Amirah Bazilah melangkah masuk ke dalam dewan makan itu yang berada di tingkat dua hotel itu. Susuk tubuh lelaki yang membelakanginya itu tampak segak memakai kod bewarna hitam. Amirah Bazilah mencuit bahu lelaki itu. Lelaki itu memusingkan badannya. Dia menguntum senyuman.
"Amirah, you look... different. Beautiful. Simple but perfect!" Puji Amzar Naufal kepada Amirah Bazilah. Sungguh dia terpukau dengan kecantikan gadis itu pada malam ini. Persalinan yang dipilih oleh Kak Sal memang terbaik. Dia hampir tidak mengenali wanita itu. Sungguh cantik!
"Apa kurangnya Encik Tanner Patrick saya ni. Handsome and smart. Cute also!" Amirah Bazilah memuji. Amzar Naufal menghadiahkan sebaris senyuman yang menampakkan gigi putihnya.
"Terima kasih, sayang. Shall we?"Amirah Bazilah memaut lengan suaminya itu sebelum mereka menapak ke arah dewan makan bersuasana romantik dengan gesekan violin dan juga piano. Amzar Naufal menarik kerusi dan mempersilakan Amirah Bazilah duduk. Amzar Naufal melabuhkan punggungnya di kerusi di hadapan Amirah Bazilah. Wajah wanita itu dipandang.
Tak berkelip dia memandang wajah cantik itu. Ditambah solekan dimukanya menyerlahkan lagi kejelitaan wanita itu. Tidak pernah dia melihat wanita itu bersolek sebelum ini. Walaupun tidak memakai sebarang alat solekan, wajahnya tetap tampak cantik dimatanya.
"Abang... Kenapa abang lain sangat hari ni?" Tanya Amirah Bazilah.
"Abang rasa, abang nampak sama je. Tak ada yang lain pun. Apa yang lainnya?"
"Abang nampak macam Prince Charming malam ni. Gaya abang macam putera raja. Lepas tu, abang gentle sangat. Like handle an egg with care. Don't want to break it." Ujar Amirah Bazilah selamba. Gelas yang berisi air masak dihadapannya diteguk perlahan.
"Memanglah abang lain. Sebab abang jumpa dapat puteri yang cantik malam ni." Tutur Amzar Naufal sambil merenung anak mata hazel itu. Dia menguntum senyuman.
"Siapa puteri tu?" Balas Amirah Bazilah ber'lawyer' buruk.
"Puteri yang pintar." Kata Amzar Naufal menggunakan ayat tersirat. Dalam hatinya berharap agar wanita itu jenis yang cepat pick-up. Amirah Bazilah mengerutkan dahinya. Otaknya mula ligat mentafsir makdsud ayat itu. Hmm... Yes I got it!
"Amirah Bazilah?" Tanya Amirah Bazilah minta kepastian. Anak mata biru itu direnung dalam. Bagai mahu tembus. Amzar Naufal mengangguk.
"How sweet are you Amzar. Abang, boleh tanya sikit tak?"
Amzar Naufal hanya mendeham. Wajah dihadapannya itu masih direnung.
"Kenapa tak ada orang dekat dalam dewan ni?" Katanya sambil memerhati sekeliling. Sungguh tiada sesiapa yang disini kecuali mereka berdua. Takkan semua makan dekat rumah kot.
"Dewan ni makan ni, abang dah tempah khas untuk sayang dengan abang je. Mira suka tak?"
"Suka. Suka sangat. Abang... terima kasih ye. Membazirkan duit abang je. Lagipun adalah lebih baik kalau kita berdua makan dekat bilik je. Lagi sweet. Baru best. Mira sebenarnya tak selesalah abang keluarkan duit banyak-banyak semata-mata untuk benda yang merugikan. Mira tak nak bazirkan duit abang." Terang Amirah Bazilah. Wajahnya ditekur ke arah pinggan kosong yang terletak elok di atas meja itu. Dia rasa sedikit bersalah.
"Mira..." Panggil Amzar Naufal lembut. Amirah Bazilah tidak memandang lelaki itu. Dia hanya diam membisu.
"Mira, look in to my eyes please." Arah Amzar Naufal. Amirah Bazilah dengan keadaan teragak-agak memandang wajah tampan itu. Air mata terharu muka menyibukkan diri di tubir mata. Tunggu mahu pecah saja takungan air mata itu.
"Mira... Dah banyak kali abang cakap dengan Mira. Abang tak kesah pasal semua tu. Abang tak kesah pasal duit abang. Mira... Abang nak Mira tahu yang abang buat semua ni untuk Mira sorang je. Abang sayang Mira, cinta Mira. My love will last forever, dear. Mira sayang abang tak?" Amirah Bazilah kembali menjatuhkan pandangannya ke arah pinggan di hadapannya. Air matanya gugur. Dia tidak mampu menahan rasa sebak dalam hatinya. Hatinya terlampau sakit dihimpit rasa sebak.
"Sayang." Balas Amirah Bazilah perlahan. Air matanya dikesat dengan hujung lengan baju.
"Kalau sayang, mari ikut abang kejap." Amzar Naufal bangun dari kerusinya itu lalu menarik tangan wanita itu supaya mengekorinya ke arah balkoni dewan makan itu. Amzar Naufal berhenti menapak. Begitu juga dengan Amirah Bazilah. Air matanya wanita itu diseka oleh Amzar Naufal. Amirah Bazilah merenung anak mata biru itu. Kedua-dua pipi wanita itu dipegang lembut olehnya. Amzar Naufal membiarkan saja tangan wanita itu berada diwajahnya. Amirah Bazilah menjengketkan kakinya sedikit. Lalu dahi lelaki itu dikucup lembut.
"Abang, Mira ada tiga words nak cakap dengan abang." Kata Amirah Bazilah sambil menguntum senyum.
"Apa?"
"Meh sini, Mira nak bisik." Amzar mendekatkan sedikit dirinya dengan diri Amirah Bazilah.
"Umi sayang Daddy!" Bisik Amira Bazilah perlahan. Dia mengucup pipi kanan lelaki itu. Amzar Naufal mula tersenyum senget. Amirah Bazilah memusingkan badannya untuk melihat pemandangan di hadapannya. Taburan bintang di langit dipandang.
Amzar Naufal melilitkan tangan sasanya di pinggang milik Amzar Naufal. Dagunya diletakkan dibahu wanita itu. "Abang..."
"Ye sayang."
"Cantikkan bintang dekat langit tu."
"Cantik. Sama cantik dengan sayang abang ni."
"Ada-ada je abang ni."
"Betullah apa yang abang cakap. You're beautiful tonight. Amirah... I see what you wearing, it's something beneath it. Forgive me for staring, forgive me for breathing, we might not know why, we might not know how, caused baby tonight, you beautiful." Kata Amzar Naufal di telinga wanita itu. Romantis sekali.
"Abang, can I place my head on your beating heart please?"
"Boleh sayang."Amirah Bazilah memusingkan tubuhnya menghadap ke arah Amzar Naufal. Dia meletakkan kepalanya di atas dada bidang lelaki itu. Tubuh lelaki itu dirangkul erat. Kehangatan tubuh lelaki itu menghangatkan tubuhnya. Dia memejamkan matanya erat.
Krutt... Bunyi pelik itu menyentakkannya. Dia memandang Amzar Naufal.
"Kenapa tiba-tiba je your heart bunyi pelik?" Tanya Amirah Bazilah sambil mengerutkan dahi.
"Tu bukan bunyi my heart. But..." Amzar Naufal menguntum senyuman.
"But what?"
"Tu bunyi Aakiflah. Aakif lapar. Dari siang tadi Aakif tak makan. Kesian dia." Ujar Amzar Naufal sambil mengusap perutnya. Amirah Bazilah memandang lelaki itu ambil menggelengkan kepalanya.
"Abang lapar ye. Jom kita masuk dalam balik. Kita mamam." Kata Amirah Bazilah sebelum dia menapak ke dalam dewan makan itu. Amzar Naufal menapak mengikuti Amirah Bazilah
I