Bab 17 - Part 2

165 8 0
                                    

"Abang... abang." Dia mengoncang tangan sasa milik Amzar Naufal. Wajah lelaki itu dipandang. Janganlah tidur lagi. Janganlah. Mira lapar ni.

"Hmm... kenapa sayang? Kenapa tak tidur lagi. Abang ngantuk ni." Suara lelaki itu saja yang keluar. Namun matanya masih tertutup rapat.

"Abang... Mira lapar. Mira nak makan piza." Kata Amirah Bazilah sambil mengoncang tangan milik Amzar Naufal.

"Mira nak apa tadi, lapar?" Tanya Amzar Naufal. Matanya dibuka luas. Lapar? Wanita itu mengangguk laju.

"Mira nak makan piza."

"Hah! Yang, mana nak dapat piza pukul tiga lebih ni. Esok jelah eh, kita makan piza." Amzar Naufal terkejut tahap gaban. Mengandung ke bini aku ni? Kalau ye... Yes! Jap! Macam mana dia nak mengandung kalau dia tengah Encik Peot sekarang ni. Alah... tak syoknya. Ingatkan dah dapat babies dah tadi.

"Mira nak makan jugak. Mira tak kesah kalau mana-mana ceruk abang pergi. Yang Mira tahu Mira nak makan piza. Please... meleleh dah air liur Mira. Mira nak makan piza." Rayu Amirah Bazilah sambil mengoncang laju tangan milik Amzar Naufal. Badannya ditegakkan.

"Nak cari dekat mana piza tu? Ayang ni dah kenapa? Macam orang mengidam je. Sayang sihat ke tak ni? Meh abang check." Amzar Naufal menegakkan badannya sebelum dia meletakkan tangannya ke dahi wanita itu. Tak panas pun! Okay je!

"Mira sihat je. Abang tak kesahlah abang nak cari kat mana. Tolonglah Mira nak makan piza." Rengek wanita itu. Tubuh lelaki itu digoncang kuat. Hesy, Ya Allah! Nasib baik hang ni bini cheq na! Kalau tak, kena lesing dah.

"Jap, jap, jap. Abang pergi dapur. Mana tahu ada piza frozen yang tersesat dalam rumah ni. Jomlah ikut abang sekali. Ke nak abang dukung?" Amirah Bazilah tersenyum manis lalu mengangguk. Tiada niat pun nak makan piza sangat. Sikit-sikit je. Saja nak test kesungguhan lelaki sado ni. Amzar Naufal melunjurkan kaki ke lantai sebelum di tegak berdiri di hadapan wanita itu. Lalu Amirah Bazilah melilitkan tangannya ke leher lelaki itu. Kakinya dipegang kemas. Yelah, buatnya jatuh anak orang ni kang aku juga yang salah.

"Thank Naufal." Amzar Naufal berubah riak. Pelik. Dahinya berkerut-kerut. Naufal? Tak pernah abad orang panggil dia nama itu. Langkah kakinya diatur ke dapur.

"Kenapa Mira panggil abang Naufal? Tak pernah orang panggil abang nama tu."

"Saja. Abang tahu maksud nama Naufal tu?" Pantas Amzar Naufal menggeleng. Sungguh dia tidak tahu.

"Nama Naufal tu maksudnya dermawan. Abang... terima kasih tau sebab dah dermakan tangan, leher dan belakang abang. Mira hargai sangat. Terima kasih sebab abang layan Mira baik sangat. Mira saayyyaaanggg Abang selamanya!" Satu kucupan singgah di pipi Amzar Naufal lama. Amzar Naufal tersenyuma manis. Nasib baik kat belakang, kalau kat depan aku kiss, kiss, kiss sayang abang ni!

"Okay Puan Amirah Bazilah, kita dah sampai ke destinasinya. Sila turun Puan." Gurau Amzar Naufal.

"Eh, awak salah tempat ni. Saya nak pergi tempat lainlah." Amzar Naufal mengerutkan dahinya. Amirah Bazilah menyimpan ketawanya. Saja nak usik pagi-pagi ni.

"Puan nak ke mana sebenarnya?"

"Saya nak ke... hati awak!" Ketawa Amirah Bazilah terburai besar. Amzar Naufal tersenyum manis. Kenakan abang eh. Nakal! Satu kucupan singgah di pipi Amzar Naufal lagi. Amzar Naufal bahagia. I'm in heaven! In heaven!

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now