"Sakit..." Amzar Naufal mengadu kesakitan. Perutnya terasa bagai dicucuk-cucuk dengan garfu. Badannya sudah dilipat dua. Perut terasa amat sakit. Amirah Bazilah sudah risau. Kepala milik lelaki itu diurut-urut.
"Abang, sakit tang mana?" Tanya Amirah Bazilah. Risau juga dibuatnya. Sudah pukul lapan nanti dia nak pergi kursus. Risau juga jika apa-apa berlaku kepada suaminya itu.
"Abang sakit perut. Pening kepala. Sakit sangat Mira." Amzar Naufal memegang pergelangan tangan wanita itu. Erat sekali.
"Perut abang angin ni. Tulah, Mira dah cakap jangan makan Nangka tu macam makan nasi. Abang makan macam tak makan setahun. Seriau Mira tengok abang makan semalam. Perut abang ni bukannya perut titanium. Mana boleh tahan. Nangka tu benda berangin." Bebel Amir Bazilah. Dia sudah cakap semalam jangan makan banyak sangat, nanti sakit. Tapi degil, nak makan juga. Sekarang, siapa yang susah? Aku juga. Bukan apa, dahlah nak pergi kerja. Risaulah jika ada apa-apa berlaku.
"Sakit Mira. Sakit sangat. Mira jangn pergi kerja eh. Teman abang. Abang sakit." Amirah Bazilah pantas menggeleng. Mana boleh!
"Mana boleh bang. Mira kena pergi jugak. Mira pergi sekejap je. Nanti pukul sebelas Mira balik. Mira janji, Mira bawa abang pergi klinik. Kita pergi ambil ubat ye sayang." Kata Amirah Bazilah lembut. Dia mengusap ubun-ubun lelaki itu.
"Mira, tolong sapu minyak dekat perut abang. Perut abang memulas. Macam kena pulas. Sakit sangat..." Dahi lelaki itu sudah berkerut-kerut.
"Mira tak bawa minyak angin."
"Minta dekat Kak Sal. Bilik Kak Sal dekat sebelah."
"Jap." Amirah Bazilah mengatur langkah ke bilik Kak Sal yang terletak betul-betul di sebelah biliknya. Nasib baik dekat. Kalau jauh, puas nak naik turun tangga. Dia mengetuk pintu Kak Sal seraya memberi salam.
"Waalaikummussalam. Mira? Nak apa?" Tanya Kak Sal sebaik pintu bilik hotel itu dibuka.
"Ni kak. Abang Amzar tu sakit perut. Angin. Makan Nangka banyak sangat. Akak ada minyak angin tak?" Ujar Amirah Bazilah kerisauan.
"Makan Nangka? Bos akak tu memang angin tahap gaban sikit. Mana boleh makan Nangka. Nanti angin dia mulalah nak naik." Kata Kak Sal sedikit terkejut.
"Abang Amzar tak boleh makan Nangka?"
Kak Sal menggeleng laju. "Pantang!"
"Lah... Yeke? Kalau Mira tahu, Mira tak bagi dia makan. Dia kata dia boleh makan, Mira bagilah."
"Mana boleh Mira. Dia makan berapa ulas?"
"More than five."
"Hah! Ya Allah, subhanaAllah. Patutlah. Dia tu, sebiji pun tak boleh." Terkejut Kak Sal sampai mengucap panjang.
"Hish, abang Amzar ni. Kalau saya tahu, saya tak bagi dia makan. Memang nak kena ni. Akak minta minyak angin."
"Kejap, akak ambil." Susuk tubuh Kak Sal hilang menuju ke arah dalam bilik itu. Susuk tubuh Kak Sal bersama minyak angin ditangan dilihat.
"Nah. Sapu banyak sikit."
"Terima kasih. Sebelum tu, lepas ni dalam pukul lapan, saya nak pergi kursus dekat Firma Guaman dekat-dekat sini jelah. So, akak tolong tengokkan dia. Pintu tengah bilik akak dengan bilik dia, saya buka, nanti akak tengokkan ye." Pinta Amirah Bazilah. Kak Sal hanya mengangguk.
"Terima kasih kak. Assalammualaikum." Ujar Amirah Bazilah seraya dia menapakkan menuju ke bilik dia semula. Kak Sal menggelengkan kepalanya. Macam-macam hal betullah budak-budak ni!
Amirah Bazilah duduk dibirai katil. Dia membuka penutup botol minyak angin itu. "Angkat baju abang tu sikit." Arah Amirah Bazilah suaranya tegang. Marah? Ye! Memang dia marah. Marah sebab lelaki bertuah tu degil sangat.
Minyak di tangannya disapu kasar oleh Amirah Bazilah di perut lelaki itu. "Janganlah ganas sangat. Sakig tau." Kata Amzar Naufal selepas Amirah Bazilah mengurut perutnya sedikit kasar.
Amirah Bazilah sedikit sebak. Air matanya mula di tubir mata. "Abang memang kata abang boleh makan Nangka. Abang tipu Mira. Abang dah kenapa? Kalau tak boleh makan, cakap tak boleh makan. Sekarang siapa susah, Mira tau." Urutan di perut lelaki itu terhenti. Air mata Amirah Bazilah mula mengalir.
"Abang cuma nak teman Mira makan. Mira ni, kalau tak nak urut abang, cakap jelah. Abang boleh urut sendirilah." Ujar Amzar Naufal. Suaranya sedikit keras.
"Awak memang suka buat saya sedih. Awak memang sukakan? Saya risau tau! Saya nak pergi kerja dalam keadaan tenang. Awak... Entahlah, Amzar. Saya terkilan dengan awak. Awak tak pernah ingat hari ini, hari apa. Saya cukup terasa. Saya tak nak sedih tau, hari ni. Tapi... Entahlah. Saya rasa, better saya pergi kerja. Saya pergi dulu." Tangan lelaki itu disalam. Dia mengatur langkah ke bilik air. Lepas saja basuh tangan dia mengatur langkah pergi keluar dari bilik hotel itu.
Sepanjang kakinya melangkah, air matanya asyik mengalir. Dia mengesat air matanya. Sebak rasa dadanya.
Otak bilik Amzar Naufal ligat berfikir tentang ucapan wanita itu tadi. Mencari maksud yang tersirat dari yang tersurat. Dia keliru. Rasa sakit perutnya tidak lagi terasa cuma otaknya saja terasa sakit memikirkan kata-kata wanita itu.
Ting! Dia mencapai telefon bimbitnya. Satu mesej masuk. Dia membuka mesej itu.
Assalammualaikum, Abang, Mira minta maaf kalau tindakan saya tadi menguris hati abang. Mira tak dapat kawal perasaan Mira. Today is my birthday, remember? Abang ingatkan? Kalau tak, tak apalah. Mira tak kesah. Harap abang restukan segala apa yang Mira lakukan hari ni. Mira sayang abang. Abang, sekali lagi Mira minta maaf. Abang makan ubat ye. Nanti Mira balik, kita pergi klinik ye. Mira sayang Encik Tanner Patrick Mira ni!
Ya Allah! Amzar Naufal meraup rambut kebelakang. Macam mana dia boleh lupa? Dia menggeleng perlahan. Haginya serba salah. Apa yang aku dah buat? Mira, abang minta maaf ye sayang. Abang tak ingat, hari ni hari istimewa sayang. Abang minta maaf!