Amzar Naufal membuka matanya perlahan. Silauan cahaya dari skrin televisyen itu menyakitkan matanya. Di tambah pula dengan suasana persekitarannya yang sedikit suram. Hanya ditemani lampu kecil dari lampu tidur yang diletakkan di ruang tamu.
Susuk tubuh Amirah Bazilah betul-betul dalam rangkulannya. Wajah wanita itu dipandang. Sudah tidur. Dia mengusap kelopak matanya perlahan. Suasana yang sejuk itu betul-betul mencengkam tulangnya. Tambahan hujan lebat diluar rumah. Dia mencempung susuk tubuh Amirah Bazilah ke bilik.
Lalu susuk tubuh itu dibaringkan di atas katil sebaik dia sampai ke bilik. Dia mengatur langkahnya ke dapur. Hajatnya untuk minum air. Tekaknya terasa kering pula pagi ini. Haus giler. Dia mencapai mug di dalam kabinet lalu dia mencurahkan air masak yang sudah tersedia di dalam jug. Dia meneguk rakus. Belakang tangannya mengelap sisa air yang melekat di mulutnya.
Dentuman guruh diluar rumah menyentakkan dirinya. Lantas wajah Amirah Bazilah yang sedang takut mula menjelma. Dia mengatur langkah laju ke bilik. Pintu dikuak. Lantas betul tekaannya. Amirah Bazilah sudah pun menangis teresak-esak sambil menyelimuti dirinya. Dia menuju ke arah katil. Lalu bahu wanita itu sentuh.
"Mira, abang ada ni sayang. Jangan takut eh." Kata Amzar Naufal. Amirah Bazilah terus mendapatkan lelaki itu sebelum dipeluk erat. Esakan tangis wanita itu kedengaran.
"Mira takut."
"Abang ada sayang. Jangan takut ye." Belakang wanita itu diusap perlahan.
"Mira nak abang. Mira takut." Kata Amirah Bazilah teresak-esak.
"Abang ada dekat sini sayang. I don't go anywhere. Sayang tidur ye. Nanti sayang tak cukup tidur macam mana? Tidur ye?" Tubuh Amirah Bazilah di baringkan lalu Amzar Naufal baring di sebelahnya. Dia memandang siling bilik itu kosong. Amirah Bazilah memeluk pinggang lelaki itu sebelum dia meletakkan kepalanya di dada bidang lelaki itu.
"Kenapa sayang takut sangat dengan kilat? Bukan ada apa pun. Just kilat je. Kilat dekat luarlah sayang." Tanya Amzar Naufal memecah suasana. Pelik juga dengan perangai Amirah Bazilah yang satu ni. Fobianya pada kilat seakan-akan menjadi-jadi. Pelik!
"Umi tinggalkan Mira masa tengah kilat macam ni." Amzar Naufal memandang susuk tubuh wanita itu. Tertarik dia dengan statement yang terpacul dari mulut wanita itu. Hatinya dilanda pertanyaan.
"Maksud Mira?"
"Masa malam tu, Mira, Umi dengan Walid baru balik dari Pekan. Ada kenduri dekat sana. Masa tu Umi yang bawa kereta sebab Walid tak sihat. Lepas tu, kereta kita orang tiba-tiba je pancit. Umi keluar pergi tengok tayar tapi Walid kata jangan. Tapi Umi masih nak pergi tengok. Masa Umi keluar tu hujan lebat sangat, Mira nampak ada orang datang dari belakang Umi lepas tu dia tikam Umi. Walid tak sempat nak kejar. Orang tu dah lari. Badan Umi banyak darah. Umi... meninggal dekat situ jugak." Kata Amirah Bazilah. Air mata tidak dibendung lagi disaat kisah pembunuhan itu diceritakan. Namun, Walid hanya menyatakan bahawa kematian Umi hanya kematian biasa. Malas nak perbesarkan kes ini. Namun, dia tahu Walid ada menyimpan rahsia besar darinya.
Amirah Bazilah merangkul erat pinggang lelaki itu. Dia menangis teresak-esak di badan lelaki itu. Tak langsung menghiraukan keadaan. Amzar Naufal tersentak dengan kisah itu. Kisah yang dia tidak pernah tahu. Hatinya sedikit tersentuh dengan kisah itu. Kesian Mira. Bukan begini cara kematian seorang ibu yang diinginkan oleh seorang anak. Mati dibunuh. Sedih!
"Sayang... sabar okay. Itu semuakan ujian Allah. Kita kena redha dan ikhlas menerima takdir Allah." Pujuk Amzar Naufal belakang wanita itu diusap perlahan.
"Abang, pergi mana tadi?" Amirah Bazilah bertanya. Rambutnya yang hampir menutupi mukanya disisipkan ke telinga.
"Abang pergi minum air. Haus pulak rasanya." Amzar Naufal tersenyum memandang wanita itu.
"Abang..."
"Ye saya."
"Lapar."
"Lapar? Semalamkan sayang dah makan banyak. Lapar lagi ke?"
"Laparlah. Abang, abang, abang!" Kata Amirah Bazilah sambil wajah suaminya itu. Dia mengukir senyuman.
"Saya, saya, saya. Kenapa?" Ujar Amzar Naufal sambil membuatkan muka cute-mute.
"Mira teringin nak makan Spaghetti Bologneselah."
"Hah? Spaghetti Bolognese? Seriously?" Amzar Naufal terkejut dengan permintaan wanita itu. Baru pukul berapa ni. Kedai mana buka lagi...
Amirah Bazilah mengangguk berkali-kali.
"Mana nak dapat benda alah tu pagi-pagi buta ni. Orang tak makanlah masa breakfast sayang. Orang makan masa lunch or dinner je."
"Tapi saya nak jugak. Whatever happen, saya nak jugak. Please abang, anak-anak abang yang nak, bukan Mira."
"Okaylah. Kejap. Abang masakkan untuk sayang. Kalau nak cari time ni memang tak ada. Jom ikut abang pergi dapur. Kita masak berdua."
"Bukan berdualah bang, berempat okay."
"Sorry. Anak- anak daddy nak mamam ye. Kejap lagi kita mamam ye. Daddy masakkan." Kata Amzar Naufal sambil mengusap perut Amirah Bazilah itu. Lalu dicium lembut. Amzar Naufal meluncurkan kakinya ke arah lantai lalu di berdiri tegak.
"Jomlah kata lapar. Mira buat apa lagi dekat situ." Tutur Amzar Naufal sebaik melihat Amirah Bazilah masih duduk bersila di atas katil sambil memandangnya.
"Abang... tolong angkatkan. Mira tak larat nak jalan. Tolong angkat eh?"
"Okaylah. Jom Daddy angkat Umi. Package sekali dengan twin daddy ni." Amzar Naufal membawa Amirah Bazilah di dalam dukungannya di belakang.
"Thanks Daddy. Aakif dengan Annisa' pun cakap thanks juga. Dia orang suruh bagi hadiah dekat Daddy." Kata Amirah Bazliah di telinga Amzar Naufal.
"Hadiah apa anak-anak Daddy ni nak bagi dekat Daddy? Tak sabar rasanya."
Satu kucupan singgah di pipi lelaki itu. Lama. "Itu baru satulah Mira. Kena ada dua lagi. Itu baru Aakif punya. Annisa' dengan Mira punya mana?"
Satu kucupan singgah dipipi Amzar Naufal kiri dan kanan. Kucupan terakhir itu dibiarkan lama. "Lamanya yang akhir tu."
"Itu Mira punya hadiah. Abang suka tak dapat hadiah?"
"Suka sangat Mira. Terlampau suka. But now, kita kena masak cepat sebab abang pun rasa lapar jugak. Abang nak makan sama dengan anak-anak abang ni. breakfast diawal pagi. Family breakfast." Ujar Amzar Naufal keriangan sebelum menapak ke arah dapur.