Bab 54

268 8 1
                                    

Amirah Bazilah ralit memerhatikan pemandangan yang tersergam indah diluar tingkap pesawat Malaysian Airlines itu. Pemandangan yang cukup cantik yang pernah dia lihat. Bukan senang dia dapat melihat pemandangan indah yang Allah ciptakan ini. Nasib baiklah dia meminta dari Amzar Naufal untuk duduk di tepi tingkap. Dapatlah dia melihat panorama indah indah ini.

Dia memandang wajah lelaki yang sedang nyenyak tidur disebelahnya itu. Nyenyak sungguh dia tidur sampai tak sedar dunia sekelilingnya. Siap dengan package berdengkur lagi! Tak adalah kuat sangat. Just slow.

Tangannya mencapai sekeping gambar yang terselit selalu dalam poketnya. Gambar Umi, Walid dan dia ditatap oleh sepasang matanya. Potret yang dirasakan sangat bermakna buatnya. Potret terakhir yang Umi tinggalkan untuknya. Potret itu juga ditangkap ketika kali terakhir bersama dengan Umi sebelum Umi tinggalkan dia.

Umi... Kematian Umi, tidaklah seperti yang dia inginkan oleh setiap orang anak. Mati dibunuh? Simpang Malaikat empat puluh empat. Sungguh dia tidak mahu. Anak manakah yang mahu?

Tiada.

Tiada.

Dan tiada.

Rindu? Ah! Hatinya sudah puas merindu. Setiap ceruk dalam hatinya hanya dipenuhi dengan rindu yang membuak buak. Kematian Umi memang merobek hatinya. Jasadnya perlu memakan masa yang lama untuk mengembalikan jiwanya ke dalam jasadnya semula.

Tapi, bercakap soal kematian, otaknya tak mampu berfikir panjang. Kematian Umi cukup misteri. Ingin saja dia mengupah FBI atau mungkin Spy untuk mencari pembunuhnya. Bukan dia tidak mampu. Wang simpannya juga cukup. Bukan dia tiada wang!

Malas? Ya, dia malas memperbesarkan hal ini. Cukup hanya Allah daja yang tahu. Biarlah ianya menjadi rahsia Allah sahaja. Dia tahu, Allah maha mengetahui. Allah maha besar. Biarlah Allah saja yang memberi balasan. Bukan dia.

Bila bercakap tentang kematian? Hatinya mulalah sedih. Hatinya cukup sebak. Air matanya sudah mula mengalir. Amzar Naufal terkelip-kelip memandang Amirah Bazilah. Dia mengusap kelopak matanya. Nangis? Kenapa pula?

"Mira, kenapa ni sayang? Kenapa nangis ni?" Tanya Amzar Naufal. Dia menyeka air mata wanita itu.

"Rindu..." Kata Amirah Bazilah. Matanya masih tertancap pada sekeping potret yang masih ditangannya. Amzar Naufal memandang gambar yang berada di tangan wanita itu.

"Rindu Umi dengan Walid ke?"

Amirah Bazilah mengangguk.

"Jangan sedih-sedih ye sayang. Abang ada dekat sini." Pujuk lelaki itu.

"Abang, boleh Mira sandar dekat bahu abang?"

"Boleh sayang." Amirah Bazilah melentokkan kepalanya di bahu lelaki itu.

"Boleh abang tengok gambar tu sekejap? Rasanya abang tak pernah tengok lagi." Amirah Bazilah menyerahkan gambar itu pada Amzar Naufal.

Amzar Naufal membelek gambar itu. Dia tersenyum melihat seorang kanak-kanak perempuan yang comel bertudung labuh berdiri di tengah-tengah antara Walid dan Umi. Comel!

"Comel Mira masih kecil. Manis sangat!" Wanita itu tersenyum kelat.

"Terima kasih."

Sepasang mata milik Amzar Naufal meneliti wajah milik Umi. Dia seakan-akan pernah mengenali empunya diri. Tapi dimana? Dia sendiri tidak pasti. Wajahnya mirip seseorang. Tapi siapa? Hatinya dipagut tanda tanya. Beribu-ribu tanda tanya menerpa kepala otaknya.

"Mira..."

"Ye abang."

"Tidur ye. Lambat lagi ni. Nanti kalau dah nak sampai, abang gerak ye." Amirah Bazilah hanya mengganguk. Lalu dia memejamkan matanya. Amzar Naufal masih merenung gambar itu lagi. Dahinya sudah berlapis-lapis. Dia buntu. Think positve Amzar. Sampai je Aussie, call Kak Sal. Suruh dia siasat! Ya! A very good idea Amzar!


Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now