Bab 4 - Part 2

355 20 3
                                    

Makan malam antara Pak Rusidi dan Amira Bazilah dua beranak itu riuh dengan kehadiran Amzar Naufal. Pelbagai soalan yang ditujukan oleh Pak Rusidi kepada Amzar Naufal. Amira Bazilah hanya sekadar mendengar sahaja perbualan mereka.

"Amzar dulu belajar dekat mana? Course apa?" Soal Pak Rusidi dengan berwajah manis.

"Saya dulu belajar dekat U.K. Course Laws."

"Lah sama dengan Mira lah ye. Mira pun Laws juga kan Mira?" Soalan Pak Rusidi kepada Amira Bazilah yang sedari asyik menguis nasi di pinggan.

"Mira ambil Syarie. A...abang Amzar civil." Kata Amira Bazilah teragak-agak. Perkatan a-b-a-n-g itu terpaksa di gunakan di hadapan walid.

"Ye walid. Saya dengan Mira mungkin nama course sama tapi belajar dia lain." Ujar Amzar Naufal sambil tersenyum.

"Tapi kenapa abang jadi businessman?" Soal Amira Bazilah. Yelah kata mamat ni ambil course Laws tapi kenapa tak jadi lawyer.

"Sebab... lepas arwah abah meninggal.Syarikat tu di sepatutnya di serahkan kepada abang saya tapi dia tak nak. So nak tak nak saya terpaksa ambil alih syarikat." Terang Amzar Naufal panjang lebar.

"Amni?" Soal Amira Bazilah lagi. Kini Pak Rusidi yang menjadi pendengar setia.

"Amni masih belajar masa tu. Lagipun dia tak minat hal selok belok syarikat."

"Amzar, Boleh walid tanya. Berapa lama dah abah Amzar meninggal?" Giliran Pak Rusidi pula menyoal.

"Tahun ni masuk lima tahun dah dia meninggal."

"Boleh saya tahu sebab apa abah abang meninggal?" Soal Amira Bazilah.

"Hmm... dia meninggal sebab accident dan..." Belum sempat Amzar Naufal menghabiskan ayatnya. Butiran jernih mula tumpah dari kelopak matanya.

"Walid, Saya minta diri dulu." Amzar Naufal menapak ke sinki untuk membasuh tangan sebelum langkahnya di atur ke biliknya. Suasana di meja makan itu sunyi.

"Mira kenapa tanya soalan macam tu dekat Amzar. Kesian dia." Marah Pak Rusidi. Nada suaranya masih lagi lembut. Amira Bazilah hanya menundukkan wajahnya. Rasa bersalah mula menggunung tinggi. 'Dan' yang berada di hujung ayat itu meninggalkan tanda tanya kepada Amira Bazilah.

Amira Bazilah menapak ke dalam biliknya yang hanya di terangi lampu tidur saja. Dengan perlahan dia membaringkan dirinya di atas katil. Susuk tubuh lelaki itu di pandang seketika. Rasa bersalah sungguh dia pada lelaki itu. Tulah Mira, lain kali kalau tanya soalan, tangan tanya soalan macam kau tanya dekat dalam makhamah tu. Sekarang, you deserve it!

Wajah Amzar Naufal di biarkan bertentangan dengan wajahnya. Sepasang mata milik Amira Bazilah memandang mata yang sudah tertutup rapat di wajah Amzar Naufal. Amira Bazilah terkejut apabila sepasang mata itu terbuka.

"Awak tengok muka saya ke?" Kata Amzar Naufal selamba.

"Suka hati dia je. Tak ada maknanya saya nak tengok muka awak." Amira Bazilah membuat muka sebal. Lantas tubuhnya yang di baringkan di atas katil itu terus di tegakkan. Tudung labuhnya yang masih tersarung di kepalanya itu di di betulkan sedikit.

"Awak masih tak nak tanggalkan tudung awak tu ke?"

"Nope."

"Even with you're truly husband?"

"Yup."

"Amira, awak rasa betul ke saya ni jodoh awak?" Ujar Amzar Naufal tapi nadanya sedikit sayu.

"Allah met us for a reason, Amzar. I not say yes or no. Jodohkan rahsia Tuhan."

"Tapi saya tak mampu nak jaga awak Mira. Saya ni sakit. I lost my kidney. Bila saya nak jadi pelindung awak jika saya selalu sakit. Saya tak layak jadi suami awak." Kini nada suaranya sedikit tegas. Badannya di tegakkan dan di sandarkan ke katil sambil kedua-dua belah kakinya di peluk erat.

Amira Bazilah memandang suaminya itu yang sudah mengalirkan air mata. "Amzar, just like I said. Allah met us for a reason. Saya tak perlukan suami yang kuat, sado dan sempurna untuk lindungi saya tapi saya cuma nak seorang suami yang cintai saya sepenuh hatinya. That all I need." Air mata Amzar Naufal di seka oleh jari mulus milik Amira Bazilah.

"Maaf Amira. Saya bukan suami yang awak cari. Saya tak mampu sayng awak sepenuh hati saya." Wajah Amzar Naufal sedikit murung. Lantas tangan Amira yang berada di wajahnya di tolak lembut.

"I'm so sorry." Lantas tubuh milik Amzar Naufal di baringkan semula tapi membelakangkan Amira Bazilah.

Amira mencapai bantal lalu kakinya di atur ke pintu. "Amira just stay here. Saya takkan buat apa-apa dekat awak. I'm promise and you can keep my promise." Ujar Amzar Naufal perlahan tanpa memandang Amira Bazilah. Amira Bazilah kembali membaringkan diri di sebelah Amzar Naufal. Matanya cuba di lelapkan tapi ada satu perasaan yang seakan-akan menghempap dadanya yang membuatkan dia sukar bernafas. Perasan yang sukar untuk Amira Bazilah tafsirkan.

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now