Amirah Bazilah menghempaskan tubuhnya diatas sofa. Letih badannya terasa sehingga ke urat saraf. Mana taknya, keluar sahaja daripada hospital tempoh hari, langsung terus bekerja. Telefonnya yang menjerit minta diangkat itu dicapai dari dalam beg tangannya. Amirah Bazilah menekan butang hijau di telefonnya. Sebelum itu, dia melihat nombor yang tertera di skrin telefonnya. Nombor tidak dikenali. Mungkin kenalannya. Tebak Amirah dalam hati.
"Hello, assalammualaikum." Kata Amirah Bazilah sambil telefonnya dilekapkan ke telinganya yang ditutup oleh tudung labuh gaya budak sekolah itu.
"Waalaikummussalam. Ni Amirah ke?" Ujar satu suara wanita di hujung talian.
"Ye saya. Boleh saya tahu, saya sedang bercakap dengan siapa ni?"
"Ni Datin Paezah. Mama Fina, ZaraFina Hanim." Amirah Bazilah sedikit tersentak dengan identiti wanita yang menelefonnya itu.
"Ye Datin. Datin nak apa call saya? Kalau tak ada apa-apa hal yang mustahak, saya letak dulu. Saya banyak kerja lain nak buat." Ujar suara Amirah Bazilah mula tegas.
"Jangan letak. Tolong jangan. Mira, tolong aunty. Aunty tak tahu nak buat apa lagi. It's all about Fina." Suara wanita itu seakan risau di hujung talian. Amirah Bazilah sedikit tertanya-tanya.
"What favour did you want from me?"
"Fina masuk hospital. Keadan dia teruk sekarang ni. Dia telan banyak pil sampai hampir overdose. Dia sayangkan Amzar, Mira. Dia perlukan Amzar. I'm begging you Mira. Please, anak aunty dalam kesusahan. Aunty tahu Mira faham perasaan aunty. Anak dalam kandungan Fina perlukan seorang ayah." Amirah Bazilah terkedu. Air matanya sudah mula bertakung di tubir mata. Bukan dia sedihkan soal Fina, tapi soal Amzar. Sanggupkah dia melepaskan Amzar untuk orang lain? Sungguh dia tidak mampu. Hatinya bagai disiat-siat.
"Tolong Mira. Tolong... bawa Amzar jumpa dengan Fina. She needs him. Tolong kesiankan aunty Mira." Merayu wanita itu lagi di corong telefon. Amirah sudah mati akal. Dia kematian kata-kata.
"Jangan risau aunty. Mira akan usaha untuk tolong aunty. Jangan risau."
"I'm begging you Mira. Please. Aunty harap Mira dapat tolong aunty."
"I will. Assalammualaikum." Butang merah ditekan sebelum sempat dia mendengar jawapan untuk salam yang dihulurkannya. Air matanya tumpah. Hatinya sakit. Dugaan apakah ini Ya Allah!
"Sayang, it's something wrong?" Tanya Amzar Naufal yang baru menuruni anak tangga. Dia menuju ke arah Amirah Bazilah.
"Abang, jom kita pergi hospital." Kata Amirah Bazilah sambil menarik tangan lelaki itu. Lelaki itu mengerutkan dahinya. Siapa yang sakit?
"Siapa yang sakit sayang?"
"Fina. Dia sakit teruk. She needs you." Langkah Amzar Naufal terhenti. Dia merentap lengannya yang digenggam oleh Amirah Bazilah. Mukanya serius.
"Abang tak nak pergi. Dia tak ada kena mengena dalam hidup abang. She doesn't need me." Nada suara lelaki itu tegang.
"Abang, kesiankan dia. Dia tengah sakit. Jom kita pergi melawat dia. Dia perlukan awak, Syed Amzar Naufal."
"No! Saya tak nak pergi. Jangan paksa saya pergi. Saya tak suka." Nada suara lelaki itu naik satu level. Tinggi sedikit dari biasa. Dia menyilangkan tangannya ke dada bidangnya.
"Abang tengok muka Mira." Amirah Bazilah mendekati lelaki itu. Kedua-dua belah pipi lelaki tu disentuh.
"Abang... Abang sayangkan Mira?" Tanya Amirah Bazilah lembut. Amzar Naufal hanya mengangguk. Dia memandang wajah wanita itu. Mukanya masam mencuka saja.
"Abang... Abang percaya pada jodoh?" Amzar Naufal mengangguk.
"Kalau macam tu, nikahi Fina. Dia adalah jodoh abang!"
=thiz