Bab 23

316 9 0
                                    

"Assalamualaikum, daddy." Sapa Amirah Bazilah lembut pabila pintu bilik itu dikuak. Bungkusan Blueberry cheese cake dan nasi briyani berada erat ditangannya. Susuk tubuh Amzar Naufal yang baring di atas katil itu sambil membelakanginya itu dipandang. Salamnya tidak berbalas.

Amirah Bazilah menapak ke arah Amzar Naufal yang sedang lena tidur. Bungkusan itu diletakkan di birai katil. Lalu dia melabuhkan punggungnya di atas katil berdekatan dengan susuk tubuh itu. Bibirnya menguntum senyuman. Wajah lelaki yang manis dengan senyuman itu dipandang. Kenapa Amzar selalu tidur dalam keadaan senyum eh? Pelik. Tapi... comel! Cute-mute bubbly boo Umi ni!

Rambut lelaki itu diusap perlahan berkali-kali. "Daddy, Umi datang ni. Umi bawa cheese cake dengan nasi briyani. Daddy kata anak daddy lapar." Kata Amirah Bazilah perlahan. Seronok pula dia membahasakan dirinya sebagai Umi dan Daddy. Nampak matured dan cute.

"Daddy, when I'm staring at your beautiful blue eyes. I can feel every step of your foot. Come closer to me. Holding me. Harder. And harder. What I'm trying to say is I love your romantic move. When your lips touch mine, I can feel the beats of your heart. Tell me that how much you love me. Syed Amzar Naufal... When your finger tips playing my hair. I can't even move. I stop. My world stop. All things that going on in my life, not moving. Just stop. Watching me and you. When you lips kiss my cheeck, I can't breathe well. Even sometime I feels like I can't breathe. Daddy, apa yang Umi minta dari Daddy ialah untuk jaga Umi sepenuh hati Daddy. That's it. That all I need." Pipi Amzar Naufal di pegang sebelum dikucup lembut. Panas lagi badan suami aku ni. Demamnya masih tidak kebah. Bak kata Mama, Amzar kalau demam, dia akan demam lebih dari sehari. Lama tu! Macam mana aku nak pergi kerja. Nasib baik esok cuti. Dapatlah aku duduk berlengang kaki.

Amirah Bazilah membaringkan dirinya disebelah Amzar Naufal. Saja mahu menghilangkan penatnya. Penat seharian bekerja. Terkejar-kejar sana sini. Matanya memandang siling rumah itu. Kosong. Tiada apa. Sama juga macam hatinya.

Kosong.

Tiada apa.

Tiada rasa yang datang menjengah dalam hatinya sekarang.

Tiada.

Keluhan berat dilepaskan. Nafasnya ditarik dan dihembus berkali-kali tanpa jemu. Wajah Amzar Naufal yang masih lena tidur sambil tersenyum itu dipandang. Comel! Sangat comel! Dia mengambil telefon Amzar Naufal yang berada di atas meja kecil di sebelah katil itu. Dia membuka application camera. Dia menekan butang untuk menangkap gambar lelaki itu. Yes I got it.

Dia merenung seketika pada gambar itu. Apa nak buat dengan gambar ni erk! Yes! Set wallpaper. Gantikan wallpaper buruk gambar entah apa-apa itu. Ada ke letak gambar angry bird dengan kawan hijau yang hidung macam oint-oint tu. Bapaklah tak smartnya. Dia menukar gambar wallpaper itu. Siap! Hah! Baru smart. Tuan smart, telefon pun kena smart jugak!

Amirah Bazilah membelek-belek gambar dalam galeri telefon itu. Sweetnya! Banyak giler gambar aku dengan dia. Matanya tertancap pada gambar dia yang sedang tidur di dalam kereta. Bila masa dia ambil gambar ni! Aku tak perasan pun. Mana nak perasan kalau kau sedap tidur.

Amirah Bazilah menyimpulkan senyuman dibibirnya. Gambar-gambar sweet memory dia dan Amzar sungguh mencuit hatinya. Membuatkan dia... Terharu! Dia mengerlingkan pandangannya kepada lelaki itu. Nyenyaknya tidur. Tadi kata lapar tahap oint-oint! Alih-alih aku balik, dia tidur.

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now