Pintu wad pesakit milik Amirah Bazilah di kuak perlahan dari luar. Kelihatan susuk tubuh doktor muda menapak masuk ke dalam wad.
"Assalamualaikum, Puan Amirah. Macam mana hari ni?" Soal doktor muda itu sambil tersenyum manis kepada Amirah Bazilah yang sedang duduk bersila di atas katil itu. Amirah Bazilah membalas senyuman doktor muda itu dengan senyuman kelat. Hatinya masih lagi sedih. Sedih yang tidak di gambarkan olehnya.
"Okay je doktor." Balas Amirah Bazilah acuh tak acuh. Pandangannya di larikan di saat matanya bertentangan dengan mata doktor itu.
"My name is Adib Syahir. Just call me Adib." Balas Adib Syahir. Senyumannya masih tidak lekang dari bibirnya. Sambil ligat tangannya membuat check up.
"Harus ke?" Soal Amirah Bazilah selamba. Doktor Adib ni memang pemurah dengan senyuman ke ada udang di sebalik mee udang. Eh dah sah-sahlah ada udang dekat mee udang! Daripada tadi asyik pandang aku. Ada juga nanti yang makan sup kaki! Tersandar kau dekat pintu tu karang. Gumam hatinya. Amirah Bazilah dalam keadaan gelisah dek kerana pandangan mengancam yang mampu membunuh itu.
"Doktor boleh tak kalau doktor jangan asyik pandang saya je. Tak selesalah." Marah Amirah Bazilah. Nadanya masih lagi di kawal. Comel bila dia marah! Desis hati Adib Syahir.
"Sorry tapi sorry saya bersyarat." Senyuman nakal mula terbit dari bibir lelaki itu.
"Tak ikhlasnya. Hah apa syaratnya?"
"Stop calling me doctor. Just call me Adib."
"Okay fine. Sekarang dah siap check up kan? So awak boleh keluar tak dari bilik saya!" Ujar Amirah Bazilah. Rare betul perempuan ni. Kata Adib Syahir dalam hati.
"Awak halau saya ke? Beraninya awak kan?" Kata Adib Syahir dengan senyuman.
"Yup, saya kena jaga maruah suami saya."
"Okay, okay. Saya keluar sekarang. Oh one more thing... ni nombor saya kalau awak nak order apa-apa just call me okay!" Ujar Adib Syahir sambil menulis nombor telefonya di atas cebisan kertas putih itu lalu di letakkan di atas meja lantas dia keluar dengan hati sedikit kecewa. Baru nak try perempuan tu. Macam mana aku boleh lupa dia dah kahwin. She will not be yours, Adib! Just face the fact! Tapikan dia still boleh bercerai? Bisik hati jahatnya. Kepalanya di gelengkan. Tapi kau sanggup runtuhkan masjid orang? No, right!
"Assalamualaikum menantu Mama. Sihat ke hari ni?" Ujar Datin Mariah sebaik muncul dari muka pintu wad pesakit itu. Kelibat Amni Najlah kelihatan selepas Datin Mariah menapak masuk. Tapi manakah orang yang di nanti-nanti? Tak datang? Tergamaknya dia! Hati Amirah Bazilah di serbu rasa pilu yang teramat sangat.
"Mana Abang?" Soalan Datin Mariah tidak di jawab sebaliknya di tujukan soalan kepada Datin Mariah. Datin Mariah dan Amni Najlah saling pandang memandang. Datin Mariah serba salah. Namun hanya senyuman manis saja di buat jawapan untuk pertanyaan menantunya itu.
"Abang Amzar ada urgent so dia kena pergi pejabat." Ujar Amni Najlah sebaik melihat Datin Mariah diam saja. Senyuman di hadiahkan kepada kakak iparnya itu.
"Oh yeke. Tak apalah." Ujar Amirah Bazilah perlahan sambil tersenyum. Namun senyuman palsunya itu dapat di kesan oleh Datin Mariah. Bekal makanana di letakkan di atas meja.
"Mira dah makan?" Ujar Datin Mariah. Lalu bekal yang di bawanya itu di buka.
"Mama bawa apa?" Soal Amirah Bazilah. Senyumannya masih cuba di maniskan walaupun hatinya terasa sangat sedih.
"Mama bawa bubur ayam." Datin Mariah melabuhkan punggunya di atas birai katil. Amni Najlah pula melabuhkan punngunya di atas kerusi di sebelah katil pesakit itu.
Amirah Bazilah mencapai bekas bubur itu lalu di suapkan ke mulut. Bubur ayam itu di telan perlahan. Hanya beberapa suap saja yang masuk je mulutnya. "Tak sedap ke bubur Mama masak?" Tanya Datin Mariah sebaik melihat menantunya itu makan hanya beberapa suap saja.
"Kenapa makan sikit je kak Mira, lambatlah sihat nanti?" Soal Amni Najlah. Amirah Bazilah hanya tersenyum kelat memandang mereka berdua.
"Mira tak ada seleralah." Ujar Amirah Bazilah perlahan lantas bibirnya tersenyum kelat.
"Akak tak ada selera ke atau akak rindu dia?" Usik Amni Najlah sambil menjongketkan keningnya. Lantas dia tersenyum nakal. Amirah Bazilah terdiam membisu. Tanpa sedar air matanya gugur dengan lebat. Kata-kata lelaki itu masih terngiang-ngiang di cupingnya.
"Kenapa kak Mira, Amni salah cakap ke?" Amni Najlah gelabah sebaik melihat air mata kakak iparnya itu gugur dari sepasang mata miliknya. Datin Mariah turut merasa gelabah.
"Amni kenapa cakap macam tu dengan kak Mira?" Marah Datin Mariah dengan nada yang perlahan.
"Jangan marah Amni Mama. Dia tak salah apa-apa dengan Mira. Ni mata Mira ni tiba-tiba je nak menangis. Lagipun Amni rindu dengan Walid." Ujar Amirah Bazilah perlahan. Dia tersenyum tawar. Lantas tubuh milik Amirah Bazilah di peluk erat. Dahi miliknya di kucup oleh Datin Mariah. "Mama peluk kak Mira je, Amni... mama tak nak peluk pulak!" Rajuk Amni Najlah sambil memuncungkan mulutnya.
"Kesiannya budak tu. Meh lah sini kita peluk ramai-ramai!" Usik Amirah Bazilah sebaik melihat adik iparnya itu merajuk. Siap muncung lagi. Ketawanya terburai sedikit.
"Yeay. Let have a big hug!" Kata Amni Najlah keriangan lantas mereka bertiga saling peluk memeluk.