Sejak pulang saja dari hospital, Amzar tidak seceria selalu. Berita itu seolah-olah meragut nyawanya. Yang tinggal hanyalah jasad yang tidak berjiwa. Senyuman yang selalunya mekar indah di wajahnya kian pudar sepudar- pudarnya. Aktiviti hariannya tidak macam selalunya. Dia hanya duduk terperap di dalam bilik selepas pulang dari pejabat.
Jika adik beradiknya pulang ke rumah, tiada suasana usik mengusik antara mereka. Hanya senyuman kecil di bibir Amzar tatkala Datin Mariah memberitahu adiknya yang belajar di Turki akan pulang. Adiknya, Syarifah Amni Najlah yang selalunya menjadi bahan usikan abangnya itu tidak lagi terjadi. Sejak pulang dari Turki Amni Najlah perasan bahawa abangnya hanya terperap dalam biliknya tidak lagi mengusiknya seperti dulu.
Datin Mariah melangkah masuk ke dalam bilik anaknya dengan membawa dulang yang berisi sepinggan nasi bersama lauk dan juga segelas air. Lantas dulang itu diletakkan keatas katil Puteranya. Susuk tubuh anak terunanya yang duduk termenung di atas lantai berhampiran tingkap itu dipandang sayu. Begitulah rutin hariannya selepas balik dari pejabat. Hanya tangisan yang didengar. Tawa anaknya itu hilang dari pendengarannya.
Pandangan Amzar Naufal yang dipalingkan ke luar tingkap dialihkan kearah suara yang memanggilnya. Senyuman tawar dihadiahkan oleh Amzar Naufal. Datin Mariah melabuhkan punggungnya di sebelah Amzar Naufal.
"Amzar, mari makan? Mama bawa nasi dengan lauk kesukaan amzar. Daging masak pindang. Amzar sukakan?" Ujar Datin Mariah perlahan. Jari-jemari anaknya digenggam erat. Amzar menggeleng perlahan.
"Amzar, mari makan. Sikit pun jadilah nak. Nanti Amzar sakit macam mana? Anak mama ni kurus dah mama tengok." Pujuk Datin Mariah dengan nada yang sayu. Amzar masih menggelengkan kepalanya.
"Dari tengah hari tadi Amzar tak makan. Amzar tak lapar ke nak?" Kata Datin Mariah sayu.
"Tak apalah kalau Amzar tak nak makan. Makanan dan air mama letak atas katil nanti Amzar ye." Amzar mengangguk perlahan. Hati Datin Mariah hiba. Dahi anak terunanya itu di cium penuh dengan kasih sayang. Lantas kakinya mengorak langkah menuju ke arah pintu. Pintu di kuak lantas Datin Mariah hilang dari pandangan Amzar.
Datin Mariah tidak tidak dapat melelapkan tidurnya. Sedih dia mengenangkan nasib anaknya itu. Pening kepalanya untuk mencari jalan penyelesaian untuk masalah anaknya ini. Carikan jodoh untuk dia? Getus hati Datin Mariah. Mana mungkin anaknya mahu menerima cadangannya. Kalaupun Amzar terima tapi siapalah mahu jadikan anaknya itu sebagai suami.
Sungguh berat tanggungjawab isterinya nanti untuk menjaga Amzar. Terlampau banyak pantang larang yang diberi oleh doctor untuk menjaga dia. Kena pantang makanlah, tak boleh buat kerja beratlah dan banyaklah.
Keluhan berat dilepaskan. Selimut ditarik menutupi tubuhnya kerana suhu sejuk itu sudah pun mengigit urat sarafnya. Belum sempat Datin Mariah memejamkan matanya. Teriakan Amzar Naufal kedengaran kuat. Lantas Datin Mariah bangun dari katilnya menuju ke bilik Amzar Naufal.
Kelihatan Amzar Naufal menangis teresak-esak dengan disusuli teriakan. "Aku memang bodoh!" teriak Amzar Naufal. Amzar Naufal berpeluk tubuh. Tubuhnya digoncangkan. Datin Mariah memeluk erat tubuh anaknya itu.
"Amzar jahat mama. Amzar memang bodoh sebab ambil benda tu. Hukumlah Amzar mama." Tangisan demi tangisan kedengaran oleh cuiping telingan Datin Mariah.
"Siapa kata Amzar jahat? Amzar tak jahat sayang." Pujuk Datin Mariah. Air matanya sudah terjun membasahi pipi tuanya. Dahi anaknya itu dicum beberapa kali.
"Kenapa dengan Abang Amzar mama? " Tanya Amni Najlah risau sambil mengusap kelopak matanya. Suara teriakan yang kuat itu mengejutkan tidurnya. Risau juga dia melihat keadaan abang keduanya itu. Lantas kakinya menapak kearah Amzar Naufal yang masih dalam rangkulan Datin Mariah.
Amni Najlah melabuhkan punggungnya diatas katil berdekatan dengan abang dan mamanya. Lalu kedua -dua belah tangannya memeluk erat mama dan abangnya.
Datin Mariah dan Amni Najlah meleraikan pelukan mereka setelah melihat Amzar Naufal sedikit tenang. Lantas tubuh anak terunanya itu dibaringkan keatas tilam empuk di dalam bilik itu. Amzar Naufal melelapkan matanya.
"Mama... mama pergilah tidur. Biar Amni yang jaga Abang." Datin Mariah dengan berat hati meninggalkan anak terunanya. Ciuman di dahI Amzar di hadiahkan sebelum beredar meninggalkan bilik itu.
Syarifah Amni Najlah membaringkan dirinya disebelah abangnya. Tubuh abangnya yang sasa itu di rangkulnya. Sejuk betul badan abang aku ni. Desis hati Amni Najlah sejurus badan abangnya di rangkul. Wajah abangnya dipandang seketika. Lalu matanya dipejam rapat. Amni Najlah terus dibuai mimpi indah.
Amni Najlah tersedar dari tidurnya tatkala mendengar laungan azan yang menyinggah di cupingnya. Subuh dah ni. Ujar Amni Najlah dalam hati. Badannya ditegakkan lalu langkah diatur ke bilik air abangnya. Selesai berwuduk, langkahnya diatur pula kearah biliknya untuk mengambil telekung lalu kembali ke bilik abangnya.
Telekung berwarna biru lembut itu disarung je tubuhnya. Tikar sejadah yang tersangkut di penyidai itu di hamparkan di hadapannya. Amni Najlah mengangkat takbir. Lalu dia pun solat dengan khusyuk. Kedua tapak tangan diangkat untuj berdoa. Ya Allah... Ya Tuhanku. Kau ampunilah segala dosa-dosaku. Dosa Mama, Dosa abah dan adik beradikku. Kau limpahkanlah kami dengan rezeki. Kau berikan kami kesihatan yang baik Ya Allah terutama untuk abangku Ya Allah. Kasihanilah dia Ya Allah. Temukanlah dia dengan jodoh yang baik. Hindarkan dia dari segala maksiat Ya Allah. Ya Allah... Ya Rahman hanya kau saja tempat aku mengadu. Amin Ya Rabbal Alamin. Dua belah tapak tangannya diraup ke muka.
Pandangannya dikerlingkan kepada abangnya. Nyenyak betul dia tidur. Tikar sejadahnya disangkut kembali ke atas penyidai. Telekungnya dilipat lalu dia beredar ke dapur.
Kelihatan Datin Mariah dan Bibik Husna sedang sibuk menyiapkan makanan. Amni Najlah menghampiri mereka.
"Assalamualaikum, mama, bibik Husna." Sapa Amni Najlah lembut.
"Waalaikummussalam." Balas mereka berdua serentak.
"Abang Amzar tak bangun lagi?" Tanya Datin Mariah pada Amni Najlah sambil menghadiahkan senyuman.
"Tak, biarlah dia tidur. Lagipun hari ni hari ahad. Dia tak kerjakan." Kata Amni Najlah lembut.
"Mama risau tengok abang Amzar. Mama tak tahu nak buat apa dah." Datin Mariah melepaskan keluhan berat lalu melabuhkan punggungnya diatas kerusi di meja makan di dapur.
"Kahwinkan aja Abang Amzar, mama. At least ada orang boleh tengok-tengokkan dia." Kata Amni Najlah sambil petik jari.
"Tapi dengan siapa?" Wajah Datin Mariah berkerut-kerut.
"Mama ingat lagi tak anak Tok Imam dengan kampung mama tu?" Tanya Amni Najlah.
"Anak dia yang mana?"
"Anak dia yang belajar dekat Egypt. Anak diakan sorang je. Lah... yang kita jumpa masa raya tahun lepas. Mama perasan tak perempuan yang pakai tudung labuh dengan jubah warna biru tu?" Ujar Amni Najlah tekun mengingatkan Datin Mariah.
"Maksud kamu... Amira Bazilah?"
"Yup... She is!"
"Bukan dia dah kahwin ke?"
"Tak jadi."
"Mana Amni tahu?"
"Masa Amni daftar untuk kerja dekat firma guaman, kak Amira tegur Amni masa dekat tempat pendaftaran. Tak sangka pulak Kak Amira kerja dekat situ. Sekarang ni dia ambil cuti panjang. Katanya ayah dia sakit. Tu yang Amni rapat dengan dia. Ada juga Amni tanya bila nak kahwin. Dia ada cakap yang dia tunggu ayah dia carikan untuk dia." Terang Amni Najlah panjang lebar.
"Jangan lepaskan peluang keemasan ni mama. Amni rasa dialah yang terbaik untuk Abang." Tambah Amni Najlah.
"Kalau abang Amzar tak setuju?"
"Dia pasti setuju punya. Kak Amira lawa orangnya." Cadangan Amni Najlah di pertimbangkan oleh Datin Mariah. Memang dia pun berhasrat untuk kahwinkan saja Amzar. Dia mahu anaknya senyum semula seperti selalu.