Bab 8 - Part 2

343 19 0
                                    

Amirah Bazilah mengatur langkah ke dapur untuk memasak makan malam keluarganya. Dia mengeluarkan beberapa bahan dari dalam peti sejuk. "Nak masak apa eh? ada ayam, ada udang, ada kailan dan ada... yes keladi." Kata Amirah Bazilah sendirian sambil melonjak keriangan pabila terlihat sayur kegemarannya. Tangannya ligat memotong bahan-bahan itu.

"Puan Amirah... mahu saya bantu?" Ujar Bibik Husna kepada Amirah Bazilah yang baru muncul di dapur itu. Dia melemparkan senyuman kepada Amirah Bazilah. Amirah Bazilah memberikan senyuman kembali kepada Bibik Husna yang datang menghampiri.

"Tak pa, tak pa, tak pa. Bibik duduk je dulu. Kalau ada apa-apa yang Mira perlukan. Nanti Mira panggil Bibik ye." Kata Amirah Bazilah. Bibik Husna melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berada di meja itu.

Amirah Bazilah mencapai periuk lalu di letakkan di atas dapur. Segala bahan-bahan untuk memasak Asam Rebus Ayam dengan Keladi di masukkan sekali ke dalam periuk. Masak benda ni senang je, tak payah tumis just lebur je. Api dapur di hidupkan. Lalu dia duduk di atas kerusi di sebelah bibik Husna. Sementara nak tunggu masak, berboraklah dulu.

"Bibik Husna, dah lama kerja dekat sini?" Soal Amirah Bazilah. Wajah wanita itu di pandang. Lantas senyuman di hadiahkan kepada wanita itu tatkala matanya bertembungkan dengan mata Bibik Husna.

"Udah enam belas tahun, Puan." Bibik Husna membalas dengan senyuman. Walaupun sudah lebih lima belas tahun bekerja di Malaysia tapi loghat indonesia Bibik Husna masih jelas kelihatan.

"Panggil saya Mira je. Saya tak berapa suka sangat orang panggil saya Puan."

"Mira kerja apa?" Soalnya sambil ligat memerhati tangan Amirah Bazilah memotong sayur.

"Saya kerja sebagai lawyer Syarie" Tutur Amirah sambil memotong sayur Kailan untuk di buat sayur goreng.

"Wah... bagus sekali kerjanya." Puji Bibik Husna melambung.

"Ish tak lah bagus sangat. Biasa-biasa je." Tutur Amirah Bazilah sambil mencapai bawang yang ada di dalam piring untuk di potong. Pandangannya masih di halakan ke arah bawang dan sayurnya.

"Bibik Husna ada anak?" Ujar Amirah Bazilah sedikit perlahan. Lantas dia mengerlingkan pandangannya ke arah Bibik Husna.

"Ada... tapi udah lama ngak jumpa. Udah lima tahun." Kata Bibik Husna dengan nada yang sayu. Dadanya sebak memikirkan hal anak-anaknya yang berada di kampung. Rindunya akan anaknya semakin menyesak dada. Air mata yang di bendung oleh kelopak mata jatuh berguguran membasahi pipi.

"Saya minta maaf Bibik Husna sebab tanya soalan tu." Ujar Amirah Bazilah dengan rasa bersalah yang teramat sangat.

"Tak apa." Bibik Husna mengesat air matanya yang membasahi pipi dengan hujung lengan baju. Amirah Bazilah memberhentikan kerjanya. Lantas dia memeluk tubuh Bibik Husna yang berada di sebelahnya dengan erat.

"Sorry Bibik Husna, bau bawang." Kata Amirah Bazilah kepada Bibik Husna sebaik pelukan dileraikan. Mereka berdua menghamburkan gelak tawa yang boleh memecah suasana di dapur.

Amzar Naufal menapak ke dapur untuk mencari kelibat isterinya. Semua tempat dah dicari, semua tak jumpa. Lalu dia menapak ke dapur. Gelak tawa antara Bibik Husna dan Amirah Bazilah ditangkap oleh telinganya. Amzar Naufal berhenti menapak lalu mengintip perbualan mereka.

"Mira tak teringin nak ada anak?" Soal Bibik Husna lembut. Wajahnya dimaniskan semula.

"Teringin sangat. Mira teringin nak anak kembar." Tutur Amirah Bazilah sambil ligat tangannya menyambung kerja yang terbengkalai. Yelah kalau berhenti, memang tak makanlah Datin Mariah sekeluarga.

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now