Amirah Bazilah melangkah laju ke dalam pejabat Amzar Naufal. Bungkusan mee goreng ditangannya di genggam kemas. Hesy, macam manalah boleh lupa nak bagi dia bekal. Tu lah hang pa kalut sangat. Sampai bekal dia hang angkut bawak masuk dalam kereta hang! Nasib baik, bos bagi keluar kejap. Thanks Encik Miang! Dia menapak ke arah meja Kak Sal. Kelihatan Kak Sal sibuk dengan kerjanya. "Assalammualaikum, Kak Sal." Sapa Amirah Bazilah lembut. Kak Sal memalingkan wajahnya sebelum dia melemparkan senyuman pada Amirah Bazilah.
"Waalaikummussalam, Mira. Ada apa datang sini? Nak jumpa Encik Amzar Naufal ke?" Wajah wanita yang tampak kemas dengan tudung berwarna jingga itu masih memandang ke arahnya.
"Yup. Dia ada tak? Nak hantar bekal dia. Nah akak punya." Kata Amirah Bazilah. Dia mengeluarkan bekal yang diisi dengan mee goreng kepada Kak Sal dari beg Hello Kitty. Kak Sal tersenyum meleret. "Terima kasih bebanyaklah dik wei! Akak terharu sangat. Thanks tau. Macam tahu-tahu je akak tak breakfast lagi. You're are my Heroin." Seloroh Kak Sal. Kak Sal meneliti isi dalam bekas lut sinar itu. Mee goreng, Ya Allah sedapnya.
"Encik Amzar ada tak?" Tanya Amirah Bazilah.
"Ada tapi dia tengah meeting dengan accountance. Habis dengan Accountance, dia ada meeting dengan wakil dari semua department. So, dia busy sangat hari ni. Jadi, Mira tak boleh jumpa dialah. Nak akak tinggalkan pesanan?"
"Pagi pagi dah ada meeting" Tanya Amirah Bazilah. Hairan. Kak Sal hanya mengangguk.
"Tak apalah kak. Saya nak hantar bekal ni. So nanti akak bagi pada dia. Make sure dia makan tau. Nanti kalau dia tak makan, dia gastrik. Kalau dia gastrik saya yang susah sebab kena jaga dia. Kalau saya kena jaga dia, saya tak dapat pergi kerja. So, let start dari bagi dia makan. Sebab nanti banyak side effects." Kak Sal meneliti setiap butir bicara wanita di depannya itu. Point-point penting diambil dari ceramah percuma wanita itu. Susuk tubuh yang keluar dari bilik Amzar Naufal menarik perhatian Kak Sal. Keluar dah Accountance kerek bajet bagus ni! Menyampah betul. Mulut dia... lagilah. Tak berlesen. Berkulat. Tak pernah jaga. Busuk. Tak ada insurans. Lepas ni, mesti dia nak sembur orang. Umpat Kak Sal berbakul dalam hati.
"Hey, Kak Sal. Orang suruh buat kerja bukan suruh berborak. Bersembang kuat. Awak ingat, syarikat ni dapat duit macam air kat paip tu ke? Kalau bersembang tak apa, ni siap mengumpat lagi. Yang sorang lagi ni, tak reti buat kerja ke? Pekerja baru kan? Amboi-amboi baru masuk dah buat perangai. Banyak lemak kau. Pergi buat kerja." Tengking lelaki yang bergelar akauntan syarikat itu. Wajah lelaki itu bengis. Perasan marah membuak-buak dalam jiwa.
Kak Sal sudah menundukkan wajahnya. Takut. Amirah Bazilah pula membatukan diri saja. Aku pun kena jugak! Tak patut, tak patut. Tak wajar. Dah lah bahasa sikit punya baik. Memang tak ada lesen betul mamat ni. Sabar Mira. Tangannya masih memegang bekal berisi mee goreng itu walaupun tangannya sedikit bergetar. Takutlah jugak.
"Hey perempuan! Kau ingat ni waktu breakfast, ke kau ingat sekarang waktu lunch?! Lapar sangat ke! Lapar? Hey aku tanya kau ni, lapar ke?!" Jerkah lelaki itu yang berdiri dibelakangnya itu. Bahunya tersentak. Sabar Mira! Sabar. Sabarul Minal Iman. Just cool, Mira. Don't scare of him! Kak Sal diam seribu bahasa. Tapi dalam hatinya sudah berbakul-bakul mencaci dan menghina lelaki perangai serupa 'tut' tu.
"Hey! Asal kau diam! Aku cakap dengan kau ni!" Badan Amirah Bazilah ditolak kasar oleh lelaki itu. Habis terkeluar isi yang berada dalam bekas mee goreng itu ke lantai. Amirah Bazilah seakan mahu menangis. Ya Allah, mee goreng cik abang aku! Ya Allah, drama apa pulak pagi ni? Kak Sal datang menghampirinya. Lalu tubuhnya yang cuba dibangunkan itu, ditolong oleh Kak Sal. Matanya tertancap pada mee goreng yang bertaburan di lantai. Hatinya dipagut rasa marah.
"Apa ni Encik Hakim? Dah gila? Tak ada perasan ke? Dia ni pelawat tahu tak? Cik Amirah, mari saya tolong." Amirah Bazilah berdiri tegak. Penumbuknya sudah dikepul-kepul. Aku akan pastikan pagi ni, ada orang makan penumbuk sulung aku. Wajah lelaki itu selamba. Tiada rasa bersalah.
"Apa sebenarnya masalah you! Dah selesa sangat hidup kat dunia ni. Hah, Mak dengan ayah you tak pernah ajar ke cara nak hormat orang. Hey! You dengar sini, what I'm trying to say. Korek telinga tu kalau rasa telinga tu pekak. Kalau rasa you tu bagus sangat, rasa beruntung dapat hidup, bahagia. Tapi I rasa you kena ingat yang hidup ni tak pernah terima you. You je yang berlagak lebih! Sombong. Bengkek! " Keluar semua kata-kata pedas dari mulut Amirah Bazilah. Matanya masih ditekur ke lantai. Perasan marah semakin menyelubungi diri. Aku memang pantang kalau ada orang usik aku. Terutamanya lelaki! Dan for the first time of my life, aku berbahasakan diri Saya-you! Tak sangka.
Lelaki itu memandang wajah Amirah Bazilah dengan perasaan sebal. Ada hati nak bagi sesi kaunseling tak bertauliah dekat aku. Boleh pergi 'mam'lah. Ingat aku takut dengan kata-kata kau. Namun, wajah dihadapannya itu seakan dikenali. Dia mengamati wajah wanita itu. Amirah Bazilah... yes she is!
"Sayang... abang... abang minta maaf." Suara lelaki itu berubah tone. Lembut. Penuh lemak berkrim. Asal Encik Hakim kerek ni. Sweet betul suara. Kenal ke dekat Mira ni. Siap berabang-Mira bagai. Kak Sal berteka teki dalam hati.
"How dare you bahasakan diri you dengan abang bagai. Geli telinga saya dengar. And don't you ever call sayang. You tak layak. You siapa nak..." Amirah Bazilah tak sempat menghabiskan kata-katanya. Bagaikan tersekat di keronkong. Wajah lelaki itu cuba dihadam. Hakim. Mungkin kebetulan. No, he is! Perasan benci dan marah mula membaluti hati. Renungan tajam diberi oleh Amirah Bazilah tepat mengenai wajah itu.
"Abang... minta maaf. Abang tak sengaja. Maafkan abang." Rasa nak muntah hijau je dengar panggilan itu. Bisik hati Amirah Bazilah. Yuck! Wekk! Muntah Amirah Bazilah dalam hati. Boleh ke muntah dalam hati? Tak sanggup aku tengok muka mamat ni lama-lama. Sebelum ada yang muntah, baik aku cau dan blah!
"Akak, saya balik dulu. Kirim salam dekat Encik Amzar. Sampaikan salam sayang saya pada dia. Saya tak boleh lama-lama. Nak rasa termuntah duduk dekat sini. Rasa membahang je hati Mira ni." Pamit Amirah Bazilah. Bicara dalam pamitannya itu penuh dengan sindiran. Telinga Hakim membahang je mendengar kata-kata perlian itu.
Amirah Bazilah menapakkan kakinya meninggalkan ruangan itu. Langkahnya terhenti disaat tangannya disambar oleh Hakim. Amirah Bazilah merentap tangannya. "How dare you! You dengar sini baik-baik. Tangan saya ni hanya layak dipegang oleh suami saya sahaja! Faham ke tak? Nak saya ulang ke, bagi you faham? " Amirah Bazilah menjeling tajam sebelum melangkah meninggalkan Hakim keseorangan. Banguna Permata Holding milik keluarga suaminya itu ditinggalkan.
Jam dikerling. Pukul sembilan setengah. Dah lambat dah nak pergi Shah Alam. Dah lah meeting start pukul sepuluh. Semua gara-gara lelaki kasanova tak guna tu. Buat sakit hati je. Dia mendengus kasar. Lalu pedal minyak di keretanya ditekan kuat. Minta-mintalah tak jammed. Kalau jammed, memang larilah client aku.
t