Amzar Naufal menjatuhkan tangannya ke sebelahnya. Eh, mana Mira? Dah bangun ke? Dia mengerlingkan pandangannya ke arah skrin telefon mahal dan canggihnya. Pukul tiga pagi. Dia menegakkan badannya ke kepala katil empuknya. Matanya masih kelabu itu melilau memandang sekeliling. Dia menguap perlahan. Kantuknya masih terasa. Dia melunjurkan kakinya ke tepi katil.
Fikirannya masih tertanya-tanya. Where is she? Solat? No way! She... bendera jepun okay. Dia menapak ke arah bilik air di dalam biliknya. Tak ada. Hembusan angin yang masuk dari celahan pintu yang menuju ke balkoni menarik perhatiannya. Dia menapak ke arah pintu koridor yang terbuka sedikit. Dia menjengahkan kepalanya ke luar. There you are! Dia memandang kepala Amirah Bazilah yang sudah terangguk-angguk di kerusi yang berada di balkoni itu.
Dia menyilangkan kedua-dua tangan sasanya yang dipenuhi otot pejal itu ke dada sambil menggelengkan kepalanya. Dia menyandarkan tubuhnya di pintu itu. Kasihan isteri aku ni... buat kerja pun boleh tidur. Ngantuk sangat ke? Letih ke?
Dia melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengan susuk tubuh yang tersengguk-sengguk kepalanya tidur. Dia tersenyum manis. Beberapa kertas kerja yang ditiup manja oleh angin itu dilihat. Dahinya berkerut. Ada kes rupanya. Nama client itu dilihatnya. Intan Nur Aina? Patah sudah senyumannya. Dadanya berdegup laju. Tiba-tiba. Hatinya dilanda resah gelisah. Nama ayah wanita itu dilihat. Kamaruddin. Hatinya bagai mahu hancur. Mahu pengsan pun ada. Nama wanita itu persis wanita yang dikenalinya dulu.
Mungkinkah dia? Tidak, tidak dan tidak. Sama sekali tidak! No way. She could be her... No! Tak perlu. Mukanya ditekup dengan kedua tapak tangan. Lalu diraupnya rambutnya ke belakang. Jika benar ini awak, Aina... Tolong jangan biar saya terluka lagi. Tolong pergi jauh dari saya. Saya tak perlukan awak lagi.
Awak sama sahaja macam Fina. Awak tinggalkan saya demi lelaki itu. Yang paling tak sangka awak tinggalakan saya demi kawan baik saya sendiri! Syahrihan! Tergamak awak! Hatinya kian dirudum sebak. Teramat sangat. Sehingga terasa bagai ditampar peparu dan jantungnya. I couldn't breathing! Kata wanita itu masih lagi terngiang-ngiang di telinga.
"Awak... let me be your laugh and smile. When your smile, I could die. Let me be your lips. I could die when your poison lips touch my lips. Let me be you tears, grow in your eyes, live in your cheek, and die in you lips. Let me be in your hug. Your handsome face and pretty smell, make my lung couldn't breeth. Let me be your everythings... Amzar. Coused I, Intan Nur Aina already fall in love with you." Amzar Naufal menekup kedua-dua telinganya. Tidak-tidak. No way! Saya tak perlu cinta plastik awak lagi. Tak perlu! No means no! Tanpa sedar air matanya sudah bertakung di tubir mata.
"Tidak... Tidak." Kata-kata meluncur laju dari mulutnya tanpa pengetahuannya. Amirah Bazilah yang tersedar dari tidurnya memandang susuk tubuh di sebelahnya. Matanya yang kelabu itu menyukarkan pandangannya. Jangan-jangan... perompak! "Argh!!!" Jerit Amirah Bazilah. Kuat. Amzar Naufal yang tersentak dari lamunannya itu cepat-cepat menekup mulut Amirah Bazilah. Bila masa pulak minah ni bangun? Tadi elok je tidur. Hesy, cuba bangun tu jangan menjerit. Kesian orang-orang kat sekeliling ni!
"Ni sayalah awak! Awak dah kenapa nak menjerit bagai? Nak buang tabiat. Malulah orang dengar. Takkan lah suami awak yang handsome bagai nak rak ni pun awak nak takut. Saya bukan nak takutkan awak pun!" Kata Amzar Naufal selamba. Dia masih lagi menekup mulut wanita itu. Erk! Marah dekat aku pun sempat lagi dia puji diri sendiri. Memang perah santan kelapa parut buat masak lemak, rendang... semua arh! Yang laki ni pun satu, bukan dia duduk membunkang tidur atas katil ke tadi? Gayanya macam ular sawa pencen dah tiga puluh ribu tahun tak tidur je.