Selepas habis saja majlis akad nikah yang dijalankan di rumah agam itu, semua saudara mara beransur pulang. Hanya tinggal Amirah Bazilah, Amni Najlah dan juga Datin Mariah serta beberapa orang saja lagi tetamu. Amier Nazmi pula tidak datang ke majlis itu. Tidak tahu apa sebabnya. Mungkin marah dengan perangai adiknya itu. Mungkin. Tapi hanya Allah saja yang tahu isi hati lelaki itu. Bila ditelefon, katanya sibuk. Ada kelas tambahan untuk pelajar sebab peperiksaan SPM sudah hampir tiba.
Amirah Bazilah mengampiri susuk tubuh Amzar Naufal dan Fina yang sibuk melayan tetamu yang mahu pulang. Hatinya cuba ditahan sebaik melihat tangan suaminya itu dipaut oleh Fina. Hatinya sakit. Tapi apa yang harus dia buat? Tiada apa. Cuma redha dengan ketentuan Ilahi.
"Assalammualaikum abang, Fina. Saya balik dulu ye. Selamat pengantin baru." Kata Amirah Bazilah. Cuba berlagak tabah. Walhal dia cukup lemah sekarang. Langkah sudah longlai. Kakinya sudah lemah. Lututnya sudah mahu tercabut.
Fina hanya membuat muka selamba saja. Tiada senyuman. Semakin menggedik dengan Amzar Naufal. Amzar Naufal menepis sedikit tangan milik Fina. Hatinya dipaut rasa bersalah. Muka wanita di hadapannya itu dipandang sayu. Kasihan dia dengan Amirah Bazilah.
"Mira, Mira balik dengan abang ye. Abang pun nak balik sekali." Kata Amzar Naufal kepada Amirah Bazilah.
"Kenapa you nak balik sekali pulak. Malam ni kan you tidur sini. You jangan nak macam-macam eh." Warning Fina. Gayanya sungguh berlagak.
"Yang kau nak sibuk kenapa? Ni hal aku, tak kena mengena dengan kau. Tak payah nak warning aku bagai. Baru kahwin tapi dah berlagak nak warn orang!" Herdik Amzar Naufal. Mukanya serius. Suaranya tegang. Amirah Bazilah sudah menelan air liur. Laki aku ke ni? Fina memasamkan mukanya. Sebal. Pautan tangan Fina ditangan Amzar Naufal dilurut oleh lelaki itu.
"Jom sayang kita balik." Tangan Amirah Bazilah ditarik dan digenggam. Dia menapak keluar rumah.
"Habis I ni macam mana?" Langkah Amzar Naufal dan Amirah Bazilah terhenti. Amzar Naufal memusingkan tubuhnya.
"Pandai-pandailah kau hidup. Kau ingat aku kesah sangat dengan perkahwinan ni. Simpang malaikat empat puluh empatlah. Kau ingat aku hadap sangat. Kau boleh pergi mampus!" Kata Amzar Naufal melepaskan amarah. Namun nada suaranya hanya naik satu level. Fina mendengus geram.
"Amzar, watch your language!" Tegur Amirah Bazilah.
"Abang takkan cakap elok-elok dengan orang yang macam dia. I wil not doing that! Dia memang layak dapat layanan macam ni. Mira tak payah nak sebelahkan dia. Dia tak penting dalam hidup abang. I hate it. Jom, kita balik." Ujar Amzar Naufal kepada Amirah Bazilah. Namun dia harap wanita yang berada tak jauh daripadanya itu terasa. Biar dia makan hati. Biar dia rasa pedihnya. Tangan Amirah Bazilah ditarik lalu dibawa mengikutinya keluar dari kawasan rumah agam itu.
"Amirah... Amirah Bazilah. Where are you?" Panggil Amzar Naufal. Matanya tertancap pada pintu bilik tetamu yang terbuka sedikit. Dia pelik. Rasanya bilik itu sudah lama tidak digunakan. Datin Mariah juga tidak selalu menggunakan bilik itu. Kecuali ada tetamu. Dia menghampiri bilik itu. Lalu dia menjengah ke dalam.
"Abang, malam ni abang tidur dengan Fina ye. Tidur dekat bilik ni. Mira dah kemaskan. Abang tidur dalam bilik ni." Kata Amirah Bazilah ceria. Dia menepuk-nepuk bantal yang berada di tangannya sebelum dia meletakkan bantal tersebut di kepala katil. Dia tersenyum memandang Amzar Naufal. Amzar Naufal tidak langsung membalas senyuman itu.
Amzar Naufal mengeluh berat. Dia menghela nafasnya berkali-kali. Sungguh dia tidak faham akan apa yang sedang bermain di otak wanita itu.
Terlampau baik? Ya, itulah ungkapan paling tepat buat masa ini. Terlampau baik sehingga sanggup mengetepikan kemahuan diri sendiri. Wajah wanita yang putih itu direnung tepat. Wajah lelaki itu serius. Tidak menampakkan dia itu sedang seronok atau gembira. Amirah Bazilah mengalihkan pandangannya di saat cerlungan anak mata itu mula memanah hatinya yang lara.
Dia menjeruk rasa. Sedih, kecewa, marah, benci... semua ada dalam hatinya. Bantal ditangab ditepuk lagi. "Kenapa tak pandang abang? Takut? Ke tak sudi?" Kata Amzar Naufal seriua. Suaranya tegang. Dia merenung dalam susuk tubuh dihadapannya itu. Bagai hendak telan hidup-hidup saja. Dia memasukkan tangannya ke dalam poket.
Amirah Bazilah hanya membisu. Tepukan bantal yang ligat dijalankan itu terhenti. Dia membatukan diri. "Kenapa? Dah tak suka cakap dengan abang?" Suara lelaki itu muka tegang.
Tiada jawapan lagi dari wanita itu. Dada Amirah Bazilah sedikit berombak. Nafasnya in and out. Dia menekurkan pandangannya ke arah bantal. Lengan bajunya dipulas-pulas.
"Kenapa tak jawab apa yang abang tanya ni? Dah tak ada suara? Bisu?" Ujar Amzar Naufal sedikit memerli. Amirah Bazilah sedikit tersentak. Siapa lelaki di hadapannya ini? Amzar Naufal? Tidak. Dia takkan bercakap sebegini rupa. Air matanya mula dibendung oleh tubir mata. Bukan tersentuh dengan kata-kata itu. Tapi dia hanya sedih. Rasa sedihnya belum lagi hilang dari jiwa.
"Amirah, I'm asking you. Kenapa tak jawab? Takut? Huh... Kata kuat sangat." Ujar Amzar Naufal lagi dengan bernada sinis. Tetiba saja hatinya terasa sedikit marah. Dia tidak mahu memarahi wanita itu. Tapi, entah apalah yang terjadi pada dirinya tika ini. Dia tak mampu mengawal rasa.
Amirah Bazilah sudah mengalirkan air mata. "Mira minta diri dulu." Kata Amirah Bazilah. Dia tak mampu berada di situasi itu dengan lama. Dia tak boleh! Hatinya pedih seperti disiat-siat. Dia bangun dari birai katil itu sebelum dia menapak keluar dari bilik itu. Sedikit pun dia tidak memandang wajah lelaki itu.
Amzar Naufal meraup mukanya. Hatinya serba salah. Apalah yang berada dalam kepala otaknya sekarang. Kenapalah dia boleh tercakap ayat sebegitu rupa. Hatinya dipagut rasa bersalah yang teramat tinggi dalam jiwanya.
Dia menapak masuk ke dalam bilik tetamu di rumah agam itu dengan langkah terpaksa. Jikalau bukan permintaan Datin Mariah, dia takkan masuk ke bilik ini. Tidur dengan wanita itu merupakan benda paling teruk yang akan pernah terjadi dalam hidupnya. Dia menguak daun pintu perlahan. Susuk Tubuh yang sudah menantinya di birai katil dipandang dengan perasaan benci.
Dia menapak ke arah katil lalu dia membaringkan dirinya di atas katil itu. Sedikit pun dia tidak menghiraukan wanita yang asyik memandangnya itu. Dia geli hendak bertentang mata dengan Fina. Nak muntah hijau rasanya.
"You..." Kata Fina menggoda. Dia memegang lembut tangan lelaki yang sedang membelakanginya itu. Amzar Naufal menepis tangan wanita itu kasar sebaik kulitnya bersentuhan dengan kulit wanita itu.
"You..." Cuba Fina lagi. Dia cuba memegang lagi tangan lelaki itu. Amzar Naufal menepis lagi. Tapi kali ini lebih kasar.
"Tangan kau tu memang tak boleh duduk diam ke apa? Tak payah nak sentuh akulah. Aku jijik tengok kau!" Kata Amzar Naufal sinis. Dia mendengus geram. Kacau betul mood dia yang hendak terlena itu.
"You, apa ni? Todaykan our first night..." Ujar Fina menggedik. Amzar Naufal sudah loya tekak dengar perkataan yang terpacul dari mulut wanita itu.
"So, what supposed I do? Doing that such of stupid thing to you! Go to hell, girl. Jangan mimpi. Aku jijiklah tengok kau. Dahlah bekas orang." Herdik Amzar Naufal. Fina sudah sebal hatinya. Namun, dia menyabarkan hatinya.
"You, apa ni? Boleh tak you cakap elok-elok sikit. Asyik nak sembur I je." Keluh Fina.
"Kalau boleh I nak ludah je dekat muka kau. Biar padan dengan muka! Muka kau tu memang minta kena ludah." Amzar Naufal mengherdik lagi. Dia bangun dari pembaringannya. Dia melunjurkan kakinya ke lantai.
"Sampai hati you!"
"Memang sampai pun! Kenapa, tak puas hati? Boleh blah! Kau ingat aku kesah. Eh, jap. Kau rasa panas tak bilik ni? Mestilah panas sebab kau yang bawa panas dalam bilik ni. Banyak dosa katakan. Dahlah buat maksiat. Lepas tu, tambah pula dosa dengan menfitnah. Bagus taktik kau merancang untuk masuk neraka ye." Kata Amzar Naufal sambil tergelak kecil. Gelakan sinis buat ayatnya yang juga sinis. Mohon terasa dengan apa yang dia sampaikan. Amzar Naufal mula menapak ke arah pintu.
"Apa ni you? This is our first night. Takkan you nak tinggalkan I?"
Soalan tidak berbalas. Amzar Naufal menguak daun pintu itu sebelum dia menghilangkan diri disebalik katupan pintu. Fina mendengus geram. Hatinya sudah sebal. Tak apa, ni hari kau! Aku akan pastikan esok jadikan hari aku!
a