Bab 35

250 6 0
                                    

          Amirah Bazilah termenung di balkoni bilik hotel itu. Suasana pagi yang indah dan suram itu menarik hatinya. Biarpun urat sarafnya sudah digigit ganas oleh udara dingin yang hanya bersuhu bawah dua puluh darjah celcius. Rambutnya yang berterbangan bebas akibat ditiup angin disisipkan ke telinga.

Walaupun jarum jam sudah menginjak angka satu, dia masih belum mengantuk. Matanya enggan dikatup. Seakan tidak rela ditutup. Dia menghela nafasnya. Susuk tubuh yang sedang terbungkang tidur di atas katil itu dilihat. Dia tersenyum. Bunyi dengkuran lelaki itu mencit hatinya. Dia menggeleng perlahan. Penat mungkin...

Mana taknya, Pantai Cherating dengan Pekan itu bukannya dekat. Hampir satu jam lebih perjalanan. Orang gila saja yang buat perkara ini. Gila? Sebab apa? Cintalah wahai Mira! Dia tersenyum lagi.

Makan malam pertamanya tadi memang romantis. Tidak sangka lelaki itu bukan calang-calang orangnya. Romantik habis. Macam-macam ayat romantis yang keluar. 'Saya daki Gunung Kinabalu, I said I love you'lah ... Macam-macam.

Tapi, dia bersyukur kerana diberi lelaki sebaik lelaki itu. Janji Allah itu pasti Mira, orang yang baik jodohnya adalah orang yang baik juga. Tapi... Cukup baikkah kau Mira? InsyaAllah.

Dia mengusap perutnya perlahan. Kata-kata wanita penjual Nangka itu masih kekal dalam ingatangnnya. Jikalau betul dia berisi, dia sangat bersyukur. Hanya Allah saja tahu betappa gembiranya dia. Dapat melahirkan zuriat dari benih suaminya itu. Sungguh gembira. Tanpa sedar air matanya gugur perlahan.

Hatinya sedikit sebak. Bukan dia sedih. Tapi, dia cukup gembira dengan kehidupannya sekarang. Bahagia melayari bahtera rumah tangga. Dia sangat berharap yang rumah tangganya ini dihiasi dengan Mawaddah dan sakinah.

Dia memeluk tubuhnya sendiri. Sejuk pula rasanya. Dia memandang lelaki itu semula. Tak sejuk ke lelaki itu. Tidur pun tak berbaju. Hanya berbajukan kulitnya yang putih itu sahaja. Sudahlah tidak memakai selimut. Air conditioner pun terbuka. Dia yang lengkap berbaju pun sejuk tahap gaban. Dia melemparkan semula pandangannya ke arah pemandangannya keluar. Menikmati pemandangan diawal-awal pagi ni juga menarik.

Amzar Naufal terjaga dari tidurnya. Dia meraba-raba ke arah tilam disebelahnya. Kemanakah bantal peluknya pergi? Dia menggosok kelopak matanya. Pandangan kaburnya mulai terang. Susuk tubuh yang sedang berada di balkoni dipandang.

Dia melunjurkan kakinya ke lantai. Dia menapak perlahan ke arah pintu balkoni. Dia bersandar di pintu balkoni. Dia memandang wanita yang asyik termenung tanpa mengetahui kewujudannya.

"Kenapa tak tidur lagi?" Amirah Bazilah terperanjat setelah telinganya menangkap suara garau yang menyapanya. Dia mengurut dadanya perlahan. Dia mengalihkan pandangannya ke arah susuk tubuh tak berbaju itu yang menampakkan badan sasanya.

"Abang ni, terkejut Mira." Kata Amirah Bazilah. Amzar Naufal tersenyum menampakkan giginya yang putih yang digoso dengan ubat gigi berklorida.

"Tak sejuk ke duduk luar ni?"

"Sejuk. Abang tak sejuk ke? Dahlah tak pakai baju. Kena gigit nyamuk baru tahu." Ujar Amirah bazilah.

"Sejuklah juga. Mana ada nyamuk time ni. Nyamuk tidurlah. Dia orang ngantuk! Tak adanya nak cari darah masa ni." Gurau Amzar Naufal. Amirah Bazilah tergelak kecil. Amirah Bazilh memusingkan badannya lantas memandang ke arah pemandangan yang tersergam indah di depannya.

"Kenapa tak tidur lagi? Tak ngantuk ke sayang abang ni? Esok nak pergi kursus." Amzar Naufal menghampiri wanita itu. Tubuh kecil itu dipeluk erat.

"Tak boleh tidur."

"Kenapa tak boleh tidur? Sejak kebelakangan ni, Mira asyik tak boleh tidur je. Kenapa ye? Pagi-pagi buta Mira dah bangun." Ujar Amzar Naufal.

"Abang perasan ke? Setahu Mira, abang kalau tidur... Tak sedar diri terus. Tidur mati." Amzar Naufal tergelak kecil.

Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now