Dia masih bertafakur di atas sejadah. Air matanya jatuh berjuraian dek kerana memikirkan perkara yang melanda hidupnya. Air mata yang membasahi pipi dikesat dengan kain telekung yang tersarung ditubuhnya. Hatinya bagai ditikam berkali-kali. Fikirannya buntu. Dia mati kutu. Tiada pilihan yang dapat dibuat dalam hidupnya tika ini.
Dia mengusap perutnya yang sudah memboyot sedikit itu perlahan. "Aakif, Annisa'... Tolong support Umi sayang. Umi sedih sekarang ni. Umi tak mampu buat sorang-sorang sayang. Umi tak boleh. Aakif dengan Annisa' tolong Umi ye." Kata Amirah Bazilah. Senyuman cuba menguntum diwajah. Tapi ia enggan. Layu sebelum ia sempat menguntum di bibir wanita itu.
"Aakif, Annisa'... hari ni, hari paling sedih dalam hidup Umi. Hari ni, Umi kena laluinya sendirian. Tiada siapa yang nak tolong Umi kecuali Allah. Umi dah call Tok Ayah. Dia kata dia akan support Umi. Dia suruh Umi kuat. Be strong. Umi tak nak nangis hari ni. Umi harap Umi tak nangis hari ni." Katanya lagi. Dia menangis teresak-esak. Puas dia menangis semalam semasa bercakap dengan Walid. Walid sedikit terperanjat dengan hal kahwin itu. Tapi dia tahu, Amzar takkan buat hal itu. Dia tidak percaya. Kalau Walid tak percaya, dia lagi tak percaya. Tapi, tiada apa yang boleh dibuat.
Hari Amzar Naufal berkahwin dengan Fina sudah tiba. Hari ini. Tepat pukul sepuluh, dia akan menerima seorang madu. Hal yang cukup menakutkan dalam hidupnya. Tapi dia percaya Allah itu ada untuknya kala susah. Jika Nabi Yusuf boleh lakukannya di saat Baginda difitnah oleh Zulaikha, kenapa tidak dia. Dia juga kuat. Dia juga tabah.
Tabah ke kau Mira? Sanggup ke kau Mira? Melihat seorang lelaki yang sangat kau sayangi berkahwin dengan orang lain. Berkongsi hak kau dengan orang lain. Dia cuba untuk tabah. Dia cuba untuk menyanggupkan dirinya untuk melalui hal ini. Tapi dia tahu Allah ada untuknya. Hatinya cuba dicekalkan dengan sabda Nabi Muhammad SAW iaitu "Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat".
Dia mengesat air matanya yang semakin ligat membasahi pipi. Perutnya diusap lagi. Dia masih ada anak-anak yang zuriatnya hasil dari benih Amzar Naufal. Dia tahu, anak-anak ini akan menemainya nanti. Menemainya kala sunyi tatkala Amzar Naufal bermalam di rumah Fina.
"Anak-anak Umi ni jangan tinggalkan Umi tau. Duduk diam-diam je dengan Umi tau. Jangan pergi mana-mana ye. Aakif dengan Annisa' sayang Umi kan?" Katanya lagi.
Amni Najlah memulas tombol pintu biliknya. Dia menolak daun pintu itu. Susuk tubuh Amirah Bazilah yang duduk membelakanginya itu dipandang sayu. Dia faham perasaan akak iparnya itu. Dia seorang Lawyer Syarie yang kerjanya menguruskan dan memperbetulkan rumah tangga yang sedang bergolak. Dia faham setiap perasaan anak guamnya. Bukan senang nak melaluinya.
"Akak..." Kata Amni Najlah di muka pintu. Amirah Bazilah memusingkan tubuhnya memandang ke arah Amni Najlah. Amirah Bazilah tersenyum kelat memandang susuk tubuh yang berada di muka pintu.
"Akak, jom kita turun sarapan. Lepas sarapan, kita kena siap-siap. Dalam pukul lapan setengah nanti kita nak gerak dah ke Shah Alam." Ujar Amni Najlah. Dia memaniskan senyuman.
"Sekejap ye. Nanti akak turun."
"Sebelum tu, Akak gerak abang ye. Suruh dia sarapan sekali dengan kita. Tadi Amni nak gerak dia, dia kunci pintu pula." Pinta Amni Najlah. Amirah Bazilah hany mengangguk.
"Akak, jangan sedih ye. Ni semua dugaan. Amni pergi dulu." Pamit Amni Najlah. Daun pintu itu ditutup. Amirah Bazilah meraup wajahnya. Nafasnya dihela. Sedih? Dia terlampau sedih. Tiada perkataan yang dapat menggambarkan rasa sedih hatinya. Dia bangun dari duduknya. Tikar sejadah yang dihamparkan ke lantai dicapai lalu di sangkutkan ke penyidai. Dia membiarkan telekungnya di tubuhnya. Malas mahu menanggalkannya. Dia mengatur langkah ke bilik yang menempatkan Amzar Naufal.