Pagi yang indah itu sedikit pun tidak membuatkan hati lelaki milik Amzar Naufal berhenti berdebar-debar. Jantung miliknya mengepam laju darah dalam pembuluh darahnya. Dadanya berombak. Peluh lelakinya merecik-recik di dahi. Wajah bakal ayah mertuanya di pandang. Bibir Pak Rusidi hanya tersenyum manis kepadanya. Wajah Amier Nazmi yang berada di sebelahnya di pandang seketika sebelum pandangannya di palingkan semula ke arah Pak Rusidi. Datin Mariah duduk bersimpuh bersama Mak Long dan Mak ngah serta beberapa saudara-maranya yang lain tidak jauh dari Amzar Naufal dan Pak Rusidi.
Pak Rusidi menghulurkan tangannya. Dengan keadaan tepaksa dan menggoda Amzar Naufal menyambut huluran itu. "Syed Amzar Naufal bin Syed Yusuf." Ujar Pak Rusidi serius. Hati Amzar Naufal semakin berdebat-debar.
"Ye saya." Ujar Amzar terketar-ketar.
"Aku nikahkan di kau dengan anak perempuanku, Amira Bazilah binti Rusidi dengan mas kahwin sebanyak dua ratus ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Amira Bazilah binti Rusidi dengan mas kahwinnya sebanyak dua ratus ringgit tunai."
"Sah?" Tanya Pak Rusidi kepada Amier Nazmi.
"Sah" Ujar Amier Nazmi tanda mengesahkan.
"Alhamdulillah." Kesemua isi rumah itu berkata serentak. Amzar Naufal melepaskan nafas leganya. I can make it, yes! Sorak hati Amzar Naufal sambil memegang pom-pom dan menari sakan. Walaupun tiada rasa cinta di hati terhadap wanita itu tapi biarlah dia lakukan hal ini demi membahagiakan mamanya. Amier Nazmi menepuk bahu Amzar Naufal yang tampak segak walaupun tubuhnya yang bersarungkan baju melayu biasa yang berwarna putih.
Datin Mariah tersenyum bahagia. Tersangat bahagia melihat anaknya. Sungguh dia tidak menyangka anaknya akan di ijabkabulkan dengan sekali lafaz. Lalu Amzar Naufal menunaikan solat sunat dua rakaat tanda dia menunjukkan syukur selepas dia diijabkabulkan.
Seusai solat dua rakaat itu dilaksanakan dengan sebaiknya. Kakinya di atur ke kamar yang menempatkan isterinya. Amzar Naufal kelihatan teragak-agak ketika masuk ke dalam bilik itu. Yelah mana pernah dia masuk bilik mana-mana perempuan sebelum ini.
Kelihatan Datin Mariah tersenyum kepadanya. Amni Najlah yang duduk di atas katil itu bangun dan berdiri di sebelah mamanya yang memegang cincin di tangannya. Pandangan Amzar Naufal di arahkan ke wanita yang duduk di birai katil itu.Cantik! bisik hati kecilnya. Walaupun hanya berbaju kurung biasa dengan tudung labuh berwarna putih style budak sekolah. Lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah perempuan yang tertunduk malu itu.
"Amzar... cincin ni sarungkan ke jari manis Mira." Suruh Datin Mariah kepada Amzar Naufal. Pak Rusidi menguntum senyuman di wajahnya. Mak Long dan Mak Ngah sudah menempel di pintu bilik itu untuk memerhati adegan yang tersangatlah romatik itu. Amzar menyambut huluran cincin itu.
Amira Bazilah memandang suaminya itu. Dia berasa sangat kekok apabila suaminya itu. Mana pernah dia berada dengan mana-mana lelaki sedekat ini. Hatinya semakin berdebar-debar. Jari jemarinya Amira di hulurkan kepada Amzar Naufal. Hati mereka berdua berdegup kencang bak taufan di saat tangan Amira Bazilah di sentuh lembut oleh jari jemari Amzar Naufal. Cincin berbatukan permata kecil itu di sarungkan lembut ke jari manis Amira Bazilah. Tangan milik Amzar Naufal di kucup lembut apabila cincin itu selesai disarungkan.
"Abang Amzar, cium dahi Kak Mira lama sikit ye. Amni nak ambil gambar sweet moment tu." Kata Amni Najlah sambil memegang kamera berjenama Canon itu.
Dengan keadaan teragak-agak Amzar bangun lalu mengucup dahi Amira Bazilah. Amira Bazilah memejam erat kedua-dua matanya. Deruan nafas suaminya itu terasa hangat di ubun-ubun Amira Bazilah. Atas permintaan Amni Najlah kucupannya di biarkan lama sikit. Amni Najlah sibuk mengambil gambar. Beberapa mata yang memandang mereka hanya tersenyum manis pabila menyaksikan adegan romantis itu. So Sweet! Kelopak mata Amira perlahan pabila di rasakan suaminya sudah berada jauh sedikit darinya.