Bab 59

271 4 4
                                    


          Amirah Bazilah menolak daun pintu biliknya di Firma Guaman itu. Dia mengatur langkah ke meja. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi empuk di dalam bilik itu. Dia meletakkan fail yang sedari tadi dia bimbit bersama beg tangannya di atas meja.

Badannya di picit-picit. Terasa sengal-sengal pula. Ini semua angkara tumpah darah semalam. Sepatutnya dia M.C. hari ni. Tapi dia berkeras untuk ke tempat kerja. Dengan wajah yang pucat lesunya dan langkah yang longlai, dia tetap meneruskan langkahnya ke pejabat. Misinya hari ini adalah untuk siapkan kerja secepat mungkin agar dia dapat pulang ke rumah dengan tenang. Dia mahu balik dan rehat.

Dia membetulkan tudung labuh yang selalu dipakainya itu. Setelah itu, dia menyelak fail yang berada di hadapannya. Dia bersorak keriangan. Satu kes saja yang perlu diselesaikan. Selepas itu dia boleh pulang. Dia bertekad untuk siapkannya sebelum waktu lunch.

Tangannya terus digerakkan membuat kerja-kerja itu. Biodata clientnya itu di masukkan ke pangkalan data. Borang yang diisi perlu diteliti sebelum borang itu dihantar ke pihak atasan untuk pemeriksaan lanjut. Setelah siap semua ini, dia boleh pulang.

"Assalammualaikum, Puan Amirah." Sapa Syira di muka pintu.

Amirah Bazilah memalingkan pandangannya ke arah suara itu. Dia tersenyum. Syira mengatur langkah menghampiri wanita yang sedang sibuk membuat kerja itu. Dia melabuhkan duduknya di atas kerusi di hadapan wanita itu. "Woi mek tok! Cergasnya buat kerja hari ni. Selalunya lambat. Slow and steady. Ni mesti ada apa-apa ni." Tebak Syira. Pelik juga dia dengan wanita yang berada di hadapannya itu. Selalunya kalau dia datang menyapa, kerja Amirah Bazilah akan terbengkalai sebab melayannya berborak. Tapi, hari ni tidak. Sibuk je gayanya.

"Saja nak siapkan kerja cepat."

"Ni mesti nak minta balik awalkan?" Teka Syira. Amirah Bazilah mengangguk.

"Reason?"

"Aku tak sihat."

"Aku benarkan kau balik. Wahai puan Amirah Bazilah. Nasib baik ofis kita ni jenis yang sempoi ja. Boleh keluar masuk. Kalau ofis straight, memang kau tak boleh balik. Tapi kalau kau nak balik, balik jelah. Jangan lupa tulis borang keluar, okay."

"Okay."

"Tapi, hang pa sakit apa?"

"Semalam aku tumpah darah."

"Hah! Tumpah darah! Eish kau ni Mira. Bahaya tu. Kenapa kau tak cuti je? Kesian dekat tubuh badan kau tu."

"Tak apa. Lagipun aku dah banyak sangat cuti. Biarlah, aku kerja pula."

"Kau ni degil sangat! Pi baliklah Mira. Aku duk perhati juga muka kau tu. Pucat je. Pi baliklah. Fail ni pi bawak balik. Buat kerja dekat rumah."

"Tak naklah."

"Dah, dah, dah. Jom balik. Pi balik. Tok sah buat kerja lah oii. Balik tidoq. Mimpi biaq lepaih paris teruih!" Amirah Bazilah tergelak kecil. Lawak saja kawan dia yang satu ni membebel. Keluar semua bahasa utara.

"Orang cakap betul, dia boleh bantai gelak. Dah jom balik."

"Sat, sat. Nak kemas barang." Amirah Bazilah bangun dari kerusinya itu. Lalu dia mencapai fail dan beg tangannya.

"Tak panas kerusi lagi. Dah nak balik."

"Biaq pi lah Mira. Hang tu patut balik. Nanti cheq suruh Diva Mazzy kita tu bakaq teruih. Biaq hitam legam serupa belakang kuali." Amirah Bazilah tergelak besar dengan bebelan rakannya itu. Dia mula menapak keluar dari ofis itu.

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now