Matanya masih tertancap pada skrin televisyen itu di ruang tamu rumah agam itu walaupun jarum jam sudah berganjak ke angka dua pagi. Dia mengunyah perlahan maruku di dalam mangkuk itu. Filem the Faults in Our Star itu sungguh mencuit hatinya. Sudah lama dia ingin menonton filem itu. Tapi masih tidak berkesempatan. Nasib baik dia terbelek bekas menyimpan pelbagai CD di rak di ruang tamu itu. Dapatlah dia melepaskan rasa keinginannya.
Amirah Bazilah mengesat air matanya yang mengalir deras. Sungguh cerita itu memang mempunyai jalan cerita yang mampu membuatkan si penontonnya menitiskan air mata. Kisah cinta antara dua orang pesakit kanser yang bertemu di sebuah kelompok pendukung pesakit kanser. Lalu mereka menjalinkan hubungan.
Namun, mereka sedar bahawa ada kepahitan dalam hubungan mereka itu. Iaitu mereka berdua mempunyai jangka masa hidup yang singkat. Namun, kesetian dan rasa cinta antara satu sama lain sungguh kuat.
Babak romantis dihadapannya sungguh menarik hatinya. Tanpa sedar hatinya sudah berbunga-bunga. Sweetnya Hazel Grace Lancaster dengan Augustus Waters! Dia menguntum senyuman kecil. Perutnya diusap-usap perlahan.
Amzar Naufal melilau-lilaukan matanya mencari kelibat wanita itu di dalam bilik. Mana pulak dia pergi ni? Takkan merajuk lagi kot? Dia melangkah keluar dari bilik itu sebaik susuk tubuh itu tidak dijumpai. Namun, suara dari televisyen di ruang itu menangkap gegendang telinganya. Dia mengatur perlahan ke ruang tamu.
"Mira, kenapa tak tidur lagi ni?" Tegur Amzar Naufal sebaik dia sampai ke ruang tamu. Amzar Naufal melabuhkan punggungnya di sebelah Amirah Bazilah.
"Protes!" Balas Amirah Bazilah. Pandangannya masih berpihak pada televisyen itu. Dia mengunyah perlahan maruku yang dicapai dari mangkuk itu.
"Janganlah macam ni. Tak syoklah."
"Mira tak nak kawan dengan abang."
"Tak apalah kalau awak tak nak kawan abang. Abang still ada Aakif dan Annisa'"
"Sorry, dia orang pun tak nak kawan dengan abang."
"Alah, I'm sorry. Abang bukannya tak nak bagi Mira makan aiskrim. Sejuk sayang. Abang risau kalau apa-apa jadi dekat sayang." Jari-jemari wanita itu digenggam erat.
"T-I-P-U. Tipu. Abang tipu."
"Mira, Mira sayang abang tak?"
"Sayanglah." Kata Amirah Bazilah perlahan.
"Kalau sayang dengar cakap abang ye. Jangan maksudnya jangan."
"Okay, okay. Tak syoklah macam ni. Abang je asyik menang. Mira ni asyik kalah je dalam game ni."
"Tapi walaupun Mira selalu kalah dalam permainan ni, Mira tetap menang dalam hati abang. Always win to be a queen in my heart. No one except you dear."
"Abang, duduk sebelah Mira boleh?" Pinta Amirah Bazilah. Amzar Naufal mendekatkan sedikit duduknya supaya berdekatan dengan Amirah Bazilah. Wajah wanita yang sedang memandang televisyen itu dilihat.
"Abang, tak payah sambung tidur eh? Kita tengok cerita ni. Mira tak boleh tidur. So, Mira nak abang temankan Mira. Abang tak ngantuk kan?" Tanya Amirah Bazilah sambil dia bersandar di badan lelaki itu. Dia menarik tangan lelaki itu dan melilitnya di pinggangnya.
"Okay. Abang teman Mira ye. Tapi sorry kalau abang dah tertidur."
"Janganlah tidur. Temanlah Mira. Just malam ni je eh? Malam esok tak ada dah. Mira betul-betul tak boleh tidur ni."
"Okay, okay." Kata Amzar Naufal sambil tersenyum. Matanya tetap digagahnya walaupun kantuknya sudah membaluti dirinya. Tahan Amzar. Lawan Amzar. Fight it for justice! Macam nak pergi berperang je gayanya. Yup! Berperang dengan tidur untuk mendapatkan cinta Amirah Bazilah.
"Mira, tengok cerita apa ni?" Tanya Amzar Naufal sebaik matanya tertancap pada skrin televisyen itu.
"The Faults in Our Star. Best cerita ni. Abang dah tengok ke cerita ni. Kalau belum, Jomlah tengok sekali." Ujar Amirah Bazilah.
"Tak tengok lagi rasanya cerita ni. Mesti Mira jumpa dalam dalam rak tu kan? Itu semua Amni punya. Dia yang beli semua CD-CD ni. Abang tak pernah pun layan semua cerita-cerita. Tak ada masa nak layan. Sibuk kerja."
"Sekarang ni ada masa. Tengoklah sekali dengan Mira."
"Abang nak tidurlah sayang. Ngantuk. Jomlah kita tidur. Abang angkat Mira eh?" Dia menutup mulutnya yang sudah ternganga luas akibat mengantuk.
"Tak naklah. Mira tak ngantuk. Mira nak tengok cerita ni. Abang temanlah. Mira takutlah tengok sorang-sorang. Teman eh?"
"Okaylah, okaylah. Abang teman."
"Terima kasih abang!" Amirah Bazilah memalingkan semula wajahnya ke arah televisyen. Tangan lelaki itu ditarik supaya kemas memeluknya. Amzar Naufal sudah terhangguk-hangguk menahan ngantuknya. Ya Allah, apasal mengantuk sangat ni? Dia memejamkan matanya. Terpaksa. Kepalanya di sandarkan di sofa itu. Dia memejamkan matanya.
"Abang..." Panggil Amirah Bazilah.
Tapi tiada jawapan.
"Abang..." Panggil Amirah Bazilah lagi.
Masih tiada jawapan. Dengkuran lelaki itu kedengaran. Dia memusingkan pandangannya memandang Amzar Naufal. Tidur! Patutlah panggil tak berjawab. Hah, biarlah. Esok dia nak kerja. Bukan macm kau Mira. Esok kau cuti. M.C.
Matanya dihalakan semula ke arah skrin televisyen itu. Dia menguntum senyuman kecil sebaik babak romantis di dalam jalan cerita itu dipaparkan. How sweet!