Bab 53

316 10 0
                                    

"Abang, actually kita nak ke mana ni?" Amirah Bazilah memerhati sekeliling. Air port? Nak buat apa dekat air port? Yang peliknya siap packing baju lagi. Bukannya nak jalan jauh. Mamat sebelah ni pun, very perahsia sangat. Orang tanya dia jawab tak tahu. Tulah dia.

"Dah jom. Kita keluar. But before that, abang nak tetapkan satu syarat." Kata Amzar Naufal tegas. Dia memandang wanita disebelahnya di dalam kereta itu.

"Apa syaratnya?"

"No questioning, No asking, and no talking. Just follow my rules. Understand?" Suara yang tegas itu menakutkan Amirah Bazilah. Pantas saj dia mengangguk.

"Nak tanya satu soalan je, boleh tak?"

"What?"

"Kalau saya tertanya or menanya... Apa hukuman yang akan dikenakan pada saya tuan Hakim." Ujar Amirah Bazilah. Lagaknya seperti dalam makhamah.

"Wahai Puan Amirah, dibawah akta 230, pelanggaran janji, kanun keseksaan, dihukum... awak kena suap saya makan selama tiga puluh hari. Ada faham?" Amirah Bazilah mengerutkan dahinya. What? Tiga puluh hari? Apa semua ni?

"Tapi..."

"No. Tapi pun tak boleh. Just follow the rules remember." Pintas Amzar Naufal.

"Dah jom, kita masuk dalam." Dia menguak pintu kereta mahal itu. Dia memboloskan diri keluar begitu juga Amirah Bazilah. Bonet kereta dibuka lalu dia mengambil beg bajunya yang berada di dalam bonet itu. Dia menapak masuk ke dalam airport itu.

Amirah Bazilah melilaukan pandangannya di sekeliling. Sudah lama dia tidak berada di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Kali terakhir, ialah semasa dia melanjutkan pelajaran ke Mesir. Kaunter check in itu dihampiri mereka berdua.

Amirah Bazilah memandang pelik pada Amzar Naufal yang sedang menguruskan Visanya. Dia pelik. Takkan nak pergi bercuti kot. No, takkanlah. Diakan kerja lagi hari ni. Mana boleh suka-suka hati, jantung, ileum, dan usus besar je nak ponteng kerja. Mengamuk Cik Syahira Shaari tu nanti. Diakan manage pekerja.

"Syed Amzar Naufal, Can I ask you something?" Ujar Amirah Bazilah. Dia memandang wajah lelaki tampan yang asyik tersenyum saja sedari tadi.

"No, no and no. No asking!" Kata Amzar Naufal sambil mengerakkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan pada Amzar Naufal.

"Encik, minta bagasi encik." Kata wanita itu kaunter check in itu ramah. Dia tersenyum manis. Amzar Naufal menyerahkan bagasinya lalu diberi kepada wanita itu. Tangan wanita itu ditarik supaya berjalan beriringan dengannya. Mereka menapak ke arah waiting room untuk menunggu pesawatnya.

Amirah Bazilah melabuhkan punggung disebelah Amzar Naufal yang sudah melabuhkan duduknya. Dia menarik lengan baju kurungnya hingga menutupi bahagian atas tangannya. Udara sejuk dari penyaman udara itu menyusuk ke urat saraf. Amzar Naufal memerhati saja tindakan wanita itu.

"Sejuk ke?" Tanya Amzar Naufal.

Amirah Bazilah mengangguk perlahan. Dia berpeluk tubuh lalu bahunya digosok-gosok. "Kejap." Dia membuja zip baju sejuknya yang tersarung ditubuh sasanya. Baju sejuknya itu disarungkan ke tubuh Amirah Bazilah yang kesejukan.

"Abang tak sejuk ke?" Tanya Amirah Bazilah sebaik melihat lelaki itu sudah berpeluk tubuh. Wajah lelaki tampan yang tenang itu dipandang. Amzar Naufal menggeleng lalu dia tersenyum.

"Abang, tipu. Abang sejukkan? Abang pakai baju T-shirt nipis je kot. Mesti sejuk." Kata Amirah Bazilah. Hatinya sedikit dipagut rasa kasihan. Yelah, sudahlah awal pagi begini, duduk di dalam penyaman udara. Mahu tak sejuk. Gilalah. Dahlah pakai T-shirt warna biru yang sedikit nipis, dengan seluar slack. Very simple. Tapi smart.

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now