Bab 1- Part 2

424 23 0
                                    

Pada keesokan harinya, Datin Mariah bersama pemandu peribadinya, Pak Jamil berangkat ke rumah Tok Imam ataupun selalunya dipanggil pak Rusidi .Dari Kuala Lumpur ke Melaka memakan masa tiga jam. Abang, Yah yakin yang keputusan yang Yah buat betul. Yah janji akan pulihkan anak kita bang. Ujar Datin Mariah dalam hati. Dia begitu yakin bahawa Anak pak Rusidi memang jodoh Amzar. Semalam dia sudah beberapa menunaikan solat hajat dan solat istikharah.

        Kereta Mitsubishi Lancer milik Datin Mariah memasuki perkarangan rumah Pak Rusidi. Enjin kereta di matikan lalu Pak Jamil dan Datin Mariah keluar dari kereta. Rumah papan dihadapan dipandang. Rasanya ini rumah Pak Rusidi. Getus hati Datin Mariah. "Assalamualaikum!!!" Laung Datin Mariah. Tudung berwarna biru yang dipakainya dibetulkan sedikit.

"Waalaikummussalam." Selepas beberapa kali Datin Mariah memberi salam barulah salamnya terjawab. Kelihatan susuk tubuh milik seorang gadis muncul di pintu rumah kayu itu. Wajah gadis itu tampak manis sekali. Rupa parasnya juga menarik walaupun hanya memakai tudung labuh biasa bersama baju lengan panjang dan kain batik. Redup hati Datin Mariah melihatnya. Cantiknya bakal menantu aku! Ujar Datin Mariah keriangan dalam hati.

"Mak cik dan pak cik cari siapa? Cari walid ke? Mak cik dan Pak cik masuk dululah ye. Walid takde dia keluar, kejap lagi dia balik." Ujar Gadis itu lembut sekali. Senyuman di wajahnya tidak pernah lekang.

        Langkah kaki Datin Mariah dan Pak Jamil diatur ke dalam rumah. "Mak cik dan pak cik duduk dulu ye, saya buatkan air sekejap." Datin Mariah sekadar mengangguk sahaja. Senyuman gadis itu dibalas begitu juga dengan Pak Mail.

"Assalamualaikum." Ujar satu suara datangnya dari pintu rumah kayu itu. Datin Mariah dan Pak Jamil memalingkan pandangannya kearah Susuk tubuh yang memasuki rumah itu.

"Dah balik pun walid." Ujar gadis manis itu apabila melihat susuk tubuh itu memasuki rumahnya. Lantas dulang yang berisi air di letakkan diatas meja lalu dia menyalam tangan ayahnya.

"Kita ada tetamu rupanya." Kata Pak Rusidi sambil menghadiahkan senyuman. Huluran salam anak gadisnya itu disambut. Pak Rusidi melabuhkan punggungnya di atas kerusi di ruang tamu rumah kayunya.

"Jemput minum." Jemput Pak Rusidi sambil tersenyum. Gadis manis itu tersenyum simpul sambil melabuhkan punggungnya disebelah Ayahnya.

"Sidi ... kau ingat aku lagi tak?" Ujar Datin Mariah Lembut.

"Kau Mariah kan...Yah kan?" Tanya Pak Rusidi. Datin Mariah hanya mengangguk dan tersenyum.

"Lamanya kita tak jumpakan Sidi. Kau apa khabar sekarang ni? Dah besar anak kau ye Sidi."

"Macam biasalah aku ni. Sekejap sakit sekejap tak. Kau datang jumpa aku kenapa Yah? Ada hal penting ke?" Tanya Pak Sidi pada Datin Mariah.

"Kami datang ni bawa hajat. Nak menyunting bunga yang sedang kembang elok di taman kau Sidi." Datin Mariah tersenyum. Pak Jamil hanya tersenyum dari tadi. Malas nak kacau kawan lama berborak. Gadis manis itu tertunduk menahan malu. Lantas langkah gadis itu diatur beredar meninggalkan ruang tamu itu.

"Maksud kamu Amira." Datin Mariah mengangguk.

"Boleh...boleh saja. Tapi untuk anak kau yang mana ni?"

"Anak aku yang kedua, Amzar. Syed Amzar Naufal."

"Sesuai ke anak aku ni dengan anak kau Yah? Yelah kita ni macam langit dan bumi."

"Lah sesuai sangat Sidi. Lagipun... anak aku tengah sakit. Dia hilang semangat dia lepas dia kehilangan satu ginjalnya. Aku sedih sangat sidi. Aku tahu hanya Amira saja yang boleh mengubat hati Amzar." Ujar Datin Mariah dengan nada yang hiba. Tanpa sedar air matanya yang dibendung terburai membasahi pipi.

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now