Amzar Naufal memandang wajah tenang isterinya yang sedang lena tidur di tempat duduk penumpang di dalam kereta mewah itu dengan ekor matanya sekali-sekala. Penat agaknya. Mana taknya, seharian dihabiskan di bandar bersejarah itu. Macam-macam tempat di lawati oleh mereka berdua. Matanya masih di atas jalan raya. Suasana petang yang sudah di hujung waktu itu sungguh tenang sekali. Amzar Naufal memberhentikan kereta mewahnya di tepi lebuh raya itu.
Dia memandang wajah isterinya itu. Nak kejut ke tak eh? Tak payah kot. Aku nak tengok matahari terbenam je. Mesti cantik! Getus hatinya. Mana boleh lepaskan peluang keemasan untuk melihat ciptaan indah tuhan ini. Hasratnya adalah mahu menghilangkan kantuknya yang semakin mengigit diri. Dia melompat keluar dari kereta menuju ke arah divider jalan.
Pemandangan yang dipenuhi pokok-pokok hijau tersergam indah di hadapannya. Sinaran matahari itu sungguh menusuk ke kalbunya. Dia menyandarkan badannya di kereta mewahnya. Matanya tak berkelip memandang pemandangan itu. Sungguh cantik ciptaanMu ini wahai Tuhan. Sungguh cantik. Hatinya seakan terpukau dengan keindahan itu. Dia menyilangkan tangannya ke dada. Matanya masih difokuskan ke arah hadapannya.
"Awak buat apa ni?" Ujar satu suara lembut menyapanya dari belakang. Amzar Naufal memusingkan pandangannya ke arah suara itu. Lantas di tersenyum. Susuk tubuh itu mengambil tempat di sebelahnya. Pandangan susuk tubuh itu diletakkan di wajah Amzar Naufal.
"Saja. Tengok matahari terbenam sambil menghilangkan rasa mengantuk saya." Amzar Naufal berkata perlahan. Matanya kembali menatap keindahan di depannya. Amirah Bazilah tetap memandang suaminya itu.
"Awak mengantuk ke? Penat? Kalau penat bagi saya drive jelah. Kesian saya tengok awak." Amzar Naufal memandang wajah mulus itu disebelahnya.
"Tak apa. Saya boleh drive lagi."
"Bagi saya drive je. Kesian awak. Nanti awak penat macam mana. Kalau awak overwork nanti sakit. Lagipun, your face looks pale now." Kata Amirah Bazilah sebaik melihat wajah suaminya itu berubah pucat. Dah lah kulit putih, bertambah putihlah kulit tu sebab pucat.
"Yeke muka saya pucat?" Ujar Amzar Naufal kerisauan sambil memegang mukanya. Amirah Bazilah mengangguk laju. Lantas pandangannya dilemparkan ke hadapannya.
"Cantikkan awak ciptaan Tuhan ni?" Amzar Naufal merangkul pinggang milik Amirah Bazilah dengan erat lantas dia memandang kembali ke arah pemandangan dihadapannya. Amirah Bazilah hanya membiarkan saja dirinya berada dalam rangkulan suaminya.
"Cantik. Semua cantik. Tak ada satu pun tak cantik. All things in this world are equel. Same as me and you. Kita saling melengkapi. I can't imagine what will happen to my life without your presence." Bisik Amzar Naufal lembut di telinga Amirah Bazilah yang ditutupi oleh tudung labuh gaya.budak sekolah yang berwarna putih itu.
"Abang percaya pada jodoh?" Ujar Amirah Bazilah perlahan. Dia memegang tangan sasa milik Amzar Naufal yang dipenuhi otot pejal itu.
"Percayalah, kenapa?"
"Bagaimana kalau Mira ni bukan jodoh abang? Mungkin ada wanita lain yang lebih mencintai abang. Lebih baik dari Mira. Mungkin wanita itu adalah jodoh abang dan bukannya Mira." Hatinya mula sebak sebaik kata-kata itu terpacul dari mulutnya. Kenapa kau gatal cakap benda ni Mira? Alih-alih kau jugak yang nangis. Terang benderang lagi bersuluh yang kau tak boleh kalau tak dengan Amzar. Kenapa perlu tanya soalan ni.
"Kenapa Mira cakap macam tu? Abang tak suka. Stop talking about that. You're mine and always be mine. Please don't you denied it. You own me and I own you. Abang selalu berdoa yang abang ni jodoh Mira. Always dalam doa abang. Please Mira, I can't live without you. I can't. Apa yang perlu Mira tahu ialah betapa sayangnya abang pada Mira. I love you Mira." Tutur Amzar Naufal. Hati kecil milik Amirah Bazilah dipagut rasa bersalah.