Suasana di dalam kereta itu sungguh sunyi. Tiada perbualan antara mereka. Amzar Naufal hanya memandang jalan raya. Tidak langsung memandang Amirah Bazilah. Perut Amirah Bazilah sudah berkeroncong minta diisi. Amirah Bazilah memegang perutnya. Laparnya, sabar perutku. Kejap lagi aku isilah kau dengan Kuew Tiau goreng dekat pejabat nanti. Ujar Amirah Bazilah dalam hati sambil mengusap lembut perutnya.
"Kenapa dengan perut awak tu?" Kata Amzar Naufal serius setelah melihat perlakuan isterinya itu dari ekor matanya.
"Lapar." Ujar Amirah Bazilah perlahan sambil membuat muka kesian ketika memandang suaminya.
"Awak nak makan apa?"
"Kuew tiau goreng!" Ujar Amirah Bazilah bersemangat. Kalau bab makan dia memang nombor satu. Keretanya terus di parkirkan betul-betul di depan pejabat Amirah Bazilah.
"Saya akan belanja, tapi awak kena belanja saya something dulu." Amzar Naufal mula tersenyum nakal.
"Apa... cepatlah. Saya lapar giler ni?" Rengek Amirah Bazilah macam budak lima tahun yang tak makan setahun bukan setahun tapi lima puluh tahun.
"Kiss pipi saya dulu." Ujar Amzar Naufal Sambil menunjukkan pipinya kepada Amirah Bazilah. Dengan tidak semena-mena satu ciuman hinggap di pipi Amzar Naufal membuatkan dia terkedu, terkejut dan terkentut. Eh asal nak terkentut pulak?!
Amirah Bazilah terus melompat keluar dari perut kereta mewah Amzar Naufal itu. Amzar Naufal tidak berganjak dari kerusinya. Oh my... dia cium aku betul-betul. Lepas ni aku kena bagi dia lapar dulu, kalau dapat kiss baru aku bagi dia makan. Amzar Naufal memegang pipinya. "Cepatlah." Kata Amirah Bazilah sambil menjenguk ke tingkap kereta mewah itu membuatkan Amzar Naufal tersentak.
"Okay, Okay." Amzar Naufal keluar dari pintu kereta lalu mengekori Amirah Bazilah ke kedai mamak berdekatan pejabatnya itu.
Amirah Bazilah dan Amzar Naufal mengambil tempat di hujung kedai itu. Amirah Bazilah menarik kerusi lalu punggung di labuhkan diatas kerusi. Amzar Naufal pula duduk bertentangan dengannya. Lalu kelihatan susuk tubuh seorang lelaki berbangsa India datang menghampiri mereka sambil membawa kertas.
"Hai Amirah. Mahu makan apa hari ni?" Tanya Susuk tubuh itunsambil melemparkan senyuman.
"Uncle Sam, bagi saya dua kuew tiau goreng. Satu bungkus, satu makan sini dan minum teh O." Ujar Amirah Bazilah.
"Hai Amzar. Lama tak datang kedai uncle, Busy ke?" Soal Uncle Sam apabila Amzar Naufal di pandang.
"Busylah sikit. Hah uncle, bagi satu keping roti canai dengan Milo panas." Ujar Amzar Naufal sambil tersenyum. Lalu susuk tubuh Uncle sam hilang dari pandangan pabila susuk tubuh itu menapak ke dapur.
"Awak kenal Uncle Sam ke?" Soal Amirah Bazilah kehairanan. Selalunya orang kayakan lepak dekat hotel je. Mana nak lepak dekat tempat macam ni.
"Yup. Saya suka makan dekat sini pagi-pagi." Ujar Amzar Naufal. Lalu susuk seorang wanita datang ke meja mereka sambil membawa makanan yang di pesan. Kuew tiau goreng yang nampak sedap giler itu di suapkan ke mulut Amirah Bazilah. Perlahan dia mengunyah makanan yang berada di dalam mulutnya.
"Yang berbungkus ni siapa punya?" Soal Amzar Naufal sambil menguyah roti canainya.
"Untuk sayalah. Untuk siapa lagi?"
"Banyaknya awak makan. Yang berbungkus ni sah-sah awak makan dekat pejabat kejap lagi." Nampak je kecik Mak cik ni tapi nafsu makan dia besar giler.