Panggilan yang sedari tadi menjerit tahap gaban membuatkan langkah Amirah Bazilah laju mendapatkannya. Dia melihat skrin telefon itu. Nombor siapa ni? Butang hijau ditekan sebaik telefon itu dilekapkan ke telinga. "Assalamualaikum, siapa ni?" Ujar Amirah Bazilah memulakan bicaranya.
"Waalaikummussalam. Hai sayang." Aik! Apahal bersayang-sayang bagai ni. Amzar ke? Dia mengerling ke arah Amzar Naufal yang sedang nyenyak tidur akibat sakit kepalanya semakin menjadi-jadi. Takkan dia call pulak. Aiseyman! Siapakah ini? Siapakah?!
"Boleh saya tahu Encik ni siapa? And plus jangan panggil saya sayang." Dia mengatur langkah balkoni biliknya itu.
"Sayang takkan tak cam suara abang? I'm Muhammad Nur Hakim. You're lover." Ujar Hakim selamba di hujung talian. Amirah Bazilah tersentak.
"You nak apa call saya? Nak buat saya sakit hati lagi? Just go with it! Saya tak kesahlah." Suara Amirah Bazilah tegang.
"Sayang, abang minta maaf soal tempoh hari. Abang tak sengaja. Really. Abang tak sangka itu sayang. Maafkan abang."
"Can you stop calling me sayang and yourself as abang?! I hate it. Geli telinga saya dengar. Please, stop calling me. Saya dah kahwin. Tolong jangan kacau rumah tangga saya."
"Kenapa awak nak pertahankan rumah tangga awak tu? Kenapa awak pertahankan Encik Amzar tu? Dia tak bagi manfaat apa-apa pada awak. Dia pernah ambil alcohol and satu pejabat ni tahu. I think you don't know that. Please, leave him. Come back to me. Saya masih sayangkan awak. Awak layak dapat yang lebih baik." Berdesing telinga Amirah Bazilah. Dia mengetap bibir. Rasa bahang hatinya mendengar kata-kata lelaki itu. Memang tempah maut betul kau ni!
"You siapa nak tentukan rumah tangga saya? You siapa? Tuhan? About the alcohol thing, I don't care 'bout that. Hey, Hakim! Apa nak you sebenarnya ya? Oh, you call saya semata-mata nak runtuhkan rumah tangga dan perburukkan rumah tangga saya. Jangan mimpi di siang hari Encik Hakim. You juga yang susah nanti. Saya nak cakap dengan you satu benda je, Syed Amzar Naufal adalah suami saya. Sampai bila-bila pun saya akan tetap sayang dia. Walaupun dia ada masa lalu yang gelap. I don't care!"
"Dia tak baik untuk awak. Dia bukan orang baik. Saya yang lebih layak untuk awak. I love you Mira. Love you so much."
"I don't care. Saya tetap sayangkan dia sampai saya mati. Awak tak perlu pengaruhi saya untuk tinggalkan dia. Saya takkan buat. Forever no! Dan jangan perasan sangat Encik Hakim. Saya bersyukur sebab jodoh saya bukan dengan you. Saya inilah hikmahnya. Kalau saya tahu perangai awak macam ni, bukan you yang tinggalkan saya dulu tapi saya yang tinggalkan you."
"Mira please. I'm begging you!"
"No means no Encik Hakim. Okaylah, terima kasih kerana tambahkan lagi kasih sayang dan cinta saya pada suami saya. Saya berterima kasih. Bye. Assalammualaikum." Talian dimatikan sebaik butang merah ditekan. Amirah Bazilah mencampakkan pandangannya ke arah Amzar Naufal yang masih nyenyak tidur di atas katil itu. Dia tersenyum kecil. Amirah Bazilah menapak ke arah Amzar Naufal sebelum dia membaringkan tubuhnya di sebelah Amzar Naufal. Wajah lelaki itu dipandang. Sayu sekali wajah itu.
Dia mengeluh berat. Nafasnya dihela. Kata-kata Hakim tadi mengingatkannya tentang perpisahan. Dia tidak mahu berpisah dengan Amzar Naufal. Tidak! Takkan. Dia mengalirkan air matanya. Dia menegakkan tubuhnya semula. Lalu dia melunjurkan kakinya di atas lantai. Dia mencapai tudung labuh gaya budak sekolah berwarna putih itu untuk dipadankan dengan baju T-shirt longgarnya dan seluar tracksuit hitam. Dia mengambil kunci kereta miliknya lalu dia menapak keluar dari bilik itu menuju ke arah kereta kancilnya.