Bab 21

222 10 0
                                    

Susuk tubuh lelaki yang sedang lena tidur sambil terbunkang diatas katil itu dipandang. Lepas je misi mengurut dan menyapu minyak ke dadanya dia terus tidur. Hesy! Kesian betul mamat sorang ni. Ngantuk + letih +sakit = Masalah mental. Jadi sengetlah lepas ni laki kau tu Mira. Mesti menjadi-jadi perangai romantiknya lepas ini. Amirah Bazilah memegang comforter dan bantal yang dicapai dari bilik Amni. Lalu dihamparkan ke lantai di depan pintu koridor buat alas nak tidur malam ni. Sahaja dia tidur di hadapan pintu koridor, dapat angin semula jadi. Otak pun jadi cerdas. Tak adalah senget nanti.

Malas nak tidur atas katil. Mengacau pulak nanti. Tengoklah tu. Gayanya macam katil tu katil single. Semua inch dia nak conquer. Biarlah dia. Penat. Yelah, penat kena belasah kaw-kaw. Padan muka kau! Siapa suruh cari pasal dengan taiko macam aku ni. Walaupun berimej Muslimah sejati melayu terakhir, Gue bukan calang-calang orangnye! Kalau kena in penumbuk gue, bisa pengsan lo!

Dia membaringkan badannya diatas comforter yang sudah di hamparkan itu. Selimut yang dijahit arwah umi menyaluti tubuhnya sehingga ke paras dada. Sejuk pula. Tapi best. Angin malam pada malam ni sungguh menusuk kalbu. Angin itu membuai lembut rambutnya. Langit yang dipenuhi bintang itu masih boleh dilihat dari dalam. Cantik. Ingin saja di berlari ke langit dan mengutipnya satu per satu. Lalu bakal aku hadiahkan pada si bulan. Siapa bulan tu erk? Syed Amzar Naufal bin Syed Yusuf

Telefon yang berdering membuatkan lamunannya tersentak. Lantas nombor yang tidak dikenalinya tertera di skrin. Butang hijau ditekan.

"Assalamualaikum, siapa ni?"

"Waalaikummussalam Mira. Ni aku Pijah! Hang apa cerita? Lama cheq tak jumpa hang. Sihat ke dak?" Mesra sungguh suara wanita itu menyapanya.

"Lah, Pijah ka ni? Lama hang tak mesej cheq. Cheq duk tunggu hang berapa lama nak call cheq! Ingatkan dah lupa dah kat cheq. Hang apa kabaq sekarang?"

"Takkan nak lupa kat hang. Kawan baik cheq masa dekat Egypt. Cheq baik saja. Sihat walafiat. Cuma sibuk sikit. Asyik on call saja. Doktor kan?"

"Yelah tu. Lagu mana hang dapat nombor cheq ni? Hang call cheq ni pasai pa?"

"Awat tak suka ka cheq telefon?"

"Dak aih! Mana ada."

"Cheq dapat nombor hang ni dari Walid hang la. Dia habak mai kat cheq, hang pa dah duduk kat KL. Yang paling cheq tak sangka, walid hang habak yang hang dah nikah. Sampai hati hang pa nikah tak ajak cheq. Nak merajok rasa."

Amirah Bazilah menegakkan badannya. Rambutnya yang ditiup angin malam itu disisipkan ke telinga.

"Lah. Tak usah lah merajok. Cheq buat kecik-kecik ja. Panggil sedara mara. Lagipun kita kan dah lost contact. Mana lah Cheq nak cari hang. Hang tu kerja-kerja juga. Cari cepat calon husband. Dapat cheq merasa nasi kuning hang."

"Tak ada masa lah nak mencari. Sibuk memanjang cik kak oii!"

"Sibuk ke benda? Hang saja suka buat leceh! Awatnya? Nak jadi andartu ka?"

"Nasib baik hang jauh. Kalau tak, kepala hang dah cheq seligi-seligi dah."

"Amboi kasaqnya bahasa. Pijah, Ana mana? Lama tak jumpa dia?"

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now