Bab 55

289 6 1
                                    


Amzar Naufal meneliti fail siasatan ke berkaitan Umi yang diperolehnya selepas pulang dari Australia. Fikirannya terus buntu. Tiada idea yang menerpa kepala otaknya. Pembunuh Umi berjaya dikesan identitinya. Namanya Ieyman Najwa. Seorang penganggur. Tiada kerja tetap. Sudah melakukan kerja-kerja jenayah sejak umurnya masih kecil.

Tapi si pengupahnya masih belum dijejaki. Persoalannya siapa? Dia sendiri tidak pasti. Dia harus membongkar sebanyak mana rahsia lagi. Segala klu harus diperoleh.

Amzar Naufal mendail nombor Kak Sal di interkom. "Helo bos. Boleh saya bantu?" Ujar Kak Sal di interkom.

"Akak, suruh penyiasat yang kita upah tu cari alamat tempat tinggal Ieyman Najwa. Saya perlukannya secepat mungkin." Arah Amzar Naufal. Talian dimatikan. Dia bersandar di kerusinya. Otaknya sudah berserabut.

Fina mendengus geram sambil memasuki butik baju berjenama mahal itu. Dia geram dengan sikap Amzar Naufal yang semakin hari semakin menyusahkan hidupnya. Geram! Dia dilayan dengan teruk sekali. Yang paling di tidak sangka, sanggup lelaki itu pergi tinggalkan dia semata-mata untuk pergi bercuti ke Aussie.

"You ni kenapa? Dari tadi I tengok you asyik bad mood je. Okay tak ni?" Tanya Shafa. Selaku kawan baik Fina.

"I geram dengan perangai Amzar tu. I punyalah layan dia sikit punya baik, Tapi dia layan I nak tak nak je. Geram I." Fina melepaskan keluahannya. Baju yang berada di rak di dalam butik itu diselak kasar.

"Relakslah girl! You sabarlah sikit. Nanti, gerenti dia melekat dengan you. Tak adanya dia nak melekat dengan madu you tu." Shafa cuba menjadi batu api.

"So what must I do now?"

"Layan dia dengan baik. Biar dia rasa kasih sayang you. Pasal perempuan tu, don't care about her."

"Tapi tak bolehlah. Perempuan tu berlagak alim je. Padahal hipokrit!"

"Relakslah. Just follow the flow. At the end of the day, you will find the winning!"

"Okaylah. Thank."

"Beres. No hal."

Langkah kakinya diatur ke dalam bilik Amirah Bazilah. Susuk tubuh Amirah Bazilah yang sedang duduk di kerusi yang terletak elok di balkoni sambil menyiapkan kerjanya. Leka betul dia membuat kerja. Amzar Naufal menyandarkan badannya di pintu balkoni.

"Assalammualaikum, Umi." Sapa Amzar Naufal. Bahu Amirah Bazilah terhenjut. Dia mengurut dadanya perlahan. Dia memandang susuk tubuh yang asyik tersenyum memandangnya itu.

"Daddy, terkejut Umi." Amzar Naufal melabuhkan punggungnya di sebelah Amirah Bazilah.

"Buat apa ni?" Amzar Naufal memandang helaian kertas yang berada di atas meja .

"Siapkan kerja yang bertimbun dekat pejabat. Fail semua ni kena up to date. Sebab dah cuti empat hari, so Mira kena siapkanlah kerja ni. Mana boleh tak buat. Nak kena marah dengan Staff management tu."

"Okay, nak abang tolong ke?"

"Tak apalah. Dah nak siap dah ni. Abang tak tidur lagi ke? Nanti ngantuk. Abang tu, esok nak kerja."

"Hari ni, tidur dekat tempat tak best..."

"Alah abang ni, sama je. Kesian Fina dah tunggu abang. Abang pergilah tidur dengan dia. Sebelum ni okay je." Okay apa yang oii! Abang tak pernah tidur sekatil pun dengan dia. Abang tidur dekat bilik Amni. Tak kuasa nak tidur dekat bilik tu. Panas. Banyak dosa!

"Biarlah dia. Dia bukan budak kecik lagi. Pandailah dia tidur sorang-sorang. Abang nak tidur dengan sayang." Amirah Bazilah menggeleng perlahan.

"Abang, tak baik cakap macam tu. Abang listen to me. Tanggungjawab abang bukan sahaja untuk Mira dengan anak-anak Mira je but tanggungjawab abang juga ada dekat Fina dengan anak dalam kandungan dia. Abang, abang kena sedar bahawa tanggungjawab abang sekarang dah besar. Allah marah tau orang yang tak amanah ni." Nasihat Amirah Bazilah. Amzar Naufal hanya memekakkan telinga. Malas nak dengar leteran tentang wanita durjana itu. Anak dalam kandungan itu bukan anaknya. Dia hanyalah pak sanggup saja.

"Kejap lagi abang pergilah tidur dengan dia. Sekarang ni abang hanya nak berborak sekejap dengan anak-anak abang ni."

"Boleh, Tapi sekejap je tau. Lepas ni abang kena terus pergi bilik Fina. Faham?" Amzar Naufal menjongketkan bahunya.

"Abang! Janganlah main-main."

"Okau fine! Kejap lagi abang pergilah bilik perempuan 'tut' tu."

"Abang, watch your language. Kalau abang buat lagi perangai macam ni, Mira takkan benarkan abang tidur lagi dengan Mira." Amzar Naufal mengeluh kasar.

"Okay fine! I follow the flow." Balas Amzar Naufal malas. Amirah Bazilah mencapai buku notanya lalu dia menulis sesuatu di atas helaian buku nota itu. Buku nota itu diserahkan kepada Amzar Naufal.

Amzar Naufal mengerutkan dahinya disaat dia membaca tulisan itu.

Syed Amzar Naufal cintakan ZaraFina Hanim.

Amzar Naufal menulis sesuatu di atas kertas itu lagi. Lalu diserahkan kepada Amirah Bazilah. Amirah Bazilah menggeleng lalu dia memandang lelaki itu. Lelaki tu menghadiahkannya senyuman manis. Tulisan itu dibaca lagi.

Syed Amzar Naufal bencikan Zarafina Hanim. Syed Amzar Naufal cintakan Amirah Bazilah.

Nota yang siap ditulis lagi oleh Amirah Bazilah diserahkan semula kepada lelaki itu.

Syed Amzar Naufal cintakan ZaraFina Hanim. Syed Amzar Naufal cintakan juga Amirah Bazilah. ZaraFina Hanim selalu ada dalam hati Syed Amzar Naufal.

Amzar Naufal menggeleng laju. Dia menulis lagi.

Syed Amzar Naufal bencikan Zarafina Hanim. Syed Amzar Naufal sangat cintakan Amirah Bazilah. Amirah Bazilah selalu ada dalam hati Syed Amzar Naufal. Syed Aakif Naufal dan Syarifah Annisa' Naqiyah selalu ada dalam hati Syed Amzar Naufal. Amirah Bazilah seorang je yang boleh ada dalam hati Amirah Bazilah. Tiada orang lain. Faham? Tolong jangan main 'potong dan tongkat' dalam ayat ni lagi. Ayat ni dah cukup sempurna. Tidak perlu diubahsuai lagi. So, nama ZaraFina apa entah tu, tak perlu ada dalam hati Syed Amzar Naufal. I love you sayang. Amzar sayang Mira. Daddy cintakan Umi... Ashiteru!

Ayat yang baru dibaca itu menyentuh perasan Amirah Bazilah. Dia tersenyum manis. Wajah Amzar Naufal dipandang.

"Thanks."

"Anything for you Umi."

"Abang, dalam pukul berapa dah ni, pergi tidur ye sayang."

"Alah..." Amzar Naufal memasamkan mukanya. Dia mengeluh.

"Tak ada, tak ada, tak ada." Kata Amirah Bazilah laju.

"Okaylah, abang pergi tidurlah. Assalammualaikum, Umi."

"Waalaikummussalam, Daddy." Amzar Naufal bangun dari kerusi lalu dia menghampiri wanita itu. Dahi wanita itu dikucup lembut.

"Nite anak-anak daddy." Perut Amirah Bazilah diusap perlahan. Amirah Bazilah tersenyum. Pipi lelaki itu dicium.

Amzar Naufal mengatur langkah berat keluar dari bilik itu. Sungguh dia tidak mahu tinggalkan wanita itu. Dia tidak mahu meninggalkan wanita itu keseorangan. Tapi, entahlah. Dia mahu sentiasa berada di sisi wanita itu.


Sayang Awak Tanner Patrick Saya!Where stories live. Discover now