"Doktor macam mana dengan Amirah?"
"First, dia selamat. Second, kandungan Puan pun selamat. Cuma dia perlukan sedikit rehat. Jangan bagi dia stress. Itu boleh effect pada kandungan dia. Siapa suami Puan Amirah? Puan Amirah mahu berjumpa dengan suaminya." Kata doktor muda yang memakai nametag Hafizah itu.
"Saya doktor. Saya suami dia." Doktor muda itu memandang lelaki itu atas bawah. Ni ke suami Mira? Handsome jugak! Hesy, kau ni. Laki orang tu.
"Ni ka suami Mira? Awatnya Mira boleh jadi lagu tu? Hang buat apa dengan Mira?" Kata Doktor muda itu. Amzar Naufal mengerutkan dahinya. Erk! Apasal pulak dengan doktor ni? Giler ke apa? Takkan kawan Mira kot.
"Doktor ni siapa? Kenal ke? Saya tak kenal doktor."
"Alah, Cheq ni kawan dia. Awatnya boleh jadi lagu tu? Dia tension sangat tu. Hang pa ada buat apa-apa dengan dia ka?"
"Mana ada saya buat apa-apa dengan dia? Saya suami dia. Saya tahu macam mana nak jaga isteri saya. Tak perlu awak nak mengajar saya. Tumbuk kang!" Kata Amzar Naufal tegang. Erk! Kereknya laki hang ni Mira!
"Cheq teguq ja, Jangan ambik hati aih! Cheq gurau ja dengan hang. Tak soh letak dalam hati. Hang lempaqlah jauh-jauh." Gurau Hafizah. Amzar Naufal tergelak kecil. Hmm... Handsome juga mamat ni. Patutlah Mira sayang giler.
"Dah-dahlah tu. Mengarut je awak ni. Boleh tepi sikit. Saya jumpa dekat cinta hati saya." Kata Amzar Naufal sebaik wanita itu menghalang laluannya.
"Cop, cop, cop! Mira habak mai dekat cheq, dia tak nak jumpa dengan hang lagi. Dia tak sedia. Cheq pelik dengan hang pa berdua ni. Nampak macam sweet couple. Tapi entahlah... Awat, hang pa berdua ada masalah ka?" Ujar Hafizah pelik. Mana taknya, bila dia tanya nak jumpa suami ke tak, dia jawab tak. Kan pelik namanya tu. Siap nangis-nangis, peluk-peluk aku lagi. Bila aku tanya kenapa, dia tak nak habak! Bisu ja. Alih-alih aku diam jelah.
"Tadi kata dia nak jumpa? Doktor ni mana satu? Pening ke kepala doktor, banyak patient hari ni eh? Sampai lupa statement yang doktor sendiri cakap." Hafizah mengetap bibirnya. Hesy, nasib baik kau laki kawan baik aku. Kalau tak aku gonyong-gonyong kepala otak hang!
"Saja je cheq nak tengok empunya diri yang telah menambat hati Amirah Bazilah. Tapi maaflah, cheq bukan nak menipu. Dia memang cakap yang dia tak nak jumpa dengan hang. Cheq nak buat lagu mana kan? Dah dia suruh lagu tu. Cheq ikut jelah."
"Tolong doktor. Saya merayu ni. Tolong bagi saya jumpa dengan dia. She need me now. She need me. She looking for me. Please, kalau awak sayangkan dia... Tolong bagi saya jumpa dengan dia." Rayu Amzar Naufal kepada Hafizah. Hafizah berfikir sejenak.
"Apakah guaranteenya selepas saya bagi awak masuk dalam wad tu?"
"Saya janji dengan doktor yang saya takkan sakitkan hati dia lagi. Saya janji yang di takkan sedih lagi."
"Hmm... okay. But keep your promise. Kalau Encik melanggar janji Encik, saya takkan teragak-agak untuk melarang Encik dari memasuki hospital ini. Tak kiralah Encik ni siapa pada Puan Amirah. Encik boleh masuk, tapi jangan buat dia sedih. Saya dapat rasa yang dia sangat sedih sekarang ni. Saya dah kawan dengan di dah lama Encik. Dah Sepuluh tahun. Since kita orang sekolah menengah. Saya dapat rasa apa yang dia rasa. Saya tak pernah tengok dia sedih macam ni sekali Encik. Dia terlampau sedih. Saya ingatkan dia bukan Amirah Bazilah yang saya kenal tadi. Dia nampak lain. Dia nampak lost. Encik, please. Don't be the second who broke her heart.