Amzar Naufal memakirkan keretanya di perkarangan rumah agam itu. Dia menguak daun pintu kereta mewah itu perlahan. Lalu dia menapak ke arah pintu rumah agam itu. Sempat lagi dia menjeling ke arah kereta Datuk Hashim yang diparkir elok berdekatan dengan keretanya. Buat apa orang tua tu buat dekat rumah aku? Tanya dia pada dirinya sendiri.
Beberapa pandangan menghala ke arahnya di saat dia menapak masuk ke dalam rumah itu. Wajah Datuk Hashim dan Datin Paezah dipandang silih berganti. Kemudian dia menghalakan pandangannya ke arah Fina yang sedang menangis teresak-esak di sebelah Datin Paezah.
"Syed Amzar Naufal. Apa yang kamu dah buat?" Tanya Datin Mariah tegas. Dia menjeling kearah anaknya yang berdiri tegak berdekatan dengannya. Wajah Amni Najlah yang diam membatu disebelah Datin Mariah dipandang. Dia menghantar isyarat. Namun, Amni Najlah hanya menjongketkan bahunya.
"Amzar buat apa mama? Amzar tak buat apa-apa pun. Ni kenapa Datuk Hashim dengan Datin Paezah ada dekat rumah kita pulak?" Tanya Amzar Naufal bingung. Dia sudah kematian akal. Bak kata orang Penang, Cheq dah mati akai!
"Kau kata kau tak buat apa-apa dengan anak aku? Hey! Kau dah sedap-sedap buntingkan anak aku, senang ke kau nak lepaskan dirikan. Kau memang tak maruah ke apa?" Jerkah Datuk Hashim. Matanya dijegilkan ke arah Amzar Naufal. Muka insan berusia lingkungan enam puluhan itu bengis. Bengis sekali. Amzar Naufal tergamam seketika.
"Apa ni mama, Amni?" Tanya Amzar Naufal kepada Amni Najlah dan Datin Mariah.
"Apa ni kau kata? Hey Amzar, kau sedar tak kau tu dah mengandungkan anak aku! Kau kena bertanggungjawab dengan semua ni. Tak kira apa pun yang terjadi. Kau kena kahwin jugak dengan anak aku!" Giliran Datin Paezah pula yang menjerkah Amzar Naufal. Amzar Naufal sudah kematian akal untuk berfikir. Fikirannya kusut. Pada saat itu dia hanya fikirkan Amirah Bazilah sahaja. Bagaimana reaksinya kalau dia tahu hal ini?
"Saya tak buat apa-apa pun Datin, Datuk. Saya tak pernah sentuh pun anak Datuk dengan Datin. Saya masih akal untuk berfikir mana baik dan mana buruk. Saya masih ada agama. Saya tahu halal dan haram. Saya takkan buat benda tak senonoh macam tu. Saya masih waras." Kata Amzar Naufal membela diri. Wajah Datin Mariah dipandang. Datin Mariah hanya mampu memicit pelipisnya. Menahan rasa pening. Namun, dalam hatinya terasa sebak yang teramat sangat.
"Tak perlu nak guna alasan agama untuk membela diri. Sedangkan orang alim pun boleh buat maksiat, apatah lagi orang macam kau." Hati Amzar Naufal sudah membahang menahan baran. Penumbuknya dikepul-kepul.
"Habis tu, you dengan you ni alim sangat ke? Anak you ni alim ke? I rasa tak kot. Entah-entah anak you yang dah buat maksiat belakang you. You tuduh orang lain. Hey Fina, kalau keluarga you dah miskin sangat just mintak je dengan I. Tak payah kot nak buat drama murahan dekat sini." Ujar Amzar Naufal sinis. Tak perlu hormat orang macam ni.
"Abang, Watch your language! Pleaselah." Tegur Amni Najlah sebaik dia perasan kesabaran abangnya semakin menipis. Risau dia jika ada sketsa action yang berlaku sekejap lagi.
"Hey! Jaga sikit mulut kau. Kau ingat kau tu bagus sangat ke? Aku nak kau bertanggungjawab dengan anak aku. Kalau tak aku akan ambil tindakan." Kata Datuk Hashim dengan suara yang tegang. Datin Mariah tidak mampu berbicara apa-apa. Hatinya sakit. Sakit dengan sikap anaknya yang seorang ni.
"Hey Amzar. Ni anak kau tau dalam perut ni. Anak kau faham tak? Tolonglah ada rasa bertanggungjawab sikit. Jangan jadi lelaki pengecutlah." Datin Paezah bicara sinis. Tubuh anaknya yang sedang menangis teresak-esak itu dipeluk. Fina tersenyum puas dalam hati. Padan muka kau Amzar. Kalau takkan lepas kali ni!