Amzar Naufal melepas keluhan berat. Wajahnya diraup berkali-kali. Tinggal lima hari saja sebelum dia melangsungkan perkahwinan dan menukarkan statusnya sebagai seorang suami. Kata-kata Mamanya terpaksa diikuti walaupun hatinya berkeras untuk menolak permintaan Datin Mariah. Dia tidak mahu mengecewakan Mamanya lagi.
Cukuplah perbuatannya di malam durjana itu. Dia tahu bahawa Mamanya cukup terpukul dengan tindakannya yang mengambil alcohol secara berlebihan tapi dia tidak mampu mengawal diri dek kerana rasa bencinya terhadap perempuan durjana itu meluap-luap.
Lamunannya tersentak akibat ketukan pintu pejabatnya diketuk. Susuk tubuh seorang wanita yang berusia lewat 30-an itu memasuki pejabatnya. "Tuan, hari ni pukul sebelas, Tuan ada meeting dengan syarikat pembekal barangan pembinaan untuk projek kita di Petaling Jaya." Ujar wanita itu. Sebaris senyuman manis dihadiahkan untuk bos dihadapannya.
"Satu je meeting hari ni, Kak sal? " Kata Amzar Naufal pada Kak Sal.
"Yup!!!"
"Okey. Kalau macam tu, lepas meeting tu saya nak balik. Kalau ada apa-apa hal just call saya."
"Okay, bos!!!" Kak Sal mengatur langkah keluar dari pejabat Tuan Syed Amzar Naufal. Susuk tubuh wanita itu hilang dari pandangannya.
Fikirannya masih mengelamun tentang bakal isterinya itu. 'Your crush!' kata-kata Amni Najlah masih terngiang-ngiang di telinganya. Crush? Siapa crush aku? Aku tak pernah ada crush sebelum ni? Bahunya terhenjut apabila cuping telingnya disapa oleh bunyi telefonnya yang berbunyi.
Lantas skrin telefonnya dikerling. Ada satu mesej. Tangannya mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Lalu jari-jemarinya menekan butang buka untuk melihat mesejnya.
Jangan lupa call no ni. Jangan tak call pulak. 01125776681. Love Mama.
Mama ni dah kenapa nak suruh aku call nombor ni? Nombor siapa entah Mama bagi dekat aku. Nak call ke tak eh? Hmm... Call jelah. Nombor tadi di dail olehnya. Hatinya berdebar-debar menanti si pemilik nombor itu. Oh wait... kenapa hati aku ni berdebar pulak!
Amira Bazilah berlari anak menuju ke arah biliknya sebaik mendengar telefonnya menjerit minta diangkat. Lantas skrin telefonnya dilihat. Nombor siapa ni? Lalu butang punat jawab ditekan. Telefonnya dilekap ke telinganya.
"Assalamualaikum." Ujar Amira Bazilah lembut.
"Waalaikummussalam, boleh saya tahu siapa ni?" Tanya Amzar Naufal.
"Saya Amira Bazilah. Boleh saya tahu siapa Encik?" Amzar Naufal terkejut. Amira Bazilah. Tu bukan nama perempuan tu ke?
"Saya Syed Amzar Naufal. Just remember my name okay. Assalammualaikum." Belum sempat Amira Bazilah menjawab salamnya, talian dimatikan. Amira Bazilah kebingungan. Asal mamat ni suruh aku ingat nama dia? Salah nombor kot. Tapi apa, kenapa, mengapa, bagaimana, asal dia suruh aku ingat nama dia? Whateverlah...
Kereta milik Amzar Naufal di parkirkan hadapan rumah agam itu. Pintu keretanya dikuak dari dalam. Amzar mencapai begnya yang berada di tempat duduk di hadapan. Langkah kakinya di atur memasuki rumah agam itu menuju ke biliknya. Langkahnya terhenti apabila namanya pinggil. Pandangannya diarahkah ke suara itu.
"Amzar dah call nombor tu?" Kata Datin Mariah dengan sebaris senyuman di bibir.
"Dah." Ujar Amzar Naufal perlahan. Bibirnya hanya tersenyum tawar.