Amirah Bazilah menguak pintu kereta mahal milik Amzar Naufal lalu di memboloskan dirinya ke dalam. Dia memandang Amzar Naufal yang sedar tadi senyum macam kerang berkulat dan berulat. Hek betul! Seriau menengoknya. Dah lah start hari ni aku dan Encik Peot sudah clash. Siap berperang lagi. Macam Clash of Clan.
"Hai, Mira." Sapa Amzar Naufal lembut dan romantis. Bibirnya menguntum senyuman manis. Siapa yang terkena, memang kena potong kakilah jawabnya.
"Macam mana abang tahu Mira ada dekat sini?" Suara Amirah sedikit tegas. Dia menyilangkan tangannya ke dada. Wajahnya sedikit serius.
"My gerak hati told me that, you're here. So, saya datanglah sini."
"Awak tu tak sihat lagi. Awak tu demam. Sakit perut. Pening kepala. Dada awak tu bengkak lagi. Baik awak duduk je diam-diam dekat rumah. Tak payah pergi jalan. Kalau awak sakit macam mana."
Ketukan tingkap disebelah Amirah Bazilah menyentakkan mereka berdua. Lantas pandangan mereka dihalakan ke arah susuk tubuh yang menjelma di tingkap. Tingkap kereta itu diturunkan.
Terpampam wajah Kak Sal yang tengah senyum mengejek itu. "Assalammualaikum, Encik dan Cik. Maaf meganggu. Saya dari JAIS. Saya nak buktikan yang mengesahkan bahawa awak berdua sudah pun berkahwin." Seloroh Kak Sal di cermin tingkap. Bibirnya menguntum senyuman.
"Nak bukti ke? Belahlah dada saya. Dan tengoklah tulisan di hati saya. I love Amirah forever." Ujar Amzar Naufal sambil memandang Amirah Bazilah yang sudah rimas dengan situasi entah apa-apa itu. Apakah semua ni? Apakah? Bengkek betul! Nonsense. Nehi! Yellek! Nandret! Shah Rukh Khan Ney!
"Bapak punya bagus ayat bos ni! Kalau saya jadi Mira pun, saya takkan lepaskan bos. Dah lah sweet, handsome pulak tu. Senang cerita semua ada lah!" Usik Kak Sal. Hesy, cepatlah habis drama minta kaki ni. Tak bestlah. Mata aku ni dah macam bola ping-pong. Kejap pandang Amzar, kejap pandang Kak Sal. Pusing kepalaku. Bak kata Cita Citata, Sakitnya tuh disini di dalam otakku! Eh salah, Hatiku!
"Akak, terlampau banyak sebab saya sayang Mira. More than a thousand! Sehingga tak mampu saya ucap dan lafazkan. Ianya terlalu banyak. I love you, sayang. So much love, love and love! I can't stop loving you Amirah." Anak mata biru itu merenung anak mata hazel Amirah Bazilah. Lantas membuatkannya tidak senang duduk. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Kak Sal yang tak habis-habis senyum. Amzar Ni kenapa? Gatal tak bertempat! Merenyam!
Yang Kak Sal ni pun satu, Murah betul senyuman akak ye hari ni! Tahulah senyuman tu sedekah, tak janganlah melampau sangat. Aku bagi makan kaki kang korang berdua ni! Tak pasal-pasal korang duduk merempat dekat hospital. Hek betul!
"Akak nak apa sebenarnya?" Kata Amirah Bazilah menyelamatkan situasi yang memalukan itu. Bukan memalukan dia orang berdua ni, tapi aku tahu tak! Aku ye. Malu!
"Akak nak minta kunci kereta? Takkan nak biar akak jalan kaki. Menangis suami akak nanti kalau dia tahu akak balik jalan kaki. Dia tak bagi akak kerja terus. Senarai hitam kerja dengan bos. No, no! So, give me the key. I will drive your car safety to your home." Ujar Kak Sal bersungguh-sungguh.
"Err... nah kunci. Drive elok-elok tau. Terima kasih Kak Sal." Kata Amirah Bazilah khuatir. Mana taknya, risaulah kalau anak Umi ni calar ke, broke down ke, Tak ke naya macam tu. Puas aku nak repair nanti. Kunci kereta yang dihulurkan pada Kak Sal oleh Amirah Bazilah itu dicapai oleh tangan Kak Sal.