Bab 13 - Part 2

236 6 0
                                    

Selesai sahaja Amirah Bazilah menunaikan kewajipannya iaitu rukun Islam kedua. Dia mengatur langkah ke dapur. Peti sejuk di buka. "Apa nak masak eh?" Kata Amirah Bazilah sambil mengetuk dagunya. Matanya dililaukan ke arah bahan-bahan yang berada dalam peti sejuk itu.

"Ada ayam sikit, mee, ada daging kisar sikit... Yes! Soto. Aku nak buat Soto." Kata Amirah Bazilah sendirian. Dia menguntum senyuman gembira. Ada ke senyuman sedih? Walid suka makan Soto. Amzar... not sure. Tapi mungkin suka kot. Dia mengambil bahan-bahan itu dari peti sejuk lalu di letakan di atas kaunter yang berada di dapur itu.

Amirah Bazilah memotong kepingan ayam itu lalu diletakkan di dalam mangkuk. Dia memotong daun bawang, lada lalu dimasukkan ke dalam mangkuk untuk dibuat begedil daging. Hmm... Sedapnya! Dah lama tak makan Soto dengan Begedil Daging.

Dia memotong bawang untuk tumisan untuk sup. Sedikit minyak diletakkan di dalam periuk yang sudah diletakkan di atas dapur. Lalu bawang yang sudah dipotong diletakkan ke dalam periuk bersama empat sekawan dan sup bunjut.

Apabila bawang yang diletakkan sudah garing, ketulan ayam dibubuh ke dalam periuk lalu di masukkan air. Sementara sup mendidih dia memanaskan minyak untuk mengoreng begedil, dan suhun.

Dia membulatkan daging itu mencari ketulan lalu dicelupkan ke dalam telur sebelum digoreng. Beberapa ketulan begedil yang siap digoreng diletakkan ke dalam pinggan. Suhun diletakkan perlahan ke dalam minyak panas. Dia mengangkat suhun itu apabila warna suhun itu sudah keperangan.

"Assalamualaikum, Mira." Sapa satu suara garau yang sangat dia kenali. Dia memalingkan wajahnya. Amzar Naufal tersenyum manis memandangnya.

"Waalaikummussalam. Walid mana?" Soal Amirah Bazilah kepada Amzar Naufal sebaik melihat kelibat suaminya itu saja yang memasuki dapur.

"Walid, dia baring dekat ruang tamu. Dia kata kalau dah siap panggil dia makan." Ujar Amzar Naufal lembut. Dia merangkul pinggang isterinya dari belakang. Wajah isterinya yang sedang sibuk membubuh garam ke dalam sup itu dipandang.

"Awak masak apa?" Tanya Amzar Naufal.

"Saya masak Soto. Awak cuba rasa sup ni." Kata Amirah Bazilah sambil mengambil sudu lalu dicedokkan sedikit sup itu. Sup itu ditiup sedikit sebelum disuakan ke mulut Amzar Naufal. Amzar Naufal menghirup sup ayam itu. Sedap! Kata Amzar Naufal dalam hati.

"Sedap! Pandai awak masak sup. Dah siap ke saya dah lapar ni?"

"Awak ni asyik lapar je kan. Perut awak buncit baru awak tahu."

"Perut saya takkan buncit. Metabolism badan saya tinggi."

"Okay. Sup ni dah siap. Jom kita makan." Kata Amirah Bazilah sambil mengambil mangkuk lalu di sinki. Dia mengisi mangkuk itu dengan sup ayam sebelum diletakkan diatas meja. Amzar Naufal melabuhkan punggungnya di atas kerusi di dalam dapur itu.

"Kejap saya panggil Walid." Kata Amirah Bazilah sambil melangkah ke ruang tamu. Susuk tubuh Pak Rusidi dilihat terbaring saja di atas kerusi. Tidur ke? Biarlah Walid tidur. Langkahnya di atur kembali menuju ke dapur. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan Amzar Naufal. Dia mengambil mengkuk yang sudah diletakkan diatas meja.

Tangannya mencedok sedikit mee dan beberapa ketul begedil diletakkan di dalam mangkuk. Lalu kuah suap dicurahkan sedikit ke dalam mangkuk itu. "Nah, awak punya." Kata Amirah Bazilah sambil menyerah mangkuk yang berisi mee, sup, begedil dan suun goreng.

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now