Bab 7 - Part 2

330 18 0
                                    

Amzar Naufal duduk termenung di tepi jendela. Hatinya ingin sekali bertemu dengan wanita itu tapi kakinya seakan tidak merelakan langkahnya. Namun, ada rasa pelik yang menular dalam jiwa. Kau rindu dialah Amzar! Amzar mengelengkan kepalanya. Semakin diusir rasa ini semakin dekat dia menghampiri. Semakin dia menolak rasa ini semakin di kuat hatinya berkata, Amzar you're fall in love with her! Amzar Naufal menekup kedua-dua telinganya. Jangan dekat rasa cinta, aku benci kau!

"Abang, abang okey ke tak?" Sapa susuk tubuh yang menghampirinya. Jauhnya dia mengelamun sampaikan orang masuk bilik dia pun dia tak dengar.

"Hah, okey... abang okey!" Kata Amzar Naufal gagap. Bibirnya cuba memaniskan senyuman.

"Abang, pergilah tengok kak Mira. Kesian dia Amni tengok." Kata Amni Najlah. Dia membalas senyuman abangnya.

"Kenapa dengan dia?" Tanya Amzar Naufal selamba. Tapi rasa risau mula terbit dari hati.

"Dia tak nak makan. Dari pagi tadi dia tak makan. Kesian dia. Malam ni entah dia makan entah tidak." Ujar Amni Najlah.

"Mamakan ada bawa makanan untuk dia?"

"Dia tak nak makan. Dia kata tak ada selera." Amzar Naufal mengerling ke arah jam di dinding biliknya. Pukul sembilan. Lantas kunci kereta mewahnya di capai dari kabinet.

"Abang nak pergi mana malam-malam ni?" Soal Amni Najlah kehairanan. Pertanyaan Amni Najlah sebaliknya dia terus keluar.

Deruman kereta Amzar Naufal mula perlahan sebaik dia memasuki perkarangan hospital itu. Dia memarkirkan keretanya. Bungkusan KFC di tempat duduk belakang di capainya. Pintu di kuak perlahan. Lalu dia terus keluar menuju ke dalam hospital. "Assalamualaikum, wad pesakit bernama Amirah Bazilah binti Rusidi dekat mana?" Tanya Amzar Naufal kepada beberap jururawat yang bertugas di kaunter pertanyaan itu.

"Kejap ye... nombor wad tu 245 dekat tingkat tiga." Amzar terus menuju ke lif yang beredekatan lalu butang untuk ke tingkat tiga di tekan. Sebaik sampai di tingkat tiga di terus mencari wad 245 yang di sebutkan oleh jururawat itu.

Setelah puas mencari akhirnya wad 245 itu di jumpai. Tombol pintu itu di pulas perlahan. Pintu di kuak dengan berhati-hati. Susuk tubuh yang membelakangkannya itu di pandang sayu. Dia menapak menghampiri wanita itu. Tidur dah ke? Soal Amzar Naufal dalam hati. Dia meletakkan bungkusan KFC itu di atas meja.

Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi di dalam wad yang bersebelahan dengan katil pesakit itu. "Assalamualaikum, Mira. Amzar datang ni. Amni cakap dari pagi tadi Mira tak makan. Sedih hati Amzar tengok Mira macam ni. Amzar tahulah salah Amzar." Ujar Amzar Naufal perlahan. Namun gelombang suaranya masih mampu mengusap lembut cuping telinga Amirah Bazilah. Air mata lelakinya itu sudah mengalir membasahi pipi.

"Mira lapar tak, Amzar ada bawa KFC. Tapi tak tahulah Mira suka KFC ke tak? Kalau Mira suka bangunlah. Amzar pun tak makan lagi. Dari pagi tadi Amzar tak makan." Amirah Bazilah hanya memasang telinga mendengar butir bicara suaminya itu. Dia bukan tidur sebenarnya. Saja mahu mendengar luahan rasa lelaki itu.

"Mira, jomlah kita makan. Amzar lapar giler ni. Bangunlah Mira."

"Awak ada bawa cheesy wedges tak?" Kata Amirah Bazilah sambil memusingkan badannya. Badannya di tegakkan. Amzar Naufal menguntumkan senyuman yang paling manis, berlemak dan berkrim. Siapa yang tengok memang meleleh air liur. Silap-silap berbaldi!

"Amzar, awak nangis? Seriously!" Ujar Amirah Bazilah. Amzar Naufal mengesat air matanya.

"Mana ada!" Tipu Amzar Naufal. Tak pandai langsung mamat menggoda ni menipu. Dah sah-sah dia menangis. Kalau peluh, takkan peluh keluar dari mata. Mungkin reseptor peluh terlebih dekat mata kot. Mungkinlah...Gumam hati Amirah Bazilah

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now