Bab 19

142 9 0
                                    

"Mira, tolong pakaikan tie ni. Kata tadi nak pakaikan." Kata Amzar Naufal kepada Amirah Bazilah yang menapak dihadapannya di ruang tamu rumah agam itu. Amirah Bazilah mendekatkan badannya dekat lelaki itu. Lalu tie yang belum diikat itu, diikatkan di leher Amzar Naufal. Macam pro je! Ayat itu terlintas di otaknya. Mana taknya, jari jemari wanita itu lincah mengikat tie. Bukan senang tau nak ikat tie. Ikat tie pun kena ada skill. Aku pun masa sekolah menengah pun mama yang ikat. Tapi naik menengah atas startlah ikat sendiri. Jadi bahan gelak je kalau mama yang ikatkan padahal umur dah besar panjang.

"Macam pro je Mira ni ikat tie. Macam dah selalu buat je?" Muka Amirah Bazilah yang sedang tekun mengikat tie itu dipandang. Amirah Bazilah tersenyum disaat mata mereka bertembung. Namun, matanya kembali pada aktiviti mengikatnya.

"Mira selalu ikatkan tie untuk anak Mira dekat Mesir dulu. Mira ada dua orang anak lelaki. Kembar. Cute-mute muka dia." Kata Amirah Bazilah. Amzar Naufal terlopong seketika. Anak? Anak kembar? Dekat Mesir? Takkanlah. Tak pernah tahu pun. Dadanya berdegup kencang.

"So, you already married before you marry me?" Tanya Amzar Naufal perlahan. Mukanya mendung sedikit. Sedih mungkin? Marah? Entahlah.

"No!" Ujar wanita di hadapannya itu sambil menyiapkan simpulan terakhir pada tie itu. "Okay done. You look so handsome and smart, Encik Syed Amzar Naufal!" Kata Amirah Bazilah sambil menurunkan kolar baju lelaki itu sebelum menepuk kedua-dua bahu Amzar Naufal. Amzar Naufal hanya kaku tanpa bicara. No? What is this? Drama apa pagi ni? Tak seronoklah. Please, I need explaination! Wajah Amirah Bazilah direnung dalam. Bagai nak tembus. Nampak tulang-temulang!

"No? Kata Mira dah ada anak? Please I'm confused already. I need explaination. Explain to me. Did you married a man before me?" Kendur suara Amzar Naufal. Anak matanya merenung tepat anak mata hazel itu.

Amirah Bazilah melepaskan ketawa besar. Dia menekup mulutnya menahan ketawa besarnya. Amzar Naufal semakin pening bin pelik bin tak tahulah nak cakap apa! "Why are you laughing?" Marah Amzar Naufal perlahan. Otaknya ligat mencerna keadaan. Mentafsir setiap detik pelik itu.

"Yes I'm married..." Amzar Naufal menundukkan wajahnya. Sayu hatinya. Parah jiwanya. Sedih organnya.

"With Amzar Naufal. Just Amzar Naufal. Tiada lelaki lain yang pernah kahwin dengan saya sebelum ni. Just only you Amzar. Yang pasal anak tu, tu anak angkat Mira lah. Dia orang anak jiran depan rumah Mira. So, Mira baik dengan mak dia. Anak-anak dia pun baik dengan Mira. Mira selalu jugak tidur rumah dia orang, sebab tu Mira master about ikat tie ni. Kalau pagi sebelum nak pergi sekolah, Miralah yang ikat tie dia orang. Kesian mak anak angkat Mira. Suami dia tinggalkan dia. Dia selalu share dengan Mira. Tu yang rapat tu." Terang Amirah Bazilah. Jelas kelihatan riak wajah Amzar Naufal berubah riak. Dari cuak mode ke 'fuh lega' mode. Amzar Naufal melepakan nafas berat. Lega hatinya mendengar penjelasan itu.

"Abang mesti sangka, Mira dah pernah kahwinkan. Mira tahu. Muka abang cuak giler. Daripada kerek ke cuak tahap gaban." Usik Amirah Bazilah. Amzar Naufal masih menundukkan wajahnya. Amirah Bazilah mengangkat wajah itu memandangnya. Lalu kucupan hangat hinggap di pipi lelaki itu. Lama. Lama sekali.

"Thanks sayang. Oh by the way, sikat rambut abang. Serabailah rambut abang ni. Nanti tak handsomelah abang." Amzar Naufal mengeluarkan sikatnya yang berada di dalam poket lalu disuakan kepada Amirah Bazilah. Amirah Bazilah menyisirkan rambut lelaki itu sehingga kemas. Kemudian dia tersenyum memandang lelaki itu.

"Okay done. Eh jap, ni pukul berapa dah ni?" Tanya Amirah Bazilah. Amzar Naufal mengerling ke arah jam tangannya.

"Almost seven thirty o'clock. Why?" Amirah Bazilah membulatkan matanya. Luas dan besar. Terkejut. Lambatlah macam ni. Habis aku kena dengan Bos miang aku tu. Oh my... tak nak!

"Mira dah lambat ni. Mira pergi dululah. Bye, assalammualaikum." Dia mengatur langkah laju ke hadapan. Eh, lupa aku salam! Dia berpatah balik lalu tangan lelaki itu disalamnya. Pipi lelaki itu dikucup laju. Dia melambai ke arah lelaki itu. Amzar Naufal berdiri tegak sambil tersenyum. Jenis kalut jugak mak cik sorang ni rupanya! Ingatkan independence sangat.

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now