Amirah Bazilah tak senang duduk. Kerusinya dipusingkan beberapa kali. Hatinya terasa sebak. Air mata yang bertakung di tubir mata melimpah membasahi pipi.
"Assalamualaikum, akak!" Sapa Amni Najlah secara tiba-tiba di muka pintu. Amirah Bazilah mengesat pantas air matanya dengan hujung lengan baju. Amni Najlah menapak masuk ke dalam bilik itu.
"Akak nangis ke?" Ujar Amni Najlah sebaik melihat bekas sisa air mata di sepasang mata milik Amirah Bazilah.
"Eh, mana ada!" Tipu Amirah Bazilah. Dia pura-pura senyum bagi menutup rasa sebaknya. Sebak yang teramat sangat.
"Yelah tu." Masalah rumah bertanggalah tu. Malas nak kacau depa dah besaq, boleh selesaikan sendiri. Amni Najlah meletakkan beberapa fail diatas meja Amirah Bazilah sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Amirah Bazilah.
"Ni ada fail sikit. Akak simpanlah ye. Amni pun minggu depan dah bertugas dengan Perlis." Ujar Amni Najlah sedikit perlahan. Matanya merenung tepat ke arah wajah kakak iparnya itu.
"Abang Amzar ada buat apa-apa dengan akak ke?" Amni Najlah memberanikan diri bertanya. Yelah mana tahu dapat jadi super hero. Kapten Amni datang menyelamat! Jeng, jeng, jeng! Tapi malangnya dia dilanggar bas semasa dalam perjalanan!
"Mana ada... tak ada apa-apa. Abang okey je dengan akak!" Amirah Bazilah masih lagi berseloroh. Air matanya yang mahu mengalir itu tetap disimpan. Rasa sebak dalam jiwa mula menyempitkan dada sehingga peparu miliknya sukar menerima oksigen.
"I'm a Lawyer, kak. Lawyer Syarie. Amni dah masak dengan perangai anak guam yang ada masalah ni. Amni kenal diaorang macam mana. Akak tipu kan? "
"Mana ada." Senyumannya masih lagi dimaniskan.
"Okay kalau macam tu, biar Amni sendiri yang telefon Abang. Abang ni memang tak boleh bagi muka!" Bebelnya sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluarnya. Amirah Bazilah kalut. Ni tak suka ni!
"Hello, Assalamualaikum." Ujar Amni Najlah tegas memulakan bicara di telefon. Amirah Bazilah hanya boleh menutup mukanya. Matilah aku macam ni!
"Waalaikummussalam, kenapa Amni telefon abang ni? Abang ngantuklah." Suara Amzar Naufal mamai kedengaran di corong telefon. Baru bangun tidur. Dah pukul dua belas kot.
"Apa yang abang dah buat dengan kak Mira?" Soal Amni Najlah suaranya dikeraskan sedikit. Bukan sedikit... banyak ye!
"Abang... abang buat apa?" Ujar Amzar Naufal terketar-ketar. Badannya di baringkan itu ditegakkan diatas katil. Apa aku buat? Kiss je kot tadi?
"Biawak komodo dalam perahu, pura-pura tak tahu!" Hambek kau. Keluar semua bahasa sastera. Amirah Bazilah hanya terdiam kaku di kerusi. Pening-pening. Dia memicit pelipisnya. Denyut-denyut dah.
"Biawak komodo?" Amzar Naufal menyoal sambil kebangangan. Eh, kebingungan.
"Abang dah buat kak Mira nangis. Abang dah kenapa?" Amirah Bazilah melihat gerak geri adik iparnya bercakap. Nak tergelak pun ada! Macam Mak Cik Pehah dekat sebelah rumah Walid. Kalau dapat mengumpat, pot pet pot pet mulutnya. Amirah Bazilah mengelengkan kepala. Kesian cik abang aku. Nak larang Amni karang... gerenti kalah. Lawyer kan? Aku pun lawyer lah.
"What? Bila masa abang buat dia nangis. Abang tak buat pun. Pagi tadi abang kiss dia je?" Ujar Amzar Naufal kerisauan. Nangis? Bila masanya.