"Bos, ni fail yang bos minta hari tu. Semua perkara tentang pembunuh itu, ada dalam ni. Biodata and yang paling penting ada her latest alamat. What her doing for living and other else, semua ada dalam ni."
"Thanks Kak Sal. Kak Sal saya nak Kak Sal sediakan cek untuk pembayaran pada penyiasat yang kita upah hari tu and ucap terima kasih pada dia."
Kak Sal tersenyum. Fail di tangan diletakkan di atas meja milik Amzar Naufal. Amzar Naufal membalas senyuman itu sebelum dia mencapai fail yang diletakkan oleh Kak Sal diatas mejanya.
"Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu." Pamit Kak Sal. Amzar Naufal mengangguk. Lalu susuk tubuk Kak Sal melangkah pergi meninggalkan bilik itu. Pandangan yang diarahkan pada susuk tubuh Kak Sal dialihkan pada fail yang sudah beralih tempat iaitu berada ditangannya. Helaian diselak satu per satu. Gambar figura yang berada didalam fail itu ditatap. Wajah wanita yang berusia lingkungan tiga puluhan itu menarik perhatiannya. Dari bait ke baik perkataan dibaca dengan teliti.
Alamat yang ditaip menggunakan tulisan Arial berfontkan 12 didalam kertas itu sekali lagi menarik hatinya. Johor. Tidaklah terlalu jauh. Baru beberapa jam perjalanan. Otaknya sudah merangka beberapa plan A, B dan C. Rancangannya, bukanlah untuk menangkap wanita yang bernama Ieyman Najwa itu. Tapi, cukuplah dia mengetahui figura itu. Dia cuma hendak tahu siapa si pengupahnya. Kerana dalam fail ini tertera yang di bekerja sebagai seorang pembunuh upahan.
Dia menghamparkan fail itu diatas meja semula. Pen dimeja dicapai sebelum diputar-putar mengikut dan melawan arah jam. Fikirannya ligat mencari klu. Lagaknya sudah seperti seorang detektif. Mengalahkan Sherlock Holmes. Persoalannya, apakah motif sebenar pembunuhan itu. Otaknya mula berkira-kira. Tapi formula apa yang harus digunakan antara Additional Mathematics dan Modern Mathematics.
A) Sebab harta? Mungkin... Tapi setahu dia umi bukanlah orang yang berpangkat atau berketurunan.
B) Sebab dendam? Nope, bukan sekali. Motif B dibuang. Lempaq dalam perigi. Tak masuk akai langsung! Takkanlah orang nak berdendam dengan orang sebaik umi.Walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan umi, namun dia tahu umi dari keturunan orang yang baik-baik.
C) Sebab cinta? Mungkin. Tak! Tak mungkin! Takkanlah. Umi hanya mencintai walid. Walid adalah satu-satunya cinta hati umi. But, it possible Amzar. Love is blind. Everybody will do everything for love Amzar. Semua orang akan lakukan apa saja untuk mendapatkan cinta hati mereka. Even, the have to fight and kill each other! Person who has fall in love will blinded of his eyes caused of love. Cinta itu manis Amzar tapi manis-manisnya juga ada keburukannnya. Sama manis seperti gula. Jika terambil lebih potong kakilah jawabnya Amzar. You know that right, Amzar? Kau jadi begini sebab cinta dari Fina.
Did you forget that, Amzar?
No! I'm not!
Semua motif yang dikemukan ini, ada benarnya. Orang sanggup lakukan apa saja. Ecen a murder. Amzar Naufal meraup mukanya. Penat otaknya berfikir. Yang dia tahu, dia hanya mahu pergi ke Johor dan mencari wanita itu. Dia hanya mahu bertanya, apakah motifnya sebenarnya dia melakukan pembunuhan itu. Siapakah pengupahnya dan kenapa umi yang menjadi mangsa.
Ya, dia harus pergi mencari wanita itu. Fail yang berada di atas meja itu direnung lama. Bagai hendak tembus pun ada. Telefon bimbitnya dicapai sebelum, application yang bernama galeri di dalam handset mahalnya itu dibuka. Dia menatap wajah istimewa dalam hatinya itu. Cantik sekali. Persis bidadari. Dia tersenyum kecil di tepi bibir.