Amzar Naufal menapak masuk ke dalam rumah agam yang sunyi sepi itu. Hanya tinggal mereka berdua saja di rumah. Yang lain semua ke Perlis menghantar Amni Najlah ke rumah barunya kerana dia sudah start bekerja minggu hadapan. Amzar Naufal melilaukan matanya mencari kelibat isterinya itu. Dia mencampakkan briefcasenya ke atas sofa di ruang tamu itu.
Dia menghempaskan tubuhnya di atas sofa itu. Dia memicit pelipisnya yang kian berdenyut-denyut. Dia memejamkan erat matanya. Arh! Serabut kepala otak! Keadaan lelaki itu pun tidak terurus gayanya. Dengan baju yang dituck hanya sebelah saja, sebelah lagi tidak. Rambutnya kusut masai. Rasa bersalahnya dengan Amirah Bazilah masih terasa. Rasa kesal sebab tak dapat kejar wanita itu masa dia lari tadi and explain the true thing masih menyelubungi diri. Dia berharap semoga wanita itu tidak salah faham.
Dia menghayunkan langkahnya perlahan ke arah dapur. "Tak boleh ni kena makan ubat jugak!" Ujar Amzar Naufal sendirian. Dia mencapai cawan kosong lalu diisi dengan air masak. Paracetamol yang berada dalam kabinet dapur diambil dua biji dari bekasnya lalu disuakan ke mulut dan ditelan bersama-sama air.
Dia melangkah kembali kearah ruang tamu. Langkahnya terhenti di saat matanya tertancap ke susuk tubuh yang sedang berpeluk tubuh sambil berbaring di katil bibik Husna. Eh, takkan bibik Husna kot! Dia kan pergi Perlis dengan mama dan Pak Jamil. Katanya dalam hati. Matanya mengamati susuk tubuh itu. Mira! Dia melangkah laju masuk ke dalam bilik itu. Dia menghampiri susuk tubuh itu. Lalu dia duduk dibirai katil. Dia merakam bunyi suara wanita itu yang sedang menggigil kesakitan.
"Mira... kenapa ni sayang? Badan Mira sejuk ni. Kenapa muka Mira pucat? Kita pergi klinik ye sayang." Amzar Naufal memandang sekujur tubuh Amirah Bazilah yang kesakitan. Air mata wanita itu laju membasahi pipi.
"Tak nak." Kata Amirah Bazilah sambil suaranya tersekat-sekat di keronkong.
"Mira... cakap dengan abang, Mira sakit apa?"
"Mira senggugut. Sakit. Sakit sangat. Macam nak mati rasa dia. Abang... sakit!" Ujar Amirah Bazilah sambil matanya dipejam rapat.
"Jom kita pergi klinik ye." Amirah Bazilah menggelengkan kepalanya. Dia mengenggam tangan milik Amzar Naufal kuat. Sampai tahap mencengkam dah. Pinggangnya bagai dicucuk berkali-kali. Perutnya bagaikan ditekan kuat. Malah macam dipijak-pijak. Kepalanya pula pening tahap gaban. Amzar Naufal membaringkan tubuhnya disebelah Amirah Bazilah yang menggigil kesakitan. Dia memaut erat tubuh Amirah Bazilah. Kepala Amirah Bazilah diletakkan di dadanya.
"Sakit Abang. Sakit... sakit sangat. Abang... sakit." Kata Amirah Bazilah terketar-ketar. Dahi wanita itu yang masih bertudung itu dikucup lama. Amirah Bazilah mencengkam baju kemeja milik Amzar Naufal kemas. Air matanya semakin deras mengalir.
"Sakit..." Aiseywoman sebelah rumah aku! Asal lah penyakit ni datang masa-masa macam ni. Tak syoklah. Ingatkan nak merajuk dengan mamat ni. Tak menjadi pula plan yang sudah dirancang dengan baik dalam kepala otak gueh!
"Dah... syhhh. Tidur, tidur, tidur. Abang tahu penyakit ni tak ada ubatkan. Tapi, ubat yang paling mujarab untuk semua penyakit adalah tidur. So Mira tidur ye. Don't worry. I will be here with you." Amzar Naufal menepuk manja bahu milik Amirah Bazilah.
"Sakit... Perut Mira ni sakit sangat. Macam kena pijak. Mira tak boleh tidur." Kata Amirah Bazilah. Belakang baju kemeja Amzar Naufal masih dicengkam erat untuk menahan sakit. Amirah Bazilah menarik tudung labuhnya yang gaya budak sekolah itu lalu digigit kemas oleh dua baris giginya.