Amirah Bazilah sibuk menyiapkan hidangan tengah hari. Ketam yang siap dibasuh di dalam sinki di ambil lalu diletakkan di dalam bekas. Minyak di atas kuali dipanaskan untuk menggoreng ketam kulit lembut itu. Hai lah ketam! Kenapalah suami aku suka makan kau? Macam tak de lauk lain! Asalnya memang dia tak mahu masak, tapi kesian pulak Cik Abang dia tu. Kempunan pulak nanti! Tak pasal-pasal pulak dia lari masuk dalam batu belah batu bertangkup! Nasib baiklah mamat tu tak de pergi masjid dengan Walid. Kalau ada mesti mengacau je aku nak buat kerja. Gumam hati kecil Amirah Bazilah.
Dia mengambil seketul ketam itu lalu dicelupkan ke dalam tepung sebelum dicelupkan pula di dalam campuran tepung beras dan tepung gandum serta beberapa jenis rempah. Dia meletakan ketam yang telah dicelup di atas pinggan. Dia mencelupkan ketam yang kedua pula sebelum diletakkan di atas pinggan.
"Hai awak!" Sapa satu suara garau dari belakang lantas membuatkan Amirah Bazilah yang sedang mencelup ketam itu terperanjat.
"Oh Mak kau ada lapan!" Amirah Bazilah melatah kuat. Nasib baik tak terlepas ketam yang sudah dicelup tepung itu dari tangannya. Kus semangat!
"Mak saya ada satu jelah. Datin Mariah sorang je." Kata Amzar Naufal sambil tergelak kecil. Bibirnya menguntum senyuman. Pinggang Amirah Bazilah dirangkul erat.
"Awak ni dah kenapa? Tak reti bagi salam ke. Ish awak nilah. Macam mana kalau saya terlepas ketam ni. Kan dah membazir. Membazir tu amalan syaitan awak tahu tak? Hah, awak tak kesian ke kat ketam ni? Kawan dia semua dah masuk perut tapi dia sorang je tak masuk. Kesian tau!" Bebel Amirah Bazilah panjang.
"Sorry. Awak masak apa ni?" Tanya Amzar Naufal. Tangannya masih lagi memaut pinggang Amirah Bazilah dengan erat. Amirah Bazilah masih meneruskan usahanya demi berjuang menyiapkan celupan ketam itu.
"Your fried soft shell crab." Amzar Naufal berlonjak keriangan pabila perkataan itu terkeluar dari mulut isterinya itu. Dia menguntum senyuman. Lalu satu ciuman singgah di pipi milik Amirah Bazilah.
"Terima kasih. Love you!" Bisik Amzar Naufal di telinga isterinya itu. Amirah Bazilah hanya berlagak biasa.
"Awak nak tolong tak? Daripada awak duk whisper dekat telinga saya and hug-hug saya, adalah lebih baik kalau awak yang tolong saya gorengkan ketam ni." Kata Amirah Bazilah setelah selesai mencelupkan ketam kelima. Lima je hari ni. Mamat ni bukannya boleh makan banyak-banyak!
"Okay boleh. First step?" Amzar Naufal melepaskan pelukan itu dengan perlahan sebelum berdiri di sebelah Amirah Bazilah.
"Saya dah celupkan ketam ni. Lima ekor je. Awak tak boleh makan banyak sangat. Nanti awak sakit, susah. Minyak saya dah panaskan. Awak just drop it slowly. Slowly, okay." Arah Amirah Bazilah. Pinggan yang berisi ketam itu di ambil lalu disuakan kepada Amzar Naufal. Amzar mengambil satu ketam itu dan di letakkan perlahan ke dalam minyak panas itu. Setelah semua ketam dibubuh dalam minyak, dia meletakkan kembali pinggan di atas kaunter dapur itu.
"Oh... by the way, where is Walid? Tak nampak pun." Tanya Amirah Bazilah yang melangkah dari sinki menuju ke Amzar Naufal. Dia berdiri tegak memerhatikan gerak geri suaminya itu. Dari tadi kelibat mamat ni je nampak. Mana Walid? Kata lapar tadi, rindu dengan masakan orang. Sepatutnya dah ada duduk dekat sini.
"Dia pergi rumah Pak Fuad. Katanya ada hal berkaitan dengan surau. So, Walid kata tak payah tunggu dia. Dia kata makan je. Dia makan dekat rumah Pak Fuad." Jelas Amzar Naufal sambil membalikkan ketam goreng di dalam kuali itu. Ya Allah sedapnya! Kecur liur Amzar Naufal dibuatnya.
"Oh yeke. Tak pelah. Awak nak makan terus ke or ada task lain nak kena buat? Kalau nak makan terus saya nak bubuh nasi?" Tanya Amirah Bazilah.
"Saya dah lapar teramat sangat. So, awak bubuhlah nasi. Kita makan sama. Kita share pinggan je. Saya nak awak suapkan saya." Ujar Amzar Naufal manja. Dia mencapai pinggan kosong yang berada di sinki lalu ketulan fried soft shell crab yang masih berenang dalam minyak itu diangkat. Api dapur itu ditutup. Dia meletakkan ketam itu di atas meja makan.
Dia melabuhkan punggung di atas kerusi di meja makan di dapur rumah kayu itu. Wajah Amirah Bazilah yang asyik mencedok nasi itu dipandang. Lalu pandangannya di larikan ke arah lauk-pauk yang berada di atas meja. Ada gulai Asam Rebus Ayam, sayur kailan goreng dan yang paling bersinar-sinar ialah fried soft shell crab. Pehh! Sedap giler!
Amirah Bazilah melabuhkan punggungnya di atas kerusi berdekatan dengan Amzar Naufal. "Awak nak lauk apa?" Ujar Amirah Bazilah.
"Hmm... nak gulai sikit pastu nak sayur sikit and last but not least the Bombastic crab!" Kata Amzar Naufal. Bibirnya hanya menguntum senyuman. Tangan milik Amirah Bazilah sibuk mencedok sedikit gulai, sedikit sayur kailan dan seekor ketam itu ke dalam pinggan.
Setelah doa dibaca, Amirah Bazilah mengambil sedikit kepingan ketam itu dan sedikit nasi lalu disuapkan ke mulut Amzar Naufal.
"Sedapnya!" Kata Amzar Naufal dengan mulut penuh. Amirah Bazilah menyuakan nasi dan ketam ke mulutnya pula. Ya Allah sedapnya. First time makan ketam ni. Tak sangka pulak sedap giler! Patutlah mamat ni suka.
"Awak... nak lagi." Amirah Bazilah menyuapkan lagi nasi ke mulut lelaki itu. Amirah Bazilah mengunyah perlahan nasi yang baru disuapkan ke mulutnya.
"Awak... terima kasih sebab masakkan ketam tu untuk saya. I appreciate that." Kata Amzar Naufal sambil mengunyah perlahan. Bibirnya menguntum senyuman.
"Amirah..." Ujar Amzar Naufal lagi. Amirah Bazilah mengalihkan pandangannya ke arah lelaki itu tatkala namanya disebut.
"Boleh saya suapkan awak pulak?"
"Boleh sayang!" Kata Amirah Bazilah manja. Dia menolak perlahan pinggan di hadapannya kepada Amzar Naufal. Amzar Naufal mengambil sedikit nasi dan ketam itu lalu disuakan ke mulut wanita itu dengan berhati-hati. Amirah Bazilah mengunyah makanan itu. Hatinya sedikit dijentik rasa terharu. Sudah lama dia tidak merasakan kasih sayang begini. Sejak Umi tiada, tiada lagi insan yang selalu menyuapkan makanan ke mulutnya.
Walid? Walid seorang yang independence. Dia juga mahu anaknya bersikap independence macam dia. Plus, hati Walid jenis hati kering. Tak adanya nak main suap-suap dengan kita. Amirah Bazilah memegang wajah Amzar Naufal dengan lembut. "Terima kasih sebab awak suapkan saya makan." Ucap Amirah Bazilah perlahan. Amzar Naufal hanya mengenyitkan matanya lali tersenyum manis.
Air mata Amirah Bazilah menitis membasahi pipi. Wajah lelaki itu dipandang sayu. Hatinya dipukul dengan pelbagai rasa. "Kenapa awak nangis ni? Janganlah sedih-sedih. Saya tak suka tengok awak sedih. Tak baiklah nangis depan rezeki." Pujuk lelaki itu lembut. Nada suaranya juga lembut. Dia menyeka air mata wanita itu dengan tangan kirinya.
"Mana ada saya sedih. Saya just... terharu. Dah lama orang tak suap saya makan. Saya... Saya tak nak kehilangan awak." Ucap Amirah Bazilah perlahan. Air mata ligat membasahi pipi. Amzar Naufal menyeka laju air mata yang mengalir itu.
"Amirah Bazilah, Syed Amzar Naufal janji akan selalu ada dengan Mira. Saya janji saya akan hapuskan air matanya. Saya janji saya akan kucup dahinya setiap hari. Saya janji hati saya hanya untuk dia hari ni, esok dan selamanya. Saya janji saya peluk dia hari-hari walaupun saya busy. Saya akan pastikan setiap detik saya dalam satu hari pasti bersamanya. La ajidus sa'adah ila ma'aka." Kata Amzar Naufal perlahan. Tangan mulus milik Amirah Bazilah digenggam erat seperti tidak mahu dilepaskan. Amirah Bazilah memandang wajah lelaki itu. Terharu dengan kata-kata yang terpacul dari mulut lelaki itu.
"Mira, jomlah kita sambung makan, Amzar lapar lagi ni." Kata Amzar Naufal sambil mengusap perutnya perlahan. Amirah Bazilah tersenyum lalu mengangguk. Dia menyambung menyuap suaminya itu. Bertuah sungguh kau Mira! Wajah tampan bermata biru itu tersenyum manis menampakkan giginya. Amirah Bazilah membalas senyuman itu. Rasa bahagia mula mekar dalam jiwa. Dup dap, dup dap bunyi dia!