Bab 10 - Part 4

256 13 0
                                    

Amirah Bazilah membuka matanya perlahan. Sinaran matahari yang mencucuk-cucuk ke dalam bilik itu sungguh menyakitkan mata. Dia memalingkan pandangannya ke arah Amzar Naufal yang masih lena menidurkan diri di sebelahnya. Tangan milik Amzar Naufal masih kemas di pinggangnya. Wajah suaminya yang hanya beberapa inci dari mukanya di pandang. Riak wajah yang tenang itu cukup membuatkan hatinya tenang.

"Amzar... bangun. Amzar..." Gerak Amirah Bazilah sambil pipi lelaki itu di tampar lembut oleh jari-jemari mulus miliknya. Mata suaminya itu di buka perlahan.

"Kenapa sayang? Abang penatlah." Kata Amzar Naufal. Kantuknya masih lagi terasa. Kelopak matanya yang ringan itu terasa sungguh berat. Tambahan penatnya melakukan aktiviti itu masih terasa.

"Dah pagi dah. Kata nak balik rumah walid awal pagi?" Amirah Bazilah mengujar lembut sambil menghadiahkan senyuman manis.

"Jap. Abang nak mandi." Amzar Naufal menegakkan badannya sebelum susuk tubuh itu bergerak ke pintu bilik air. Amirah Bazilah duduk di birai katil sambil menekan-nekan segala button dalam telefon itu. Tiga puluh missed call! Dua puluh lima mesej! Sape yang hantar ni. Tanganya ligat membuka application yang bernama log dalam telefonnya. Darah panas menyerbu ke muka.

Rasa marah terus membuak-buak. Kenapa kau datang? Aku benci kau lah! Benci! Mood paginya yang best lagi indah ini hilang entah ke mana! Hanya tinggal jasad berjiwa benci! Telefon bimbitnya dicampakka ke atas tilam empuk itu dengan kasar. Huh! Dia melepaskan keluhan besar. Terlampau besar.

Kenapa disaat begini, kau datang menjengah aku dengan membawa cintanya yang sudah aku hapuskan dalam hidup aku. Kenapa disaat bahagia ini. Perlu ke? Perlu ke kau datang Hakim? No! Right! I don't need you in my life! Dia menyisipkan rambutnya yang serabai itu ke celahan telinga.

Hakim... aku terlalu cintakan kau di saat dulu. Tapi pemergian kau telah merentap cintaku terhadap kau disaat bibir ini mahu memaknakan cinta dan kau tidak memulangkannya kembali! Tergamak kau Hakim! Aku tak perlukan kau lagi... Aku dah ada Syed Amzar Naufal di sisi aku! Monolog Amirah Bazilah sendirian dalam hati.


Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now