Bab 3 - Part 2

332 19 0
                                    

Jam di dinding rumah kayu itu di pandang seketika. Pukul sebelas malam. Tapi sepasang matanya masih lagi tidak mahu tidur. Telefonnya di capai. Pintu bilik Amzar di kuak dari luar. Amzar Naufal yang memandang telefonnya itu di kerlingkan ke susuk tubuh yang memasuki biliknya itu. Susuk tubuh itu menunjukan senyuman manis padanya.

"Abang, Amni nak tidur dengan abang boleh tak?" Ujar Amni Najlah malu-malu.

"Kenapa tak tidur dengan Mama dekat ruang tamu? " Tanya Amzar Naufal serius. Pandangannya di palingkan kembali ke arah telefonnya.

"Bolehlah, Abang Amzarku yang kacak lagi bergaya dan menggoda. Bukan selalu. Please!" Rengek Amni Najlah macam budak kecik.

"Yelah."

"Yeay!!!" Kata Amni keriangan sambil kakinya menuju ke katil abangnya.

"Tapi ada satu syarat." Langkah Amni Najlah terhenti.

"Apa?"

"Tidur jangan ganas sangat."

"Okay." Langkahnya kembali diatur lalu Amni Najlah membaringkan dirinya di sebelah Amzar Naufal. Wajah abangnya yang asyik dengan telefonnya dipandang. Ketat giler muka abang aku ni!

"Abang tengok apa dekat telefon abangnya tu. Tengok video biru ye? Bagitahu Mama." Usik Amni Najlah. Amzar Naufal diam. Macam cakap dengan batu! Getus hatinya lalu dia memanjangkan rahangnya untuk melihat skrin telefon Amzar Naufal.

"Angry Birds! Abang main game angry birds. Abang ni macam kanak-kanak ribenalah." kata Amni Najlah sebaik dia melihat skrin telefon abangnya. Apa yang best sangat game burung gemuk warna merah melawan haiwan oint-oint berhidung besar tu.

"Suka hatilah." Ujar Amzar Naufal serius. Muka Amzar Naufal masih lagi serius. Dengan secara tiba-tiba ada mentol lampu menyala atas kepala dia. Menyala cerah kau rasa!

"Abang mintak telefon jap."

"Nak buat apa?" Tanya Amzar Naufal kehairanan.

"Bagi jelah." Telefon milik Amzar Naufal di tarik dari tangannya. Lantas Amni Najlah mengeluarkan telefon miliknya dari poket seluar.

"Ada bluetooth tak?"

"Ada." Lantas tangannya menekan butang on bluetooth di telefon abangnya. Amni Najlah menghantar sesuatu ke dalam telefon abangnya.

"Amni hantar apa dekat telefon abang?" Tanya Amzar Naufal sambil memerhati adiknya. Rahangnya dipanjangkan untuk melihat apa yang adiknya buat pada telefon kesayangannya.

"Eish! Sebok je!" Lantas skrin telefon abangnya di alihkan sedikit dari pandangan abangnya itu.

"Dah siap." Lalu Amni Najlah meletakkan telefon milik abangnya itu di tapak tangan abangnya. Mata Amzar membuntang apabila melihat gambar di skrin telefonnya yang memaparkan seorang gadis manis berdiri bersebelahan adiknya, Amni Najlah.

"Cantik tak Kak Mira?"

"Entah." Ujar Amzar Naufal menutup rasa berdebarnya.

"Abang ni, penat je Amni bluetoothkan gambar tu." Amni Najlah mendengus geram. Tubuh terus di pusing membelakangkan abangnya. Baik aku tidur dari layan mamat tak handsome ni. Aik... Amni tadi ko cakap dia handsome sangat ni cakap lain pulak!

Gambar yang dibluetoothkan oleh Amni tadi di zoomkan hanya pada wajah wanita itu saja. Cantik! Tanpa sedar senyuman manis menguntum di bibir Amzar Naufal. Hatinya semakin berdebar-debar menanti hari perkahwinannya. Wajah wanita bernama Amira Bazilah di skrin telefonnya itu dialis.

Lesung pipit wanita itu sungguh menawan hati. Amzar... Amzar jangan jatuh cinta dengan dia. Kau kena sedar yang kau tak mampu nak jaga dia. Kau tu sakit. Kau tak mampu jadi pelindungnya. Suara hatinya itu merentap rasa yang berputik di jiwanya. Lantas dia membaringkan diri di sebelah Amni Najlah. Lalu matanya di pejamkan rapat serapatnya.

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now