Suasana di meja makan itu sunyi sepi. Hanya kedengaran suara sudu berlaga dengan pinggan saja kedengaran. Amzar Naufal hanya membatukan diri. Begitu juga dengan Datin Mariah. Tanpa kehadiran Amirah Bazilah di meja makan itu, suasananya sepi sekali. Fina saja yang banyak berceloteh.
Datin Mariah hanya mengangguk. Kalau tak dilayan, dikata apa pula nanti. Amzar Naufal menguis-nguis saja nasi di dalam pinggannya. Butir-butir nasi itu dikuis-kuis menggunakan sudu. Dia tiada selera untuk makan. Dia mual. Mual dengan sifat gedik wanita itu yang tak habis-habis tergedik-gedik dengannya.
"You, kenapa you kuis-kuis je nasi dalam pinggan you tu. Makanlah. Nanti lapar. Ke you nak I suapkan?" Tanya Fina cuba meramah tamah. Amzar Naufal sudah mahu terjeluak. Hendak muntah rasanya.
"Aku boleh makan sendiri. Bukannya aku tak ada tangan. Tak payah nak jadi baiklah. Menyampah aku! Nak muntah rasanya." Ujar Amzar Naufal selamba. Dia membuat wajah selamba. Fina cuba menebalkan wajah. Malu dengan Datin Mariah. Datin Mariah cuba mengawal ketawanya. Biarlah. Malas dia nak kacau rumah tangga itu. Dia orang dah besar. Pandai-pandailah nak hidup.
"You, esok kita pergi check up baby kita ni eh? I nak tengok juga perkembangan baby I ni. Sihat ke tak baby kita ni?" Pinta Fina manis. Tangan lelaki itu dipegang lembut. Amzar Naufal menepis kasar tangan wanita itu. Dia mendengus geram. Wajah wanita itu dipandang bagai nak telan. Fina menelan air liurnya.
"Kau boleh pergi mati! Tak perlu kot kau ajak aku. Tak penting pun." Kata Amzar Naufal keras. Jelingan maut pada wanita itu sebelum dia menapak laju ke arah dapur meninggalkan ruang makan itu. Datin Mariah meneruskan suapan tanpa rasa bersalah. Seperti tiada apa yang pernah berlaku di situ. Dia memandang menantunya itu dengan ekor mata.
"Mama, tengok anak mama tu." Adu Fina pada Datin Mariah. Datin Mariah membuat tidak endah saja. Dia meneruskan suapan dan membayangkan bahawa wanita itu tiada dihadapannnya. Fina mendengus geram selepas dia mengetahui bahawa dia tiada back up. Wajah Datin Mariah dijeling.
"Apa?" Soal Datin Mariah selepas dia menyedari Fina sedang menjeling dia. Anak dengan mak sama je, perangai tak sememeh! Dia mengatur langkah terus ke biliknya.
Tudung labuh gaya budak sekolah berwarna biru milik Amirah Bazilah itu dicium dan dipeluk oleh Amzar Naufal. Rindu dia pada wanita itu. Walaupun baru beberapa jam meninggalkan wanita itu namun, hatinya di rundum kegeliaan rasa cinta yang semakin menyesakkan dada.
Dia tidak bisa melelapkan mata. Matanya terlampau ringan untuk ditutup. Walaupun angka sudah menunjukkan pukul satu pagi, dia masih tidak bisa tidur. Hatinya gundah gulana. Comforter cuba ditarik ke paras dada. Sejuk pula rasanya. Kipas dan air-conditioner ditutup tapi dia masih terasa sejuk. Tudung labuh itu dicium lagi. Matanya cuba dilelap.
Arh!!! Kenapa aku tak boleh tidur? Kenapa mesti ada wajah dia di setiap kali muncul kala aku tutup mata? Mira... Abang rindu Mira. Abang nak Mira. Amzar Naufal menegakkan badannya di atas katil di dalam bilik kepunyaannya dan Amirah Bazilah.
Dia meraup rambutnya ke belakang. Dia menghelakan nafas turun naik. Cahaya putih yang menerpa masuk ke dalam bilik itu menarik perhatiannya. Bunyi dentuman guruh menyusuli cahaya itu. Ah, sudah! Kilat... Mira takut kilat! Dia mencapai telefon bimbitnya. Nombor milik Amirah Bazilah di dail.
"Assalammualaikum." Suara Amirah Bazilah menerpa di corong telefon.
"Waalaikummussalam, sayang. Sayang okey tak?" Tanya Amzar Naufal risau.