"Tak ada apa yang perlu Encik risaukan sekarang. Bayi dalam kandungan Mira selamat. Kandungannya masih sihat. Tapi mungkin sebab gegaran tadi, kandungan itu sedikit terganggu. Encik boleh bawa Mira pulang. Dia ada dekat sana. Dalam wad kecemasan tu." Kata Hafizah sebaik dia melangkah keluar dari wad kecemasan itu. Mukanya sedikit suram. Amzar Naufal hanya mengangguk.
"Tapi Encik, bukan kandungan bayi-bayi Encik yang saya risaukan. Tapi Mira. Tolong Encik. Dia sedih. Saya faham perasaan dia sekarang ni. Bukan sekali tau Encik... Tapi dah dua kali Encik, dua kali! Saya bukan nak berlagak pandai tapi ini realitinya. Mira perlukan sokongan Encik. Kandungan Mira mungkin akan gugur jika dia menerima terlampau tekanan. Encik bukan saja akan kehilangan bayi-bayi dalam kandungan itu tapi Encik mungkin akan kehilangan Mira. So please, kalau Encik sayangkan Mira... Jaga dia elok-elok. Dia dah puas merana. Baik Encik pujuk dia. Tapi, saya minta maaf jika dia tak nak jumpa Encik. Saya pergi dulu. Assalammualaikum." Ujar Hafizah lagi dengan nada suara yang sedikit keras berbaur kecewa kepada Amzar Naufal yang baru hendak melangkah.
Amzar Naufal memandang wajah doktor muda itu sebelum dia menapak ke dalam wad kecemasan itu. Hafizah mengeluh berat. Kesian dia pada Amirah Bazilah. Bukan dia tidak tahu wanita itu tengah bersedih. Dia dapat rasa. Rasa sedih wanita itu terlalu memuncak. Hafizah mula menapak meninggalkan ruang itu.
Amzar Naufal menolak daun pintu itu perlahan. Susuk tubuh wanita yang sedang membelakanginya sambil berbaring di atas katil hospital itu dipandang.
Dia menapak perlahan ke arah Amirah Bazilah. "Mira..." Panggil Amzar Naufal perlahan. Amirah Bazilah mengesat air mata yang masih mengalir di wajahnya. Dia menegakkan badannya. Dia memusingkan pandangannya.
Hatinya sebak. Dia menekup wajahnya dengan kain tudung labuhnya itu. Dia menangis sepuas hati. Jeritan kecil menyusuli tangisan itu. Amzar Naufal dengan segera merapati susuk tubuh itu sebelum dia membawa susuk tubuh itu ke dalam pelukannya. Amirah Bazilah tidak membalas pelukan itu. Pergerakannya mati buat seketika. Dia hanya meraung dan meraung.
"Mira, jangan nangis sayang. Abang ada dekat sini. Hafizah cakap yang kandungan Mira selamat. Mira jangan sedih ye." Amirah Bazilah menolak tangan sasa Amzar Naufal. Cuba ditolak sedaya mungkin.
"Pergi! Saya cakap pergi!" Kata Amirah Bazilah. Mukanya masih ditekup. Amzar Naufal menambahkan keeratan pelukannya itu.
"Mira, kenapa ni sayang? Jangan buat abang macam ni. Abang sayang Mira." Pujuk Amzar Naufal lembut.
"Pergi... Mira tak nak abang! Abang jahat! Pergi..." Ucap Amirah Bazilah teresak-esak. Dia cuba meronta-ronta. Tapi dia tidak mampu. Dia lemah. Lemah dengan semua benda mengarut ni. Dia dah cukup terseksa. Dia tak mahu semua ni.
"Mira, abang minta maaf..."
"Bunuh je Mira bang! Bunuh je. Jangan seksa perasaan Mira. Mira terseksa. Kalau abang tak sayang Mira, bunuh je Mira. Biar Mira mati, mati dengan anak-anak Mira. Abang sukakan? Suka sebab dapat buat Mira merana?"
"Sayang, listen this. Abang sayang Mira. Abang takkan buat benda yang tak baik pada Mira." Amirah Bazilah menolak tangan sasa itu dari memeluknya. Dia meraung sakan.
"Kill me Amzar. You don't need me anymore! Awak hanya pentingkan diri sendiri. Awak tak pernah fikir perasaan saya. Ceraikan saya je. Kalau awak tak suka, ceraikan saya!" Amzar Naufal sedikit terasa dengan kata-kata yang keluar dari mulut wanita itu. Egonya tercalar. Mulut Amirah Bazilah ditekup oleh Amzar Naufal lembut. Dia memeluk erat lagi tubuh kecil itu.
"Syhhh... Mira. Abang sayang Mira. Please, sayang. Kalau nak marah abang, marah dekat rumah. Jangan marah dekat sini. Kita selesaikan dekat rumah. Jom kita balik Mira." Pujuk Amzar Naufal lembut. Amirah Bazilah pantas menggeleng laju. Tangan yang masih menekup mulutnya cuba ditepis-tepis. Tapi dia gagal. Dia tidak mampu. Dia sudah tiada sebarang kudrat lagi.
"Mira, janganlah macam ni. Abang sayang Mira. Abang sayang Aakif dengan Annisa'. Abang sayang sangat. Mira, tolong dengar cakap abang. Jom kita balik ye." Kata Amzar Naufal lembut saja nadanya. Dia memeluk tubuh itu erat. Tekupan di mulut wanita itu dilepaskan. Dia meletakkan kepalanya di dada bidangnya.
"Abang... Kenapa abang? Kenapa abang suka seksa Mira?" Amzar Naufal memandang wajah isterinya itu lalu dia menyeka air mata yang deras mengalir di pipi mulus itu.
"Mira, I told you many times sayang. Abang sayang Mira. Mira satu-satunya dalam hati abang. Abang takkan buat apa-apa dekat Mira. Mira sayang dekat abang tak? Abang sayang dekat Mira."
"Mira sayang abang."
"Kalau sayang, jom kita balik ye sayang. Kita balik rumah, kita mandi. Kita tidur. Esok Mira tak payah pergi kerja ye. Rehat je. Jom kita balik."
"Tak nak! Mira tak nak balik!" Kata Amirah Bazilah sambil menggelengkan kepalanya.
"Kenapa ni sayang? Tak sudi dah ke nak balik rumah kita?"
"Mira tak nak balik rumah tu lagi. Mira nak duduk tempat lain. Jauh dari abang."
"Sayang, jangan macam ni. Abang tahu abang salah. Tapi tolong, dengar cakap abang, kita balik rumah kita." Amirah Bazilah menjarakkan tubuhnya dengan tubuh lelaki itu.
"Kalau abang tak nak bagi, Mira minta maaf kalau abang tak jumpa lagi Mira dengan anak-anak Mira selama-lamanya." Amirah Bazilah bersuara tegas. Amzar Naufal serba salah. Dia mengenggam tangan wanita itu.
"Okay. Jom kita balik rumah lain. Sebelum tu, kita balik rumah mama. Kita ambil baju kita ye sayang." Kata Amzar Naufal. Hatinya tiba-tiba jadi sebak. Dia tahu, wanita itu cukup sengsara hidup dengannya. Dia sayang wanita itu seluruh raganya. Dia tak boleh berpisah dengan wanita itu.
Amirah Bazilah memandang wajah suaminya itu. Dia mendekatkan tubuhnya kembali. Dia memeluk erat lelaki itu. Dia meletakkan kembali kepalanya di dada lelaki itu. "Abang... Mira buat keputusan ini untuk kebaikan kita juga abang. Ini takdir rumah tangga kita. Allah always know the best for us."
"Tapi..." Amirah Bazilah menekup mulut lelaki itu. Dia memandang lagi wajah suaminya yang tampan dek kerana dihiasi sepasang mata warna biru. Mukanya yang putih persis Tanner Patrick itu menyerlahkan lagi ketampanannya.
"Tolong bang. Kalau abang sayangkan Mira dengan anak-anak kita, tolong. Tolong izinkan Mira pindah rumah lain. Mira tak sanggup bang. Mira tak boleh teruskan hidup Mira kalau perasaan Mira selalu terseksa. Abang... semua ni untuk kebaikan kita. Abang sayangkan Mira kan? Sayangkan anak-anak kita kan? Don't you?" Amzar Naufal hanya mengangguk.
"Abang, kita balik ye. Jom." Amirah Bazilah meleraikan pelukannya. Dia membangunkan dirinya perlahan-lahan dari birai katil. Air matanya yang masih bersisa di kesat perlahan. Amzar Naufal turut bangun dari birai katil. Mengikuti saja langkah wanita itu.
#b1=