Fina mengatur langkah ke dapur. Tekaknya terasa haus pula pagi-pagi buta begini. Haus menunggu suaminya yang tak reti-reti nak tidur dengannya. Hatinya panas sahaja memikirkan hal itu. Bukan dia tidak tahu, suaminya itu tidur di bilik madunya itu. Perasaan meluat mula membuak-buak. Sakit hatinya memikirkan hal itu.
Dia menyelitkan badannya di sebelah peti sejuk. Susuk tubuh Amirah Bazilah yang sedang meneguk air dipandang. Hatinya semakin sakit. Tudung yang tersarung di kepalanya itu semakin membuatkan hatinya sakit. Berlagak alim! Hipokrit! Dia mengepulkan penumbuk.
Amirah Bazilah memusingkan badannya. Terhenjut bahunya melihat susuk tubuh yang menyelit di tepi peti sejuk. "Fina, terkejut akak!"Kata Amirah Bazilah sambil mengurut dada. Ingatkan siapalah tadi. Dia menghadiahkan senyuman. Tiada senyuman yang dibalas oleh Fina. Mukanya masam mencuka.
"Kenapa? Kau ingat aku hantu? Huh, orang alim pun takut hantu ke? Tak kuat iman? Kesian..." Perli Fina. Dia ketawa kecil. Amirah Bazilah hanya tersenyum. Hatinya ditabahkan. Walaupun, rasa sakit mula mencengkam dada.Inilah hidup bermadu Amirah!
"Fina nak apa? Nak air? Boleh akak buatkan." Tanya Amirah Bazilah cuba berlembut. Fina menghampiri susuk tubuh Amirah Bazilah. Dia memandang wanita itu atas dan bawah. Sebal dengan sifat wanita hipokrit wanita itu. Harap saja alim tapi tak tahu hukum hakam. Sepatut dia tahu haknya sebagai isteri kedua dalam rumah tangga ini. Dia juga punya hak. Dia bukan tunggul.
Amirah Bazilah tak senang duduk. Hatinya sedikit gusar. Bimbang mungkin. "Kalau Fina tak nak apa-apa, akak balik bilik dululah." Amirah Bazilah mula menapak. Lantas tangannya direntap kasar. "Fina, sakitlah!" Adu Amirah Bazilah. Cengkaman di tangannya membuatkan dia tak senang duduk. Sakit mula terasa. Fina tak memperdulikan aduhan wanita itu.
"Tahu sakit. Hati aku sakit, kau tak tahu pulak! Penting diri sendiri. Hei perempuan, mana hak aku sebagai isteri! Mana! Aku dilayan macam sampah. Mana suami aku yang sepatutnya teman aku tidur malam ni? Mana? Hah, kau sukakan macam ni?" Herdik Fina. Matanya dijegilkan. Mukanya dibengiskan. Amirah Bazilah memandang lantai. Takut untuk memandang wajah bengis itu.
"Hei, aku tanya kau ni!" Jerkah Fina sebaik tiada perkataan yang keluar dari mulut Amirah Bazilah.
"Hoi bodoh! Pekak ke?" Tengking Fina lagi. Kepala Amirah Bazilah ditunjal-tunjal. Amirah Bazilah hanya membatu. Dia mula menghayun langkah beredar dari dapur. Dia malas hendak bergaduh. Buat sakit hati saja.
"Kau nak pergi mana, bodoh?" Tudung wanita itu direntap. Amirah Bazilah terdorong ke belakang. Mukanya ditampar. Susuk tubuh Amirah Bazilah jatuh ke lantai.
"Ya Allah..." Amirah Bazilah mengadu kesakitan. Darah pekat dan hanyir mula mengalir dari rahim. Fina gawat. Dia gelisah. Cecair yang mula nampak mengalir ke lantai menyentakkannya.
"Ya Allah Mira!" Kata susuk tubuh yang baru menapak ke dapur. Amirah Bazilah cuba membangunkan dirinya. Fina masih kaku.
"Abang, sakit! Anak kita bang. Anak kita!" Amirah Bazilah memaut kemas lengan lelaki itu. Dia sudah mengalirkan air mata. Sudah sekian kalinya dia tumpah darah.
"Fina, apa yang kau dah buat?" Tanya Amzar Naufal kasar. Fina membuat muka selamba. Cuba untuk menutupi kesalahannya.
"Mana ada I buat apa-apa. I tak sengaja. Perempuan tu yang action lebih! Hey perempuan! Gediklah kau. Sakit sikit je kot!" Balas Fina sambil mecebikkan bibirnya. Eleh, sakit sikt je kot. Mengada-ngada.
Amzar Naufal memautkan lengan Amirah Bazilah lalu dia mencempung wanita itu lantas dibawa ke dalam kereta. Kereta mewahnya dipecut laju.
k8^