Amirah Bazilah tersedar dari tidurnya akibat bunyi kilat yang berdentum di kaki langit. Hatinya berombak laju Nafasnya sudah turun naik dibuatnya. Matanya sudah berkaca. Janganlah ada kilat lagi. Aku takut ni! Dia mengerling ke arah skrin handsetnya Pukul tiga pagi. Hujan yang lebat di luar meningkatkan lagi suhu sejuk bilik itu. Dia menegakkan badannya. Amzar Naufal yang sedang nyenyak tidur di atas sofa itu dipandang. Kesian, terpaksa beralah untuk tidur atas sofa sebab katil tak muat. Bibirnya menguntum senyuman.
Cahaya putih berserta bunyi dentuman guruh yang kuat itu menyentakkannya. Dadanya semakin berombak. Matanya sudah pun menitiskan air mata. Sedutan oksigennya sudah turun naik. Amirah Bazilah mendekatkan kakinya dengan tubuhnya. Dia menekup telinganya. Matanya di pejam rapat. "Umi... Umi. Mira takut!" Kata Amirah Bazilah sambil menangis tersedu-sedu.
Satu lagi cahaya putih bersama bunyi dentuman guruh menerpa di kaki langit. Amirah Bazilah tidak keruan di buatnya. Rasa takutnya mula menghantui jiwa. "Umi... Umi. Tolong Mira Umi. Mira takut!" Jerit Amirah Bazilah sekuat hatinya.
Amzar Naufal yang tidur diatas sofa itu tersedar dek kerana suara teriakan itu menerpa ke telinga. Dia memalingkan wajahnya ke arah wanita yang sedang duduk sambil merapatkan kakinya ke dada. "Umi... Mira takut. Ada kilat dekat luar! Umi... Mira takut!" Butir kata dari jeritan itu dapat ditangkap oleh cuping milik Amzar Naufal. Lalu dia terus menapak ke arah isterinya itu.
Tubuh wanita itu dipeluk erat oleh tangan sasa yang dipenuhi otot pejal milik Amzar Naufal. "Syhhh... sayang jangan takut. Abang ada dekat sini." Wanita itu memeluk erat tubuh miliknya. Air mata wanita itu masih tidak berhenti mengalir malah lebih giat lagi.
"Abang... Mira takut. Mira takut kilat." Mukanya ditekup ke dada bidang milik Amzar Naufal. Amzar Naufal mengemaskan pelukannya. "Sayang don't cry please. Abang ada dekat sini." Pujuk Amzar Naufal. Dia mencium lembut ubun-ubun isterinya itu. Cahaya putih beserta dentuman guruh itu masih tidak lagi berhenti malah lebih giat. Amirah Bazilah mencengkam baju milik Amzar Naufal. Matanya masih dipejamkan.
"Tak ada apa-apa. Abang ada dekat sini. Jangan takut eh!"
"Mira... takut. Mira, nak abang. Abang... teman Mira!" Kata Amirah Bazilah sambil berlinang air mata.
"Okay... abang tidur dengan sayang eh. Mira jangan risau ye." Kata Amzar Naufal. Dia membaringkan diri diatas katil itu. Sempit memanglah sempit tapi nak buat macam mana. Amirah Bazilah terus memeluk tubuh suaminya itu. Dia menekup mukanya di dada milik Amzar Naufal. Matanya terus di pejam. Amzar Naufal menarik comforter lalu di tarik ke paras dada menyelimuti tubuh mereka berdua. Amirah Bazilah terhenjut bahu di saat dentuman guruh yang kuat itu menyapa telinganya.
"Syhhh... dah tak de dah kilat. Tidur ye." Kepala milik isterinya itu diusap perlahan sebelum dikucup lembut di ubun-ubunnya. Tangisan dan esakan yang Amirah Bazilah tadi kian pudar dari pendengaran Amzar Naufal. Amzar Naufal memejamkan matanya. Tubuhnya masih dalam rangkulan isterinya itu.
Amzar Naufal membuka matanya perlahan. Dia tidak bisa tidur. Wajah Amirah Bazilah yang masih bersisa air mata itu di pandang. Hujan di luar pun sudah beransur reda. Pinggangnya masih dirangkul erat oleh tangan isterinya. Kesian, Mira. Terpaksa berimpit tidur diatas single bed ini.
Amzar Naufal mengalih perlahan tangan milik Amirah Bazilah. Hasratnya mahu kembali tidur diatas sofa terbatal pabila tangan itu memeluknya erat malah lebih kemas semula selepas dialihkan.
"Awak nak pergi mana?" Soal Amirah Bazilah. Matanya di buka perlahan.
"Saya nak tidur atas sofa baliklah. Kesian awak tidur sempit-sempit macam ni." Ujar Amzar Naufal perlahan seperti sedang berbisik. Dia menguntum senyuman manis. Rambut isterinya yang panjang itu disisipkan ke celah teling Amirah Bazilah.