Amirah Bazilah sibuk menggosok baju kemeja berwarna putih itu yang diambil dari almari lelaki itu. Cantik baju kemeja ni kalau dipadankan dengan tai berwarna biru dan seluar berwarna hitam. Handsome and smart. Memang si pemakainya bertambah smart. Bibirnya menguntum senyuman. Baju yang siap digosok itu disangkutkan menggunakan hanger lalu digantungkan di dalam almari. Sekeping nota dilekatkan didaun pintu almari baju itu.
Susuk tubuh lelaki itu masih membungkam di atas katil. Biarlah dia tidur. Lambat lagi! Baru pukul lima setengah. Tanpa berlengah dia menapak menuju ke dapur. Hajatnya nak masak mee goreng untuk breakfast si suami. Boleh bawa bekal sekali ke pejabat. Senang and jimat kos!
Amzar Naufal mengusap kelopak matanya perlahan. Jam disebelahnya dikerling sekejap. Pukul enam. Dia melunjurkan kakinya ke lantai. Lantas di mencapai tualan di ampaian sebelum menapak ke bilik air.
Setelah hampir sepuluh minit menyucikan diri, dia menyarungkan T-shirt dan seluar tracksuit. Nak pakai kemeja nanti berkedut pulak. Dia menghamparkan sejadah yang disangkutkan di ampaian. Lalu dia berdiri tegak untuk menyempurnakan solat dua raakat itu. Seusai solat subuh dilaksanakan dengan sebaik mungkin, dia menyangkutkan kembali sejadah ke tempatnya.
Dia menapak ke almari bajunya. Matanya tertancap ke arah nota yang dilekatkan di daun pintu almari itu.
Pakai baju putih dan seluar slack warna hitam dengan tie warna biru.
Bibirnya menguntum senyuman manis. Daun pintu dikuak perlahan. Matanya mencari-cari baju kemeja berwarna biru dan seluar slack hitam. Lalu T-shirt yang tersarung dibadannya ditanggalkan sebelum baju kemeja putih itu disarungkan ke tubuh. Begitu juga seluar slack berwarna hitam. Tie yang berwarna biru diambil dari laci di almari yang menyimpan tie-tienya.
Dia merenung tie ditangannya. Malaslah nak pakai lagi. Baik suruh pakaikan. Lagi best. Senyuman nakal terbit di bibirnya. Idea yang bernas Amzar! Dia mencapai briefcasenya lalu dia menapak ke arah dapur.
Susuk tubuh Amirah Bazilah yang tengah asyik memasak sambil bernyanyi itu dilihat. Briefcase diletakkan di atas kerusi di meja makan itu. Mulutnya masih menguntum senyuman. Dia menggelengkan kepala. Dia mengampiri susuk tubuh Amirah Bazilah. Lalu susuk tubuh itu dipeluk dari belakang.
"Oh abang Amzarku handsome!" Latah Amirah Bazilah. Kus semangat. Macam nak gugur jantung rasanya! Dia mengusap perlahan dadanya. Amzar Naufal yang berdiri dibelakangnya tersenyum manis. Kena pujikan siapa tak bangga.
"Terima kasih sayang!" Amzar Naufal melepaskan pelukannya lalu dia mengambil tempat di kerusi di meja makan itu.
"Abang, dah siap ke? Jomlah makan. Mira dah siapkan abang punya Mee goreng. Abang tunggu sini jap. Mira naik atas tukar baju." Ujar Amirah Bazilah perlahan. Dia mencedokkan mee goreng ke dalam mangkuk lalu diletakkan ke dalam meja.
"Kalau abang lapar, abang makanlah dulu. Mira naik atas kejap. Mira nak bersiap nak pergi kerja. Kejap lagi Mira datang balik." Tutur Amirah Bazilah lagi. Sempat lagi dia menghadiahlan senyuman sebelum menapak ke arah biliknya.
Telefon bimbit berjenama Oppo itu menjerit-menjerit minta diangkat. Dengan pantas dia mengeluarkan telefonnya yang berada dipoket seluarnya dikeluarkan. Tertera nama Kak Sal di telefonnya. Butang hijau ditekan sebelum dilekapkan ke telingannya.
"Assalamualaikum, Kak Sal." Sapa Amzar Naufal lembut di corong telefon.
"Waalaikummussalam, bos. Bos masuk kerja tak hari ni? Hari ni ada supplier nak datang. Pastu, kita dapat pekerja baru dekat Engineering Department. Bos, bukan calang-calang orang tau. Sebelum ni dia kerja di London. Dekat syarikat Engineering&U. Syarikat paling Vogue dekat London. Kak Sal harap Bos dapat datang hari ni." Terang Kak Sal panjang lebar di hujung talian. Hatinya disapa rasa ingin tahu. Wau, bukan calang-calang orangnya. Yang paling dia tak sangka, dari syarikat Engineering&U. Bukan calang-calang syarikat. Mesti kena jumpa pekerja baru itu. Boleh kita jadikan dia sebagai batu loncatan untuk syarikat kita.
"Seriously! Wow! I can't wait to see him. Akak, saya masuk ofis, macam biasa, segala jenis laporan saya nak hari ni. Tolong updatekan pada other Department. Saya nak tahu perkembangan syarikat kita. Yang paling penting tolong set a meeting dengan Accountance syarikat. Ada benda nak discuss." Arah Amzar Naufal.
"Okay bos. Bos, makan apa pagi ni? Jangan tak makan pulak! It's not good to start your day with an empty stomache!"Pesan Kak Sal dihujung telefon. Kata-kata Kak Sal dihadamnya. Begitulah rutin harian Kak Sal. Suka menasihatinya.
"Saya tengah dating dengan isteri saya pagi ni. Dia masak mee goreng." Kata Amzar Naufal dengan ketawa kecil.
"Oh yeke? Kira akak ni mengacaulah! Sorry ye Bos."
"Akak, dah banyak kali dan berbuih mulut saya cakap yang don't you ever call me bos. Just call me Amzar." Tegur Amzar Naufal. Kak Sal sudah dianggap seperti akaknya sendiri. Dia kurang suka kalau orang yang dia rapat memanggilnya bos atau encik. Cukup dia tidak gemar.
"Tapi, akak seganlah..."
"Tak ada tapi-tapi. This is an order!" Arah Amzar Naufal.
"Okay bos ops... Amzar. Sorry. Okaylah kalau tak ada apa-apa, saya letak dulu ye. And err... Amzar nanti tapaukan Mee goreng yang isteri Amzar masak tu. Akak teringin nak rasa." Selamba badak je Kak Sal meminta. Kak Sal... bos tu!
"Okay akak. Bye. Assalammualaikum."
"Waalaikummussalam." Amzar Naufal menekan butang merah. Bibrnya menguntum senyuman.
"Amboi orang tu senyum-senyum ada makna pagi-pagi ni. Siapa call?" Tegur Amirah Bazilah yang memasuki dapur itu. Amzar Naufal terpukau dengan kecantikan isterinya. Cantik! Wanita itu memakai jubah berwarna biru lembut yang dipadankan dengan tudung labuh gaya budak sekolah yang bercorak bunga-bunga kecil menyerlahkan lagi kecantikan kulitnya mulusnya.
"Kenapa abang tak makan lagi? Nak Mira suapkan ke?" Amzar Naufal mengangguk laju. Bibirnya menguntum senyuman manis. Amirah Bazilah melabuhkan punggungnya disebelah Amzar Naufal.
"Cantik Mira hari ni." Puji Amzar Naufal.
"Abang pun apa kurangnya. Kalau abang sikat rambut tu lagi handsome. Kenapa tak pakai tie lagi?" Tanya Amirah Bazilah sebaik melihat tie yang disediakannya masih belum dipakai.
"Tangan abang ni sakitlah. Mira tolong pakaikan eh? Lepas tu Mira sikatkan rambut abang sekali." Pinta Amzar Naufal mengada-mengada.
"Mengada-mengadanya budak kecik ni, sakitlah sangat ke tangan tu. Sakit betul-betul baru tahu!" Marah Amirah Bazilah sambil menyedokkan mee goreng ke pinggannya. Mee goreng itu disuapkan ke mulutnya. Sedap!
"Mira, tangan abangkan sakit. Mira suapkan abang."
"Okay, buka mulut budak kecik." Arah Amirah Bazilah sambil tersenyum manis. Dia menyuapkan ke mulut Amzar Naufal. Lelaki itu mengunyah makanan didalam mulutnya. "Sedap." Puji Amzar Naufal.
"Yang, abang nak bawa bekal mee ni ke pejabat. Mira tolong bungkuskan ye. Abang nak dua bekas." Kata Amzar Naufal sambil menunjukkan jari telunjuk dan jari hantunya. Dua bekas? Nak muntah darah ke apa?
"Banyaknya. Siapa nak makan lagi satu bungkus tu?" Tanya wanita itu pelik.
"Kak Sal nak rasa mee goreng ayang."
"Oh Kak Sal. Secretary Abang tu ke?"
"Yup."
"Okaylah. Makan cepat. Nanti lambat pulak Mira pergi kerja. Awak tu tak apalah. Awak bos. Kita ni kuli je." Amirah Baziah menyuap lagi ke mulutnya.