Kak Sal meyelak helaian dokumen di depannya. Setiap inci kertas itu diperiksa. Setiap bait tulisan yang berfontkan Times New Roman dan bersaiz 12 itu diteliti. "Ni ke dokumen nak hantar dekat bos?" Ujar Kak Sal. Mukanya serius. Suaranya tegang. Dah macam bos gayanya.
"Ha'ah. Ni dokumen yang nak kena fetch tu. Saya dah siapkan semua proposal yang dikehendaki dalam prosedur and saya dah check. Semua okay. No typo or mistake. Just perfect." Kata Wanita yang tampak manis dengan baju blousenya. Rambutnya yang dibiarkan lepas itu sungguh menyerlahakan lagi kecantikannya. Dia merenung wajah Kak Sal.
"Okay. Akak dah check. I think everything is alright. Akak rasa Intan hantar sendirilah ye dekat bos. Buatnya dia nak tambah something kan." Kata Kak Sal. Wajah Intan itu dipandang.
"Tapi saya rasa proposal saya dah okay dah. Siap saya kepilkan sekali draft bank tu. Segala kos pembuatan dan pembinaan projek semua dah ada. I think semua dah okay. Saya rasa better akak yang hantar. Saya takutlah nak hantar. Orang kata bos tu garang and cerewet." Intan memegang tengkuknya. Err... seriau mendengarnya. Banyak kisah yang diperoleh daripada pekerja disini yang menyatakan bos itu garanglah. Kuat makan orang. Laser. And the worse is an anger person.
"Buat apa nak takut. Bos bukannya garang pun. Baik je. Belum kenal belum tahu. Intan, hari tu ada bos cakap dengan saya dia teringin nak jumpa awak. Dia kata awak adalah batu loncatan syarikat ni. Mesti dia teruja dapat jumpa awak." Kak Sal memberi semangat. Lantas dia menghadiahkan senyuman.
"Nak jumpa bos ke tak ni?" Tanya Kak Sal.
"Hmm... bolehlah." Balas Intan acuh tak acuh. Hatinya sedikit bergetar. Dadanya sudah berombak. Takut mungkin.
Kak Sal menekan bukan di interkom yang menyambungkan dia dan bosnya. "Assalammualaikum bos." Ujar Kak Sal di interkom. Intan hanya memerhati saja perilaku Kak Sal.
"Waalaikummussalam." Suara garau mula menerjah interkom itu. Hati Intan semakin berdebar-debar.
"Bos, ada staff nak jumpa dengan bos. Nak fetch proposal untuk projek kita di Penang. So, boleh dia jumpa bos?"
"Hmm..."
"Intan bolehlah masuk dulu. Sebelum masuk, ketuk pintu dulu ye. Bos pantang kalau orang masuk tak ketuk pintu."
"Erk! Serius ke?"
Kak Sal mengangguk.
"Tak nak lah Kak jumpa dia. Takut." Ujar Intan samil menggelengkan kepalanya.
"Tak boleh! Kena jumpa jugak. Dah pergi masuk. Ketuk pintu dulu." Kak Sal mencekakkan pinggangnya. Intan mengetuk pintu itu. Tombol dipulas perlahan. Daun pintu ditolak. Susuk tubuh yang sedang bersandar di kerusi empuk itu dipandang. Tiada sebarang reaksi dari lelaki itu. Intan memandang proposal itu. Tidak sanggup dia bertentangan dengan bosnya itu.
Intan menapak perlahan. "Assalammualaikum, bos. Saya nak hantar proposal about our project in Penang." Kata Intan. Suaranya tersekat-sekat di keronkong. Tiada sebarang jawapan lelaki itu. Hanya senyap. Dia menoleh ke arah lelaki itu. Wajah lelaki itu dipandang. Hatinya dilanda garuda. Berkecamuk. Dadanya berombak. Nafasnya turun naik. Bukan dia. Please janganlah dia.