Bab 30
Telefon yang menjerit sakan minta dijawab itu menyentakkan Amirah Bazilah yang sedang bersiap di hadapan cermin. Dia membetulkan sedikit tudung labuh gaya budak sekolahnya sebelum menapak ke arah telefonnya yang berada di birai katil. Telefonnya dicapai. Nombor dan nama si pemanggil yang tertera di skrin telefon itu dilihat. Dia menguntum senyuman di bibir mungilnya. Butang hijau ditekan sebelum dilekapkan ke telinga.
"Hello, assalammualaikum abang." Ujar Amirah Bazilah dihujung corong telefon.
"Waalaikummussalam." Kata Amzar Naufal di dalam talian.
"Abang, jadi tak nak teman Mira?"
"Hmm... sorry sayang. I can't make it. Abang ada kerja lagi sayang. But, kalau dah siap nanti, Abang akan teman Mira eh." Amirah Bazilah mengeluh sedikit sebaik kata-kata itu terpacul dari mulut suaminya. Dia sedikit hampa.
"Tak apalah Abang. Mira tak kesah. Abang siapkanlah kerja abang. Mira boleh pegi sendiri."
"Abang betul-betul minta maaf sayang. Abang minta maaf sangat. Betul, abang memang banyak kerja sangat. Sorry tau."
"Eh, tak apa. Mira tak kesah. Mira boleh pergi sendiri. Abang tak payah minta maaf. Abang tak buat salah pun dengan Mira."
"Mira nak pergi jalan dekat mana?"
"Hmm... Mira nak pergi jalan dekat bandar Pekan je. Nak cari baju sikit. Nak cari buku sikit dekat Popular. Nak beli novel."
"Oh okay. Elok-elok tau. Tapi..."
"Tapi apa?"
"Abang risaulah. Abang takut jadi apa-apa dekat Mira. Hati abang ni rasa tak sedap je."
"Kalau abang tak izinkan Mira pergi, Mira takkan pergi. Mira tak kesah."
"Mira pergilah. Abang izinkan. Tapi, elok-elok tau. Jaga diri baik-baik. Kalau ada apa-apa, call abang."
"Okay Bang. I will."
"So, Mira nak pergi pukul berapa?"
"Mira nak pergilah ni. Mira tak tahu lagi nak balik pukul berapa. Tapi Mira janji Mira balik awal."
"Okay. Mira, abang ada kerja sikit ni. Abang letak dulu ye. Assalammualaikum."
"Waalaikummussalam." Dia menekan butang merah di telefonnya. Hatinya sedikit hampa. Bukan dia mahu sangat berjalan di bandar tapi dia hanya mahu berjalan berdua dengan Amzar Naufal. Meluangkan masa berdua bersamanya mesti seronok. Bukan senang dia nak dapat peluang macam ni. Kerja sambil berjalan. Dia menghela nafasnya. Beg tangannya dicapai sebelum dia meninggalkan bilik hotel itu.
Bab 31
"Akak, buah Nangka ni satu polisterin berapa?" Tanya Amirah Bazilah pada seorang wanita yang menjual pelbagai jenis buah. Buah Nangka yang sudah dibungkus di dalam polisterin itu menarik perhatiannya. Bukannya senang nak dapat buah Nangka di Melaka. Bukan susah nak dapat, tapi empunya diri saja yang menolak untuk makan. Katanya tak mahulah. Tak minatlah. Bukannya Walid tak menyuruh, tapi dia tahu anaknya itu memang tidak minat makan Nangka.
"Satu bungkus tu, lima ringgit je Dik." Wanita itu tersenyum manis kepadanya.
"Murahnya Kak. Bagi saya lima bungkus Kak." Kata Amirah Bazilah sambil membalas senyuman manis wanita yang berumur dalam lingkungan empat puluhan itu.