita WWE tu. Baru padan muka.

"Hey Fina, dengar sini baik-baik apa I nak cakap. I akan benci you sampai bila-bila. Forever! I rasa baik you blah sebelum I tumbuk you. Blah!" Tengking Amzar Naufal. Dia menjegilkan matanya memandang Fina.

"Tergamak you cakap macam tu dekat I. I sayangkan you. Please bagi I peluang. Kenapa you pilih dia daripada I?" Tangan Amzar Naufal digenggam erat oleh wanita itu. Amzar Naufal menarik tangannya. Tangan mungkin dicemari dengan tangan jijik sepertinya.

"Because she is better than you! Just go and mulai hari ni, I haramkan you jejak kaki dekat Permata Holding. Now, get out!" Amzar Naufal menarik tangan Fina lalu diheret ke luar. Pintu pejabatnya di tutup kuat. Dendam dan rasa marah mula berputik di tangkai hati Fina. Siap kau perempuan. One day You will get what you deserve! And Amzar Naufal will be mine!

Amzar Naufal mendail nombor Amirah Bazilah berkali-kali. Please sayang angkat. Jangan buat abang risau. I'm so sorry. Amzar Naufal melabuhkan duduknya di atas kerusi empuk di dalam pejabatnya itu. Dia meraup wajahnya berkali-kali. Mira sayang, I'm so sorry. Dia mendail lagi nombor isterinya itu tetapi masih tidak dijawab. Suara operator saja yang kendengaran di corong telefon. Mana suara wanita yang dicarinya itu? Where is she now?!



Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now